Wednesday, October 28, 2020

Jerut Tikus?

  49 comments    
categories: 

 




Alamak..

Cmana nak jerut tikus dalam lubang tu?

Jerut macam mana pakai tali ke?

Adoi pitam memikirkannya

Hahahaha



Tuesday, October 27, 2020

Lirik Lagu Ada Cara - Ismail Izzani

  14 comments    
categories: , ,

 


Ada Cara

Jika ada cara
Kau akan ku jaga
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama
Jika ada cara
Kau takkan ku sangkar
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama

Aku, aku tahu kau siapa
Haluan kamu berbeza
Dia kan atur semua
Tak perlu kau curiga

Life is hard to face it all
I'll be your guide to change reality
I know you can’t have it all
But you're the only one for me

Jika ada cara
Kau akan ku jaga
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama
Jika ada cara
Kau takkan ku sangkar
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama

Ku pegang tali Nya hingga saat ku dikuburi
Dipasak enam pancang lilitan kawat berduri
Kita berbeza, lain cara garapan
Tetapi tetap ada cara, kan kita masih ada harapan
Niatkan hati
Yang takkan dipersia
Selama mungkin bersama
Selamat selamanya
tapi andai rencana kita
Berkubur di antara
Curahkan mu rahmat Nya
Pintaku pada yang Esa... Jadi

Jika ada cara
Kau akan ku jaga
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama
Jika ada cara
Kau takkan ku sangkar
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama

Selamanya mampu ku bersabar

Jika ada cara
Kau akan ku jaga
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama
Jika ada cara
Kau takkan ku sangkar
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama

Jika ada cara
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama






Komen sket:

  • Lagu ni mengisahkan tentang 2 insan bercinta, tetapi tak dapat bersatu sebab berbeza pegangan agama
  • Complicated kan benda ni? Ada yang sanggup convert agama, ada yang tak.. 
  • Suka sangat lagu ni sebab sesuai dengan suara Ismail, dan video muzik pun gempak.. Lirik lagu pun mendalam ye 
Keep it up Ismail.. lagu-lagu awak jarang akak tak suke.. hahah


Okay itu je bye!


Friday, October 23, 2020

Mendaki Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

 


Assalamualaikum & Selamat Pagi


Apa khabar semua? Sihat tak? Nampaknya pandemik Covid-19 ni seperti akan berlarutan. Ada yang cakap, mungkin akan berlarutan sampai 2021. Sedih! Tapi apa-apa pun, marilah kita sama-sama mengamalkan pencegahan yang sepatutnya seperti memakai topeng muka/mask dan menjaga jarak. Dan berdoa jugaklah semoga cepat-cepat ada vaksin yang berkesan. 


Sekarang ni hujung minggu aku pun rasa sedih gak la. Kalau macam tahun lepas, hujung minggu ade je aktiviti naik bukit ni. Tahun ni banyak fikir gak la, sebab naik bukit dah lah tak pakai mask, kang pengsan pulak kang, dah lah tak cukup nafas nak mendaki. Haha. Pastu jarak jugak susah nak jaga, sebab laluan kat bukit bukan luas macam highway ye. So, banyak jugak plan pastu fikir keselamatan, tak jadi. Faktor cuaca pun menjadi asbab tak jadi jugak.


So, kali ni aku throwback jela mendaki Bukit Denai 3 Puteri ni. Bukit ni kira favourite aku gak, sebabnya dia macam tak tinggi sangat. Curam pun tak banyak, cumanya time dah nak sampai puncak tu mencanak la sikit, tapi dah nama pun bukit kan, tak kan ko expect macam jalan tar rata kan. Hihi.


Bukit ni terletak kat Kota Damansara. Kalau terlajak sikit terus masuk tol Sungai Buluh.. hehehe. Nak parking kat bawah tu tak susah sangat lah, tapi kalau lambat kena menapak jauh la sikit untuk sampai kat kereta. 



Ahh rindunya naik bukit beramai-ramai macam ni! Kadang-kadang tu sampai sesat la jugak. Tapi takpe, kat sini banyak anak panah dan penanda, so make sure ikut je lah.



