Tuesday, June 29, 2021

Rasa macam nak cantikkan blog

 




Hai Assalamualaikum

Apa khabar semua?

PKP bersambung lagi tapi dah tak panggil PKP dah, panggil Fasa je.. Ape pun namanya, rakyat dah semakin penat dan tenat. Semua orang dalam keadaan stress sekarang ni. Ya Tuhan, cepatlah hapuskan Covid-19 ni, ramai orang susah dan bersedih. Semoga kita semua tabah menghadapi ujian ini.. 

Anyway, aku sebenarnya dok blogwalking blog-blog orang dan aku kagum semua blog orang cantik cantik! Pastu tengok blog sendiri hmmmm cam suramm je. Haha. Dulu rasa macam elok gak lah blog ni. Alah aku guna template free je sebenarnya, pastu tak lama tu aku perasan template dia macam dah berubah tau. Aku syak designer tu dah ubah coding template tu (I don't know actually, agak je), so jadi macam togel sikitla templatenya. Haha harap korang faham la apa aku cakap ni. Hahaha

Pastu tetiba sekarang ni rasa nak revamp blog ni bagi semangatla sikit nak menulis kononnya kihkihkih. Tapi aku takde masa pulak nak menggodeh-godeh blog ni, dan yang paling panting.. aku takde kepakaran pon! Haha

So kalau sapa-sapa yang pandai edit-edit template ni bolehla contact aku yer.. 

Ha itu jelah buat masa ni

Take care korang

Bye!


Monday, June 14, 2021

Raya Aidilfitri 2021/1442H dalam PKP lagi!

  14 comments    
categories: , , ,

 


Selamat pagi dan Assalamualaikum


Dah bulan 6! Maknanya dah 8 bulan aku tak update blog! Apa nak jadi ni.. Haha

Anyway aku tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog aku (Kalau ada lah, kalau takde maknanya aku ucapkan kat diri sendiri je lah hahahahah)

So tahun ni masih seperti tahun lepas sebab still tak boleh beraya secara normal. Tak boleh merentas negeri, maknanya yang jauh tak boleh balik kampung. Tak boleh kunjung mengunjung. Tak boleh sembahyang sunat raya di masjid (ada had bilangan). Kasut dan kereta kat rumah pun polis kira tau! Ini kisah benar, rumah kami polis datang sebab banyak kereta.. tapi nak buat macam mana, dah sume dalam rumah tu nak beli kereta sorang satu kan (tamak haha).

Al kisahnya tahun lepas aku dah sedih sebab kena raya kat KL, jauh dari family (first time weii, boleh baca kat sini). So tahun lepas aku ada niat la nak balik raya dekat kampung halaman gak tahun depan, kiranya tahun 2021 la kan. Doa dan niat termakbul sebab dapat kerja baru kat JB maka Alhamdulillah. I am pure Johorean now hahahhahaha




Sebab ramai tak boleh balik kampung, jadi solusinya ialah menggunakan teknologi yang ada jelah iaitu Zoom dan Face Time. Memang tak puas sebab line sangkut-sangkut, gambar tak clear dan sume orang nak bercakap! Bukan dengar sangat pun! Takpelah nampak muka dan baju raya pun kira okay lah hihihi. Harap pintu suka hati Doraemon dapat dicipta dengan kadar segera hahaha 




Raya dalam PKP but still in style kengkonon.. gittewww





Ada orang birthday dia jatuh raya first so jom makan kek.. yeayyyyy




Sebab tak boleh kemana-mana dan orang pun tak datang beraya maka kita main indoor game lah! Nama game ni The Malaysian Dream. Kelakar weh. Realiti Malaysian gituu. Aku menang plak tu. Kih kih kih! Game ni sepupu aku yang beli .. beli kat mana tah. Online kot



I jadi pak menteri ko.. jangan macam-macam dengan aku hahahaha




Yang tak bestnya tahun ni aku terlupa nak amek gambar makanan raya macam rendang, ketupat semua tuuu. Aaa xpe lah yang panting makan sedap. Hehehe. Okaylah korang rasa penat plak menaip ni. Bye!

Selamat Hari Raya!


Cau cin cau 


Wednesday, October 28, 2020

Jerut Tikus?

  49 comments    
categories: 

 




Alamak..

Cmana nak jerut tikus dalam lubang tu?

Jerut macam mana pakai tali ke?

