Monday, March 30, 2020

Review Buku: Perfect Is Boring by Tyra and Her Mama





Hi & Assalamualaikum

Macam biasa azam tetiap tahun nak baca buku banyak-banyak, nak la jadi manusia yang berilmiah sket kononnya, tapi banyak kekangan so tiap-tiap tahun pun tak tercapai. Tapi tahun ni wow aku tak sangka aku dah berjaya 6 buah buku setakat Februari! Pencapaian terbaik aku pernah dapat.. pecah rekod.. Hehehe. 

Aku berterima kasih dengan adanya e-book aku berjaya membaca buku akhirnya. Memanglah orang kata tak feeling, even aku sendiri prefer pegang the real book, pegang kertas, cium bau buku, tapi aku mengalah la. Phone sentiasa kita pegang, sampai kita lupa nak pegang buku. So cara terbaik ialah download e-book, bila dah bosan-bosan scroll Twitter, ha apa lagi, pergilah baca e-book.

Dan aku perasan, aku sememangnya tak suka baca buku-buku self-help, buku-buku motivasi, aku akan cepat tertidur. Buku-buku non-fiction macam sains ke apa tu lagi lah kan. Aku boleh baca buku-buku macam dari experience orang-orang popular macam Oprah, Ellen DeGeneres, sebab macam ko tengah dengar dia bercerita. 

So kali ni aku pilih buku Tyra Banks yang diterbitkan pada tahun 2018. Actually buku ni Tyra terbitkan sebab ramai nak tau macam mana dia boleh sangat rapat dengan mak dia, iaitu pengurus dia jugak. So kiranya buku ni ada 2 penulis la, Tyra dengan mak dia. Diorang memang sangat rapat sebab mak dia dari dia umur 16 dah jadi pengurus dan photographer untuk Tyra Banks, so mak dia sangat faham selok-belok kerjaya modelling ni


Komen sket:


  • Buku ni memang fun untuk dibaca. Macam aku cakap, gaya penulisan dia macam Tyra Banks sedang bercakap dekat anak-anak buah model dia dalam rancangan America's Next Top Model. Hehe. Mak dia pun kelakar. Yelah.. kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. gitteww
  • Ada jugak Tyra cerita pasal dilema dia sama ada nak ke kolej ataupun ke Paris untuk bidang modelling. Lastly dia pilih modelling sebab dia rasa itu peluang keemasan. Sebab bapak dia marah gila dia nak teruskan modelling, so dia memang bekerja keras untuk jadi top model untuk buktikan kat bapak dia yang jadi model pon boleh sukses.
  • Macam biasa, model memang akan berdepan dengan dilema masalah berat badan. Tyra memang sejenis suka makan, so bila berat dia bertambah, banyak fashion designer tak nak ambil dia jadi catwalk model. So mak dia dan Tyra fikir apa penyelasaian untuk masalah ni.. Memang terbaik!
  • Walaupun kau rasa Tyra ni macam super talented, berlakon boleh, modelling boleh, mengacara pon power.. tapi satu je yang dia terpaksa give-up iaitu menyanyi.. Macam-macam dia buat, tapi akhirnya dia tarpaksa akui yang menyanyi bukan kebolehan dia. Kelakar jugak bila mak dia cerita macam mana leganya mak dia bila Tyra Banks akhirnya cakap nak quit menyanyi. So kesimpulannya kat sini, tak semua benda kita boleh dapat, tapi yang penting usaha dulu
  • Okaylah, kesimpulannya buku ni memang fun untuk dibaca, tak bosan langsung! Aku bagi 8/10

Okay bye

Till then





14 comments:

  1. Mcm menarik je Raz. Nak kena download apps e-book ke kalau nak baca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kt ipong mmg ada dah app utk e-book: Books namanya

      Delete
  2. Kann..seronok baca cerita yang lebih direct senang faham :)

    ReplyDelete
  3. ebook buat process membaca lebih mudah. tapi orang kata tak puas because kita tak pegang buku tu secara fizikal. tapi my pov.. mana2 pun xpe janji baca.

    kite pemalas. baca buku semuka surat..
    buku baca kite pastu =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ni sejak kuarantin pon dah mula malas balik..adoiii

      Delete
  4. Boleh masuk list untuk baca ni. Menarik! Akak suka juga layan buku begini.

    ReplyDelete
  5. Wah.. Tahniah untuk pencapaian yang ohsem..
    Suka juga baca buku-buku berkaitan pengalaman nie..

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)