Pokok ni memang menjadi tumpuan ramai ye untuk sesi fotografi. Harus beratur ya. Aku dah 3,4 kali gi sini, jenuh cari gambar aku, rupanya takde ye ahahahaha. Jenis malas nak menunggu




Jeng jeng jeng tetiba dah sampai atas. Tak banyak aku amek gambar masa on the way nak sampai puncak. Pelik gak ni. Tapi takpelah ye, maafkanlah diriku... Sorrylah kalau baca ni tak membantu sangat ye




Dari puncak ni, anda akan nampak lebuhraya PLUS menuju ke Sungai Buluh, dan ke utara Malaysia. Bolehlah lambai-lambai kereta kat bawah tuu. Haha. Orang dalam kereta/lori/bas pun boleh nampak korang dari atas. Apa-apa pun hati-hatilah ye. Jangan syok sangat. Atas ni best gak sebab banyak spot untuk duduk berehat. Best!



Ya sila patuhi arahan



Dah turun ke bawah, marilah kita me'reward'kan diri kita dengan minum air mangga sejuk ni. Sedap tau. Macam tak guna kordial. Haha. 


So kesimpulannya susah ke tak susah nak naik bukit ni?


Jawapan aku as usual cliche lah, kalau ko jenis fit, selalu exercise, banyak jalan, cukup tidur, mengamalkan pemakanan sihat, maka bukit ni kira sederhana lah.

Kalau sebelum naik ko tak cukup tidur, makan tak sihat hari-hari boba, tak exercise, maka susah lah nak mendaki bukit ni. Oh ya kalau hujan, jalan jadi licin.


Okay Bye!



Monday, October 5, 2020

Lirik Lagu Empati - Tujuloca

  22 comments    
categories: , ,

 


Empati


Yeah
Empati, sekarang ku fahami
Perasaan ini, sekarang ku mengerti
Empati, sekarang ku fahami
Perasaan ini, sekarang ku mengerti
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Empati, sekarang ku fahami (ku fahami)
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Mengerti
La vida to, La vida loca
Ku membanyol, bukan pembusa
Aku kan berhenti menyanyi bila sudah sampai waktu
Ceritera tentang itu ku tak kesah seumur hidup ini
Naluri, terang di wajahmu
Ni tentang kamu, mula ku mengetuk pintu
Dulu dahulu
Sekarang lihat di manakah arah ku?
Seumur hidup maksud ku bersama kamu
Empati, sekarang ku fahami
Perasaan ini, sekarang ku mengerti
Empati, sekarang ku fahami (ku fahami)
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Mengerti
Sigai dua segeragai
Cerita berangkai berita pelbagai
Tak guna ku ungkai
Tetap kau ambil mana yang boleh pakai
Bahan menikai
Bencana
Aku gundah gulana (Ya)
Bahana
Dugaan lumrah dunia
Terima kasih atas semua interpretasi
Projeksi diri dalam situasi
Siapa yang benar di sisi
Ramai hanya mahu isi
So they fill up on me (ooh)
So they fill up on me (ooh)
So they fill up on me (ooh)
So they fill up on me
Fill up on me
Fill up on me
Empati, Sekarang ku fahami
Perasaan ini, sekarang ku mengerti
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Empati, sekarang ku fahami
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Mengerti
Mula mimpi ku disembunyikan
Berteman hanya lampu dan lukisan
Rotasi sebelum ke putaran
Harap pulih biar ke pengakhiran
Mula mimpi ku disembunyikan
Aku disembunyikan
Rotasi sebelum ke putaran
Harap pulih biar ke pengakhiran
Ku ndatau ku boleh
Ku yakin ku boleh
Ku tak tau ku boleh
Tapi ku yakin ku boleh
Perjalanan ke pulih
Sekarang ku yakin peroleh
Ku takkan menoleh
Belakang tak boleh
Empati, sekarang ku fahami
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)
Yah Yah Yah Yeah (Yah Yah Yah Yeah)








Komen sket:

  • Tujuloca ni sebenarnya nama gabungan Tuju K-Clique dan Loca-B. Sweet kan gabung-gabung nama . Hehe. Ada gosip cakap yang diorang sebenarnya dah kawen, ohhh kalau dah kawen elok la kan
  • Sebenarnya aku suka lagu ni sebab aku suka suara perempuan Loca-B ni.. cam lunak sangat. First time dengar dalam lagu You Sangat Cute ke apa tu
  • Tuju K-Clique tak payah cite la kan.. memang makanan dia la rap-rap ni. Tapi tak sangka lagu slow-slow macam ni pun sedap gak
  • Ape-ape pon aku suka sangat lagu ni.. :) Hope orang lain pon suka gak 

Thursday, October 1, 2020

Jalan-Jalan: Ada Apa Di Kuala Selangor?

 


Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi

Kembali lagi dalam segmen jalan-jalan Malaysia..! LOL kekonon ade segmen kan.. So macam biasa, masih dalam PKP, so bersiaran dalam negara je la kan? (Alaa macam la tetiap tahun gi oversea nye pon hahahahhaha). Kali ni kami berjalan-jalan di Kuala Selangor.. So apa ada di sini? 