Adoi pitam memikirkannya

Hahahaha



Tuesday, October 27, 2020

Lirik Lagu Ada Cara - Ismail Izzani

  15 comments    
categories: , ,

 


Ada Cara

Jika ada cara
Kau akan ku jaga
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama
Jika ada cara
Kau takkan ku sangkar
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama

Aku, aku tahu kau siapa
Haluan kamu berbeza
Dia kan atur semua
Tak perlu kau curiga

Life is hard to face it all
I'll be your guide to change reality
I know you can’t have it all
But you're the only one for me

Jika ada cara
Kau akan ku jaga
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama
Jika ada cara
Kau takkan ku sangkar
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama

Ku pegang tali Nya hingga saat ku dikuburi
Dipasak enam pancang lilitan kawat berduri
Kita berbeza, lain cara garapan
Tetapi tetap ada cara, kan kita masih ada harapan
Niatkan hati
Yang takkan dipersia
Selama mungkin bersama
Selamat selamanya
tapi andai rencana kita
Berkubur di antara
Curahkan mu rahmat Nya
Pintaku pada yang Esa... Jadi

Jika ada cara
Kau akan ku jaga
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama
Jika ada cara
Kau takkan ku sangkar
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama

Selamanya mampu ku bersabar

Jika ada cara
Kau akan ku jaga
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama
Jika ada cara
Kau takkan ku sangkar
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama

Jika ada cara
Selamanya mampu ku bersabar
Selamanya tetap bersama






Komen sket:

  • Lagu ni mengisahkan tentang 2 insan bercinta, tetapi tak dapat bersatu sebab berbeza pegangan agama
  • Complicated kan benda ni? Ada yang sanggup convert agama, ada yang tak.. 
  • Suka sangat lagu ni sebab sesuai dengan suara Ismail, dan video muzik pun gempak.. Lirik lagu pun mendalam ye 
Keep it up Ismail.. lagu-lagu awak jarang akak tak suke.. hahah


Okay itu je bye!


Friday, October 23, 2020

Mendaki Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

 


Assalamualaikum & Selamat Pagi


Apa khabar semua? Sihat tak? Nampaknya pandemik Covid-19 ni seperti akan berlarutan. Ada yang cakap, mungkin akan berlarutan sampai 2021. Sedih! Tapi apa-apa pun, marilah kita sama-sama mengamalkan pencegahan yang sepatutnya seperti memakai topeng muka/mask dan menjaga jarak. Dan berdoa jugaklah semoga cepat-cepat ada vaksin yang berkesan. 


Sekarang ni hujung minggu aku pun rasa sedih gak la. Kalau macam tahun lepas, hujung minggu ade je aktiviti naik bukit ni. Tahun ni banyak fikir gak la, sebab naik bukit dah lah tak pakai mask, kang pengsan pulak kang, dah lah tak cukup nafas nak mendaki. Haha. Pastu jarak jugak susah nak jaga, sebab laluan kat bukit bukan luas macam highway ye. So, banyak jugak plan pastu fikir keselamatan, tak jadi. Faktor cuaca pun menjadi asbab tak jadi jugak.


So, kali ni aku throwback jela mendaki Bukit Denai 3 Puteri ni. Bukit ni kira favourite aku gak, sebabnya dia macam tak tinggi sangat. Curam pun tak banyak, cumanya time dah nak sampai puncak tu mencanak la sikit, tapi dah nama pun bukit kan, tak kan ko expect macam jalan tar rata kan. Hihi.


Bukit ni terletak kat Kota Damansara. Kalau terlajak sikit terus masuk tol Sungai Buluh.. hehehe. Nak parking kat bawah tu tak susah sangat lah, tapi kalau lambat kena menapak jauh la sikit untuk sampai kat kereta. 



Ahh rindunya naik bukit beramai-ramai macam ni! Kadang-kadang tu sampai sesat la jugak. Tapi takpe, kat sini banyak anak panah dan penanda, so make sure ikut je lah.



Pokok ni memang menjadi tumpuan ramai ye untuk sesi fotografi. Harus beratur ya. Aku dah 3,4 kali gi sini, jenuh cari gambar aku, rupanya takde ye ahahahaha. Jenis malas nak menunggu




Jeng jeng jeng tetiba dah sampai atas. Tak banyak aku amek gambar masa on the way nak sampai puncak. Pelik gak ni. Tapi takpelah ye, maafkanlah diriku... Sorrylah kalau baca ni tak membantu sangat ye




Dari puncak ni, anda akan nampak lebuhraya PLUS menuju ke Sungai Buluh, dan ke utara Malaysia. Bolehlah lambai-lambai kereta kat bawah tuu. Haha. Orang dalam kereta/lori/bas pun boleh nampak korang dari atas. Apa-apa pun hati-hatilah ye. Jangan syok sangat. Atas ni best gak sebab banyak spot untuk duduk berehat. Best!



Ya sila patuhi arahan



Dah turun ke bawah, marilah kita me'reward'kan diri kita dengan minum air mangga sejuk ni. Sedap tau. Macam tak guna kordial. Haha. 


So kesimpulannya susah ke tak susah nak naik bukit ni?


Jawapan aku as usual cliche lah, kalau ko jenis fit, selalu exercise, banyak jalan, cukup tidur, mengamalkan pemakanan sihat, maka bukit ni kira sederhana lah.

Kalau sebelum naik ko tak cukup tidur, makan tak sihat hari-hari boba, tak exercise, maka susah lah nak mendaki bukit ni. Oh ya kalau hujan, jalan jadi licin.


Okay Bye!