Jalan-Jalan: Ada Apa Di Kuala Selangor?
Assalamualaikum w.b.t & Selamat Pagi
Kembali lagi dalam segmen jalan-jalan Malaysia..! LOL kekonon ade segmen kan.. So macam biasa, masih dalam PKP, so bersiaran dalam negara je la kan? (Alaa macam la tetiap tahun gi oversea nye pon hahahahhaha). Kali ni kami berjalan-jalan di Kuala Selangor.. So apa ada di sini?
Tempat pertama ialah Bukit Malawati. Harga tiket ialah RM 3 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak.
Mengikut sejarah, Bukit Malawati ini pernah ditakluki oleh Belanda dari tangan Sultan Ibrahim (Julai 1784). Setahun kemudian pada 28 Januari 1785, Sultan Ibrahim dengan bantuan adindanya, Dato' Penggawa Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Adb. Majid Pahang, telah menghalau Belanda dalam tempoh satu malam sahaja. Serangan yang bermula selepas waktu Isyak itu telah berjaya menawan bukit ini sebelum fajar subuh menyinsing. Di atas Bukit Malawati terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah.
Lepas tu dapat lah naik trem ni. Bagus jugak lah sebab naik bukit kan, nak mendaki bukit ni susah jugak untuk warga emas. Bila dah penuh, trem ni pun akan bergerak ke atas bukit. Aku tak pasti kita boleh mendaki dengan kaki ke tak, rasanya boleh je kot. Boleh exercise sket kan hehe
Air terjun cantik! Ambil gambar dari train je sebab train tak berhenti kat sini
Tempat perhentian pertama, iaitu tempat yang ada meriam ni. Dari sini boleh tengok pemandangan cantik tau dari atas bukit. Tapiiii sebab aku penakut nauzubillahiminzalik dengan monyet-monyet ni. Maka aku pon kaku jelah di situ sambil curi-curi ambil gambar. Hahahahahah
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik atas bukit ni macam Muzium Permainan Tradisional, Perigi Beracun, Laman Budaya, Muzium Sejarah Kuala Selangor, Meriam Penggawa, Tangga Seratus, Batu Hampar, Rumah Api, tapi kan, pelik jugak, sebab trem ni berhenti kat tempat meriam tu je. Konfius aku. So macam sekejap sangat naik trem ni, tetiba dah turun dah. Maybe lain kali aku pergi lagi kot, jalan kaki plak, so boleh explore lama sket. InshaAllah
Lepas tu kami ke Sekinchan pulak kekonon nak tengok padi menghijau.. malangnya sekarang bukan musim padi menghijau daaa.. So ini jelah pemandangan yang ada.. Sebenarnya kalau explore lagi pergi ke dalam-dalam sikit ke ade je padi hijau.. Tapi takde masa dah, lain kali pulak la kot kalau ade rezeki
Lepas tu konon nak amek gambar cantik-cantik kat 3d Art Gallery kat Sekinchan, sekali dah tutup daaa.. macam menakutkan plak kan.. Takde orang langsung kat situ. Kenape la tutup ye? T-T
Lepas tu kami pun blur nak gi mana. Ahahahahha itulah sejenis tak prepare, main redah je. Dok google homestay Haji Dorani, komain cantik kan. Lepas tu guna Waze la kan, pastu sesat ke mana- mana ntah. Last2 dia bawak kami ke Jeti Haji Dorani. Entah betul ke idok? Layan jelaa
Oleh sebab kami pun dah kehabisan idea nak gi mana, maka kami pun gi makan cendol lah. Ni kat kedai Cendol Atok Sungai Besar. Boleh tahan ramai gak orangnya. Rasanya okay-okay laa..
Okay itu saja coretan kali ni.
Bye!
bestt jugak ni kan jln2 bkt melawati
ReplyDeletebiasa sis lalu je
best jugak tapi tula naik tram tu komain laju dia takde stop2 haha
Deletesuka pegi bendang die..pastu makanan kat kuala selangor best..especially ikan bakar
ReplyDeleteharitu kami makan tempat tak berapa best so malas nak share haha
DeleteWaaa... banyak cik nyet tu kalau Mrs. A pun seriau jugak mana tahu tetiba dia gigit kan...
ReplyDeleteitula dia tak gigit.. jinak.. tapi kaadang2 dia tarik makanan dari tangan kita.. or dia lompat atas kita.. adoiii
DeleteNmpak sedap pulak cendol tu
ReplyDeleteboleh la hehe
DeleteJinak2 monyet2 tu semua...cantik gak jeti Haji Dorani..
ReplyDeleteiye memang jinak mesra alam sangat
Deleteseronok jalan2 sana, terutama area sawah padi :D
ReplyDeletetengok dari dalam kereta je time ni hahah
Deletekampung sungai haji dorani., wak taula ;p
ReplyDeleteadik beradik la ni wak hehehe
DeleteBest jugak jenjalan..hehe..selagi ada masa dan ruang ni...Cendol tu sedap nampakkkkk....panas2 makan cendol, memang mantapppp!
ReplyDeletebetul.. melegakan tekak hehe
DeletePernah naik sekali bukit melawati ni sampai meriam tu. tapi naik kete terus sampai atas. memang banyak monyet. kita pun takut. huhu
ReplyDeletekan takut kan.. tapi diorang jinak dan x gigit pon hehehhehe
DeleteLama dah tak sampai bukit melawati tu..
ReplyDeleteSekarang ini memang nampak lengang je kan.. Lain macam pula rasa dia..
x pasti la lengang ke tak sebab time saya pergi tu ramai je
Deletelama dah teringin nk g bkt malawati tu tp tu laa... bla ajk semua x nk g 😆😆😆
ReplyDeletekenape.. best kot... tempat bersejarah tu. hehehe
Deleteishh kalo kita pun takut dengan monyet tu..hahahah
ReplyDeleteitula banyak sangat!!
DeleteSeronoknya dapat jalan2. Dah lama dah tak short vacay. Last pun bulan August (lol tak adalah lama sangat). Sekarang dah pkp pulak Selangor lagilah rasa nak keluar. Btw, monyet2 tuh jinak ke? Nampak rilek je semua orang :o
ReplyDeleteye memang jinak.. tp kalau kt awak ade makanan, dia kan pegang awk, panjat atas kepala pon ada! haha.. tu yg cuaks tu
DeleteHehe.. macam saya pulak, bila naik trem zoo taiping. Sat je rasa, tiba-tiba dah keluar. Baik jalan kaki boleh explore lebih sikit. :D
ReplyDeleteSeronok dapat tengok Kuala Selangor. Saya tak pernah sampai ke sana.
saya pun selama ni tak taw pon kewujudan Bukit Malawati ni.. dah pergi baru taw
Deletekat kawasan bendang tu kalau tngh menghijau menguning mmg lawa..
ReplyDeleteboleh brenti kat batas2 tu bergambar kan.. tapi bukan musim. eee seram dgn monyet2 melawati tu.. nakai gak depat tu..
a'ah memang cantik kalau padi tgah tinggi tu hehe
Deletekuala selangor ni selalunya lalu.. tak pernah singgah. menarik jugak
ReplyDeletemenarik bila padi hijau or menguning. hehe
Delete