Tempat pertama ialah Bukit Malawati. Harga tiket ialah RM 3 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak. 

Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.






Lepas tu dapat lah naik trem ni. Bagus jugak lah sebab naik bukit kan, nak mendaki bukit ni susah jugak untuk warga emas. Bila dah penuh, trem ni pun akan bergerak ke atas bukit. Aku tak pasti kita boleh mendaki dengan kaki ke tak, rasanya boleh je kot. Boleh exercise sket kan hehe






Air terjun cantik! Ambil gambar dari train je sebab train tak berhenti kat sini





Tempat perhentian pertama, iaitu tempat yang ada meriam ni. Dari sini boleh tengok pemandangan cantik tau dari atas bukit. Tapiiii sebab aku penakut nauzubillahiminzalik dengan monyet-monyet ni. Maka aku pon kaku jelah di situ sambil curi-curi ambil gambar. Hahahahahah





Pelbagai spesis adee... Akak salute ko dik sebab berani dengan monyet :D



Sebenarnya banyak lagi tempat menarik atas bukit ni macam Muzium Permainan Tradisional, Perigi Beracun, Laman Budaya, Muzium Sejarah Kuala Selangor, Meriam Penggawa, Tangga Seratus, Batu Hampar, Rumah Api, tapi kan, pelik jugak, sebab trem ni berhenti kat tempat meriam tu je. Konfius aku. So macam sekejap sangat naik trem ni, tetiba dah turun dah. Maybe lain kali aku pergi lagi kot, jalan kaki plak, so boleh explore lama sket. InshaAllah





Lepas tu kami ke Sekinchan pulak kekonon nak tengok padi menghijau.. malangnya sekarang bukan musim padi menghijau daaa.. So ini jelah pemandangan yang ada.. Sebenarnya kalau explore lagi pergi ke dalam-dalam sikit ke ade je padi hijau.. Tapi takde masa dah, lain kali pulak la kot kalau ade rezeki


Lepas tu konon nak amek gambar cantik-cantik kat 3d Art Gallery kat Sekinchan, sekali dah tutup daaa.. macam menakutkan plak kan.. Takde orang langsung kat situ. Kenape la tutup ye? T-T





Lepas tu kami pun blur nak gi mana. Ahahahahha itulah sejenis tak prepare, main redah je. Dok google homestay Haji Dorani, komain cantik kan. Lepas tu guna Waze la kan, pastu sesat ke mana- mana ntah. Last2 dia bawak kami ke Jeti Haji Dorani. Entah betul ke idok? Layan jelaa






Ada macam chalet kat sini. Kami ambil gambar je. Panas berdenting time ni





Oleh sebab kami pun dah kehabisan idea nak gi mana, maka kami pun gi makan cendol lah. Ni kat kedai Cendol Atok Sungai Besar. Boleh tahan ramai gak orangnya. Rasanya okay-okay laa..



Okay itu saja coretan kali ni. 

Bye!

Monday, September 28, 2020

Jalan-Jalan: Ada Apa Di Kuala Kangsar?



Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Petang


Sempena PKP ni dan tak boleh melancong ke luar negara ni, nampaknya ramai juga orang berjalan dalam negara. Baguslah kan? Dapat jugak membantu peniaga-peniaga tempatan dan memantapkan ekonomi negara. Gittuu..

So kami ni bosan jugak duduk di rumah, rasa macam nak jalan-jalan lah kan.. Fikir punya fikir, mak mencadangkan kita ke Kuala Kangsar.. Aku pun okay je.. Bandar diraja kan.. syok jugak kot, dan tak jauh sangatlah dari rumah aku

So destinasi pertama ialah Muzium Diraja Perak



Untuk pengetahuan, tiada bayaran dikenakan untuk masuk muzium ni. Tapi sayangnya.. bahagian atas muzium tak bukak pon, sebabnya masih dalam renovation. Renovation ape tu tak taw la plak. Sejujurnya takde ape sangat pun kat sini, selain architecture istana lama yang sangat cantik. So ini sebenarnya istana lama, tapi sekarang dah jadi muzium. Ada la sikit2 info pasal salasilah keluarga diraja Perak, tombak, itu jelah. Tapi memang cantik istana ni, wajib melawat kalau singgah Kuala Kangsar. Musim PKP ni, yang dibenarkan masuk sekali cuma 30 orang, kalau dah lebih kena tunggu kejap lah ye. 


