Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Petang
Sempena PKP ni dan tak boleh melancong ke luar negara ni, nampaknya ramai juga orang berjalan dalam negara. Baguslah kan? Dapat jugak membantu peniaga-peniaga tempatan dan memantapkan ekonomi negara. Gittuu..
So kami ni bosan jugak duduk di rumah, rasa macam nak jalan-jalan lah kan.. Fikir punya fikir, mak mencadangkan kita ke Kuala Kangsar.. Aku pun okay je.. Bandar diraja kan.. syok jugak kot, dan tak jauh sangatlah dari rumah aku
So destinasi pertama ialah Muzium Diraja Perak
Untuk pengetahuan, tiada bayaran dikenakan untuk masuk muzium ni. Tapi sayangnya.. bahagian atas muzium tak bukak pon, sebabnya masih dalam renovation. Renovation ape tu tak taw la plak. Sejujurnya takde ape sangat pun kat sini, selain architecture istana lama yang sangat cantik. So ini sebenarnya istana lama, tapi sekarang dah jadi muzium. Ada la sikit2 info pasal salasilah keluarga diraja Perak, tombak, itu jelah. Tapi memang cantik istana ni, wajib melawat kalau singgah Kuala Kangsar. Musim PKP ni, yang dibenarkan masuk sekali cuma 30 orang, kalau dah lebih kena tunggu kejap lah ye.
Ni lah yang ade dalam muzium tu. Hopefully tak lama lagi diorang akan bukak atas, boleh la tengok apa di dalam :)
Destinasi kedua ialah Tasik Raban. Actually Tasik Raban ni dah masuk Lenggong Perak tapi takdelah jauh mana pun dalam 20 minit kot dari pekan. Tasik Raban ni adik aku cakap ade cerita horror tapi malaslah aku nak amek taw. Hahahaha. Tasik Raban ni dulu ada RnR pastu dah tutup tak taw la kenape. Tasik ni best la untuk lepak-lepak menenangkan fikiran.. Situ pun ade kedai-kedai kopi untuk minum-minum
Next is Victoria Bridge. Jambatan ini merupakan jambatan keretapi tertua di Malaysia, iaitu 120 tahun. Jambatan ni glamour untuk tempat photoshoot kahwin. Hehe. Panjang jugak jambatan ni, berpeluh jugak la nak merentas. Hati-hatila masa berposing takut tersepit kat lubang jambatan
Pemandangan dari bawah
Kat sini jugak terkenal dengan seni kraf tangan pembuatan labu sayung. Boleh la singgah mana-mana kedai yang jual labu sayung ni. Harga pun okay je takdelah mahal sangat
Masjid Ubudiah ni rasanya semua orang tahu kan, dan memang main attraction kat Kuala Kangsar ni. Kali ni kami tak singgah, tapi sebelum ni dah pernah solat dalam ni. Memang cantik dan bersih masjid ni
Okay setakat tu jelah jalan-jalan di Kuala Kangsar ni, rasanya 2 hari cukup dah kot untuk pusing 1 Kuala.. sebab tak delah besar mana pon.. Kesimpulannya kalau nak bercuti tempat aman dan tenang, moh la ke sini.. Hehe. Memang aman, cuma dekat roundabout kt pekan dia je cam pening sket ahahah
Okay lah itu sahaja buat masa ni.
Bye!
Comments
Thanks.
Ikhlas,
Orang Kuale. Haha