Ni lah yang ade dalam muzium tu. Hopefully tak lama lagi diorang akan bukak atas, boleh la tengok apa di dalam :)




Destinasi kedua ialah Tasik Raban. Actually Tasik Raban ni dah masuk Lenggong Perak tapi takdelah jauh mana pun dalam 20 minit kot dari pekan. Tasik Raban ni adik aku cakap ade cerita horror tapi malaslah aku nak amek taw. Hahahaha. Tasik Raban ni dulu ada RnR pastu dah tutup tak taw la kenape. Tasik ni best la untuk lepak-lepak menenangkan fikiran.. Situ pun ade kedai-kedai kopi untuk minum-minum





Next is Victoria Bridge. Jambatan ini merupakan jambatan keretapi tertua di Malaysia, iaitu 120 tahun. Jambatan ni glamour untuk tempat photoshoot kahwin. Hehe. Panjang jugak jambatan ni, berpeluh jugak la nak merentas. Hati-hatila masa berposing takut tersepit kat lubang jambatan




Pemandangan dari bawah





Kat sini jugak terkenal dengan seni kraf tangan pembuatan labu sayung. Boleh la singgah mana-mana kedai yang jual labu sayung ni. Harga pun okay je takdelah mahal sangat




Masjid Ubudiah ni rasanya semua orang tahu kan, dan memang main attraction kat Kuala Kangsar ni. Kali ni kami tak singgah, tapi sebelum ni dah pernah solat dalam ni. Memang cantik dan bersih masjid ni


Okay setakat tu jelah jalan-jalan di Kuala Kangsar ni, rasanya 2 hari cukup dah kot untuk pusing 1 Kuala.. sebab tak delah besar mana pon.. Kesimpulannya kalau nak bercuti tempat aman dan tenang, moh la ke sini.. Hehe. Memang aman, cuma dekat roundabout kt pekan dia je cam pening sket ahahah



Okay lah itu sahaja buat masa ni. 

Bye!








Tuesday, September 1, 2020

Lirik Lagu Ice Cream - BlackPink & Selena Gomez

  24 comments    
categories: , , ,




ICE CREAM

Come a little closer 'cause you looking thirsty
I'ma make it better, sip it like a Slurpee

Snow cone, chilly
Get it free like Willy
In the jeans like Billie
You be poppin' like a wheelie

Even in the sun, you know I keep it icy
You could take a lick, but it's too cold to bite me

Brrr, brrr, frozen
You're the one been chosen
Play the part like Moses
Keep it fresh like roses

Look so good, yeah, look so sweet
Looking good enough to eat
Coldest with the kiss, so he call me ice cream
Catch me in the fridge right where the ice be

Look so good, yeah, look so sweet
Baby, you deserve a treat
Diamonds on my wrist so he call me ice cream
You could double dip 'cause I know you like me

Ice cream, chillin', chillin'
Ice cream, chillin'
Ice cream, chillin', chillin'
Ice cream, chillin'

I know that my heart could be so cold
But I'm sweet for you, come put me in a cone
You're the only touch, yeah, that get me melting
He's my favorite flavor, always gonna pick him

You're the cherry piece, just stay on top of me so
I can't see nobody else for me, no

Get it, flip it, scoop it
Do it like that, ah-yeah, ah-yeah
Like it, love it, lick it
Do it like, la-la-la, oh yeah

Look so good, yeah, look so sweet
Looking good enough to eat
Coldest with the kiss, so he call me ice cream
Catch me in the fridge right where the ice be

Look so good, yeah, look so sweet
Baby, you deserve a treat
Diamonds on my wrist, so he call me ice cream
You can double dip 'cause I know you like me

Ice cream, chillin', chillin'
Ice cream, chillin'
Ice cream, chillin', chillin'
Ice cream, chillin'
Ice cream, chillin', chillin'
Ice cream, chillin'
Ice cream, chillin', chillin'
Ice cream

Chillin' like a villain, yeah, ra, ra, ra
미친 미친 듯한 속도 In my LaFerra'
[Romanized: "Michin michin deuthan sokdo In my LaFerra'"]
[English translation: "Crazy insane speed in my LaFerra'"]
너무 빨러 너는 삐끗 원한다면 그냥 지름
[Romanized: "Neomu ppalleo neoneun ppikkeut wonhandamyeon geunyang jireum"]
[English translation: "So fast, you don't want a detour"]
Millis, Billis 매일 벌음 한여름 손목에 얼음
[Romanized: "Millis, Billis maeil beoreum hanyeoreum sonmoge eoreum"]
[English translation: "Millis, Billis every day, night and summer ice on your wrist"]

Keep it movin' like my lease up
Think you fly, boy? Where ya visa?
Mona Lisa kinda Lisa
Needs an ice cream man that treats her

Keep it movin' like my lease up
Think you fly, boy? Where ya visa?
Mona Lisa kinda Lisa
Needs an ice cream man that treats her

Na, na-na, na-na
Na, na-na, na-na
Ice on my wrist, yeah, I like it like this
Get the bag with the cream
If you know what I mean

Ice cream, ice cream
Ice cream, chillin'

Na, na-na, na-na
Na, na-na, na-na
Ice on my wrist, yeah, I like it like this
And I'm nice with the cream
If you know what I mean

Ice cream, ice cream
Ice cream


Sumber lirik: https://www.azlyrics.com/lyrics/blackpink/icecream.html




Komen sket:

Susah nak komen secara neutral sebab memang aku bias. Dua - dua memang favourite artis so camano? Hahahah


Lagu ni memang fun-fun aje.. Lain sket dari lagu BlackPink yang lain

Lagu ni comel comel je, macam lagu kanak-kanak sket

Apa-apa pon aku enjoy dengar suara diorang dalam ni

Video clip pon comel yang amat

Ok tu je

Bye!





Thursday, July 16, 2020

Mode Raya Aidilfitri Dalam PKP 2020/1441H

  32 comments    
categories: , , ,




Assalamualaikum & Selamat Pagi


Apa khabar? Sihat? Masih dalam PKPP kan kita?

Dah dapat sesuaikan diri dengan norma baru?

Masih pakai mask bila keluar rumah?

Masih basuh tangan lepas pegang barang?

Kalau masih buat maka bagus lah.. Hehehe

Nak cite pasal raya Aidilfitri ni, first time raya pertama aku di Key Ell aka Kuala Lumpur

Hahaha

Sedih dan sayu jugaklah tak dapat raya dengan mak dan abah






So aku beraya dengan famili makcik dan pakcik aku di Gombak

Alhamdulillah ade jugak famili terdekat kan

Dapatlah makan rendang, kuih siput, ketupat palas dan sayur lodeh

Hehehe





Mujurlah sekarang teknologi dah canggih kan, bolehlah buat video call, bercakap dengan nenek, mak, abah, pakcik, sepupu sepapat

Raya AidilAdha ni kita dah boleh raya macam biasa, so lega sikit







Apa-apapun, kita still kena berhati-hati ya

Vaksin masih belum didapati, virus masih lagi merebak

Sila amalkan langkah-langkah keselamatan dan penjarakkan sosial

Stay safe semua! 

Bye!

:)



Wednesday, June 10, 2020

Resepi Bubur Sumsum

  33 comments    
categories: 


Sumber gambar: SINI



Bubur Sumsum ni mak aku selalu buat time bulan puasa. Sedap sangat kombinasi bubur yang masin dengan air gula melaka yang manis. Aku pernah buat, tapi sebab salah beli tepung, pi pakai tepung pulut, maka bubur menjadi nasi. Haha tak, bubur jadi ape tah, tak boleh dimakan pun. Haish malu pulak bila teringat. Okaylah .. boleh cuba lagi next time, resepi pun dah diambil secara teliti LOL


Bahan-bahan:
  • Tepung Beras
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Daun Pandan
  • Gula Melaka


Cara Buat Bubur:

  1. Campurkan tepung beras (1 cawan) dengan santan dan air (4 cawan)
2. Kacau campuran tu, dan letak daun pandan, dan garam secukup rasa

3. Kacau sampai kembang (dalam 30 minit)


Cara Buat Air Gula Melaka:

  1. Campurkan air dan gula melaka dan daun pandan
  2. Kacau sampai air mendidih

Dah siap! Selamat mencuba!

Friday, June 5, 2020

Lirik Lagu Shimmy - Andi Bernadee

  9 comments    
categories: , ,





Shimmy

Mengapa kau bersendiri?
Tanpa siapa yang di sisi
Siapalah yang sampai hati?
Biar aku jadi teman kamu malam ini
Shimmy, shimmy yea, shimmy yea, shimmy ya
Shimmy, shimmy yea, shimmy yea, shimmy ya
Siapalah yang sampai hati?
Biar aku jadi teman kamu malam ini
Aku ada beberapa soalan
Bukan hanya setakat berbualan
Aku akan mula dengan perlahan
Ikut nama kamu
Adakah namaku penting bagimu?
Adakah kerjaku penting bagimu?
Adakalakah kau mulakan aku penting bagimu?
Ikut narkamu
Janganlah kau yang salah faham
Selamanya itu 'ku tak mampu
Janganlah kau yang salah faham
Aku hanya penyelesaian sementaramu
Mengapa kau bersendiri?
Tanpa siapa yang di sisi
Siapalah yang sampai hati?
Biar aku jadi teman kamu malam ini
Shimmy, shimmy yea, shimmy yea, shimmy ya
Shimmy, shimmy yea,







Komen siket:

Lagu Andi macam biasala catchy.. best la lagu ni!



Tuesday, May 5, 2020

Gelagat Kuarantin

  24 comments    
categories: 



Assalamualaikum & Selamat Pagi


Hai amacam? PKP nak abes dah. Ramai orang dah start kerja 04 Mei 2020 ni. Aku personally tak berapa setuju kena start kerja dah sebab banyak lagi kes aktif kat luar, tapi sebab ramai orang mula hilang punca pendapatan, so ada baiknya kita start je kehidupan normal dulu. Ramai orang suka, ramai jugak orang tak setuju. Well, aku yang jenis berkurung kat rumah je memang takde rasa beza sangat pon PKP ke tak.


Haha


Yang aku sedih cuma aku tak boleh beraya di kampung tahun ni. Huhuhu. Aku macam berharap boss aku bagi work from home sampai hujung Mei tapi nampak macam tak da harapan je. Pasrah jelah. Begitulah kehidupan seorang kuli. Anyway boss pon sama, kena kerja jugak so sama jugak la kot kuli ke boss. 


Anyway, dah masuk 12 Ramadan 1441 Hijrah. Kepada muslim muslimah semua, selamat berpuasa. Semoga ini bukan Ramadan terakhir buat kita. Doa banyak-banyak ye bulan ni InshaAllah makbul.



Sedih plak nak kena balik KL dah huwaaa







Hahaha



Okay.. bye stay safe semua.. Jangan berparti sana sini lagi.. Hahaha. Perjuangan masih belum berakhir


Bye!



Friday, April 17, 2020

Review Buku: Trevor Noah - Born A Crime

  18 comments    
categories: , ,




Assalamualaikum dan Selamat Pagi/Petang/Malam


Hari ni nak cite pasal satu buku yang menjadi the most favourite aku sekarang, iaitu buku Trevor Noah - Born A Crime

So korang kenal tak dengan Trevor Noah? Beliau berasal dari Afrika Selatan, kacukan kulit hitam (mak) dan kulit putih (ayah), memulakan career sebagai comedian, selalu buat show comedy sana sini, lepas tu bila dah makin popular, dia berjaya menjadi hos The Daily Show, sebuah slot tv yang memang glamor kat US, yang memaparkan banyak kisah politik US lah. Sejak tu dia bukan glamour kat Afrika Selatan tempat kelahiran dia je, tapi satu dunia lah.



Inilah Trevor Noah, kacak kan? Sila tengok lesung pipit dia. Hehehehehe




Kenapa aku suka buka dia ni? Sebabnya ialah:


  • Buku ni memang tak bosan dibaca, memang best, memang tak nak letak buku. Aku harap buku ni memang dia yang tulis, sebab aku pernah baca pasal Ghost Writer, iaitu orang famous2 ni guna orang lain untuk tulis buku dia, dia just cerita je kat Ghost Writer tu dan writer tu just karang bagi sedap. Tapi aku rasa buku ni memang dia yang tulis, sebab ayat macam sama dengan ayat dia masa dia buat stand-up comedy. 
Disclaimer: Aku pernah dengar cite je pasal ghost writer ni, tapi aku tak cakap dia guna ghost writer untuk tulis buku dia ni. Aku just baru tau benda macam ni wujud. Aku rasa buku ni memang dia yang tulis. 

  • Buku ni mengisahkan kehidupan dia dari kecik sampai remaja kat Afrika Selatan. Masa dia kecik, dasar Aparteid masih lagi berkuatkuasa. Dasar Aparteid ni merujuk kepada sistem politik yang memisahkan penduduk kulit putih dengan penduduk kulit hitam dari tahun 1948 - 1990-an. Senang cakap, orang putih ni anggap diorang ni macam agung dan mulia sangat la so orang putih ni tak nak bercampur dengan orang hitam. Orang hitam ni macam kasta low class sangat, so orang putih ni jadikan orang hitam ni hamba, orang hitam didikrisminasi dari segi ekonomi, pendidikan, sosial sampai tandas pun tak nak kongsi. Eh marah plak aku rasa sambil menaip ni.

  • So disebabkan dasar Apartied ni, Trevor Noah semasa kecik memang dekat public area, dia tak boleh nak jalan-jalan dengan ayah dia, nanti kena tangkap polis. Even dengan mak dia pun tak boleh! Sebab perbezaan warna kulit. Cerita dia sedih sebenarnya, tapi sebab Trevor ni pak lawak, dia cerita jadikan benda tu lawak, sampai ko asyik nak berdekah jelah citenye

  • Dalam buku ni sebenarnya dia banyak cerita pasal ketabahan dan kekuatan mak dia membesarkan dia dan anak-anak walaupun dalam kesusahan, kemiskinan dan ditindas. Bukan pasal perkauman je, tapi pasal keganasan rumah tangga yang berlaku kat mak dia. Yang part ni sedih siket sebab teruk gak apa yang berlaku kat mak dia. Oh dan jugak banyak pasal politik dalam Afrika Selatan, tapi jangan risau, takdelah berat sangat hehe

Banyak lagi part yang best, tapi tu korang kena baca sendiri lah sebab aku tak nak la jadi spoiler. Hahahaha. Pendek kata, buku ni memang menarik untuk dibaca. Aku harap next buku dia, Trevor Noah tulis pasal macam mana dia boleh start dengan buat stand-up comedy, lepas tu masuk Hollywood lagi. Mesti banyak cabaran dan kisah-kisah kelakar. Mesti best.

Okay aku bagi buku ni 5 Stars

Hehe

Bye!









Tuesday, April 14, 2020

Lirik Lagu Boyfriend - Selena Gomez

  16 comments    
categories: ,




Boyfriend

I want a boyfriend
But I just keep hitting dead ends
Try to take a shortcut, but I get cut
Again and again
I want a boyfriend
Tell me, are there any good ones left?
I keep finding wrong ones, but I want love
Again and again
I want a boyfriend

I been up all night
Pretty restlessly
Think I might know why
(Uh)
I've been doing just fine
But baby, I don't mean
That I'm feeling anti you and me

There's a difference between a want and a need
Some nights I just want more than me
I know that there's a fine line between
It's not what I need, but
(Yeah)

I want a boyfriend
But I just keep hitting dead ends
Try to take a shortcut, but I get cut
Again and again
(Yeah)
I want a boyfriend (Uh-huh)
Tell me, are there any good ones left?
I keep finding wrong ones, but I want love
Again and again

I want a boyfriend
I want a boyfriend

I could phone a friend, use a hotline or something
But that won't get the job done
(Uh-huh)
'Cause every time I try
Every time they lie (Uh-huh)
I get a little anti you and me

There's a difference between a want and a need
Some nights I just want more than me
I know that there's a fine line between
It's not what I need, but
(Ooh–ooh)

I want a boyfriend
But I just keep hitting dead ends
Try to take a shortcut, but I get cut
Again and again
(Yeah)
I want a boyfriend (Uh–huh)
Tell me, are there any good ones left?
I keep finding wrong ones, but I want love
Again and again

I want a boyfriend
I want a boyfriend

(I want a)
(Yeah)
I want a boyfriend
(Yeah)
(I want a)










Komen sket:

Aku suka album baru Selena - Rare sebab lagu dia semua catchyyy

Paling suka lagu Lose You to Love Me sebab pasal dia dengan Justin Bieber

Hehe







Monday, March 30, 2020

Review Buku: Perfect Is Boring by Tyra and Her Mama





Hi & Assalamualaikum

Macam biasa azam tetiap tahun nak baca buku banyak-banyak, nak la jadi manusia yang berilmiah sket kononnya, tapi banyak kekangan so tiap-tiap tahun pun tak tercapai. Tapi tahun ni wow aku tak sangka aku dah berjaya 6 buah buku setakat Februari! Pencapaian terbaik aku pernah dapat.. pecah rekod.. Hehehe. 

Aku berterima kasih dengan adanya e-book aku berjaya membaca buku akhirnya. Memanglah orang kata tak feeling, even aku sendiri prefer pegang the real book, pegang kertas, cium bau buku, tapi aku mengalah la. Phone sentiasa kita pegang, sampai kita lupa nak pegang buku. So cara terbaik ialah download e-book, bila dah bosan-bosan scroll Twitter, ha apa lagi, pergilah baca e-book.

Dan aku perasan, aku sememangnya tak suka baca buku-buku self-help, buku-buku motivasi, aku akan cepat tertidur. Buku-buku non-fiction macam sains ke apa tu lagi lah kan. Aku boleh baca buku-buku macam dari experience orang-orang popular macam Oprah, Ellen DeGeneres, sebab macam ko tengah dengar dia bercerita. 

So kali ni aku pilih buku Tyra Banks yang diterbitkan pada tahun 2018. Actually buku ni Tyra terbitkan sebab ramai nak tau macam mana dia boleh sangat rapat dengan mak dia, iaitu pengurus dia jugak. So kiranya buku ni ada 2 penulis la, Tyra dengan mak dia. Diorang memang sangat rapat sebab mak dia dari dia umur 16 dah jadi pengurus dan photographer untuk Tyra Banks, so mak dia sangat faham selok-belok kerjaya modelling ni


Komen sket:


  • Buku ni memang fun untuk dibaca. Macam aku cakap, gaya penulisan dia macam Tyra Banks sedang bercakap dekat anak-anak buah model dia dalam rancangan America's Next Top Model. Hehe. Mak dia pun kelakar. Yelah.. kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. gitteww
  • Ada jugak Tyra cerita pasal dilema dia sama ada nak ke kolej ataupun ke Paris untuk bidang modelling. Lastly dia pilih modelling sebab dia rasa itu peluang keemasan. Sebab bapak dia marah gila dia nak teruskan modelling, so dia memang bekerja keras untuk jadi top model untuk buktikan kat bapak dia yang jadi model pon boleh sukses.
  • Macam biasa, model memang akan berdepan dengan dilema masalah berat badan. Tyra memang sejenis suka makan, so bila berat dia bertambah, banyak fashion designer tak nak ambil dia jadi catwalk model. So mak dia dan Tyra fikir apa penyelasaian untuk masalah ni.. Memang terbaik!
  • Walaupun kau rasa Tyra ni macam super talented, berlakon boleh, modelling boleh, mengacara pon power.. tapi satu je yang dia terpaksa give-up iaitu menyanyi.. Macam-macam dia buat, tapi akhirnya dia tarpaksa akui yang menyanyi bukan kebolehan dia. Kelakar jugak bila mak dia cerita macam mana leganya mak dia bila Tyra Banks akhirnya cakap nak quit menyanyi. So kesimpulannya kat sini, tak semua benda kita boleh dapat, tapi yang penting usaha dulu
  • Okaylah, kesimpulannya buku ni memang fun untuk dibaca, tak bosan langsung! Aku bagi 8/10

Okay bye

Till then





Thursday, March 26, 2020

Percutian Ke Jeju Yang Terpaksa Dibatalkan

  14 comments    
categories: 



Hi dan Assalamualaikum

Sementara tengah work from home ni maka ade kesempatanlah nak update blog heheheh. Tapi sebenarnya aku tengah bersedih ni sebab pada tarikh ni, 26 March 2020, aku sepatutnya dah bertolak ke Pulau Jeju. Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Disebabkan wabak Covid-19 ni, percutian ke Korea ni terpaksa dibatalkan. Sob sob sob


Sedih jugaklah sebab sume benda dah dirancang dengan rapi. Hotel, kereta sewa, tempat-tempat nak pergi.. Excited woiii tapi nak buat camana kan. Hotel dan duit kereta sewa dah dapat refund, tapi tiket flight Air Asia ni tak dapat-dapat lagi. Adoii tolonglah Air Asia pulangkanlah duit akuuu.. Bukan saja-saja nak cancel pon.


Bila kita batalkan percutian ni, sebab memikirkan tak nak bawak virus balik ke Malaysia, tapi ada orang saja-saja amek kesempatan melancong ke oversea sebab tiket murah gi Korea, Jepun ... ko rasa?? Sakit hati jugaklah dengan orang selfish macam ni. Mungkin dia sihat sejahtera, tapi mungkin dia jadik pembawa virus dan menyusahkan orang lain.. 


Paling ralat sebab tak dapat mendaki Gunung Hallasan.. huhu. Ini aktiviti yang paling dinanti-nanti walaupun nervous jugaklah nak naik. Excited nak naik gunung ni time musim bunga, mesti cantik kan? Oleh sebab tak jadi mendaki maka aku browse jelah gambar dalam internet ni. Untuk mengubat hati yang duka lara ni.. jom tengok gambar jelah.  Sendu sungguh rasa. Hahahaha





Cantiknya.. Subhanallah






Takpelah, kalau ada rezeki, panjang umur, masih kuat, bolehlah plan lagi sekali


Buat masa ni, apa yang aku nak cuma keadaan jadi normal semula. I miss my boring normal life. Kepada yang sakit, moga diberi kesembuhan secepat mungkin.

Stay safe semua

Till then