Skip to main content

Mendaki Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

 


Assalamualaikum & Selamat Pagi


Apa khabar semua? Sihat tak? Nampaknya pandemik Covid-19 ni seperti akan berlarutan. Ada yang cakap, mungkin akan berlarutan sampai 2021. Sedih! Tapi apa-apa pun, marilah kita sama-sama mengamalkan pencegahan yang sepatutnya seperti memakai topeng muka/mask dan menjaga jarak. Dan berdoa jugaklah semoga cepat-cepat ada vaksin yang berkesan. 


Sekarang ni hujung minggu aku pun rasa sedih gak la. Kalau macam tahun lepas, hujung minggu ade je aktiviti naik bukit ni. Tahun ni banyak fikir gak la, sebab naik bukit dah lah tak pakai mask, kang pengsan pulak kang, dah lah tak cukup nafas nak mendaki. Haha. Pastu jarak jugak susah nak jaga, sebab laluan kat bukit bukan luas macam highway ye. So, banyak jugak plan pastu fikir keselamatan, tak jadi. Faktor cuaca pun menjadi asbab tak jadi jugak.


So, kali ni aku throwback jela mendaki Bukit Denai 3 Puteri ni. Bukit ni kira favourite aku gak, sebabnya dia macam tak tinggi sangat. Curam pun tak banyak, cumanya time dah nak sampai puncak tu mencanak la sikit, tapi dah nama pun bukit kan, tak kan ko expect macam jalan tar rata kan. Hihi.


Bukit ni terletak kat Kota Damansara. Kalau terlajak sikit terus masuk tol Sungai Buluh.. hehehe. Nak parking kat bawah tu tak susah sangat lah, tapi kalau lambat kena menapak jauh la sikit untuk sampai kat kereta. 



Ahh rindunya naik bukit beramai-ramai macam ni! Kadang-kadang tu sampai sesat la jugak. Tapi takpe, kat sini banyak anak panah dan penanda, so make sure ikut je lah.



Pokok ni memang menjadi tumpuan ramai ye untuk sesi fotografi. Harus beratur ya. Aku dah 3,4 kali gi sini, jenuh cari gambar aku, rupanya takde ye ahahahaha. Jenis malas nak menunggu




Jeng jeng jeng tetiba dah sampai atas. Tak banyak aku amek gambar masa on the way nak sampai puncak. Pelik gak ni. Tapi takpelah ye, maafkanlah diriku... Sorrylah kalau baca ni tak membantu sangat ye




Dari puncak ni, anda akan nampak lebuhraya PLUS menuju ke Sungai Buluh, dan ke utara Malaysia. Bolehlah lambai-lambai kereta kat bawah tuu. Haha. Orang dalam kereta/lori/bas pun boleh nampak korang dari atas. Apa-apa pun hati-hatilah ye. Jangan syok sangat. Atas ni best gak sebab banyak spot untuk duduk berehat. Best!



Ya sila patuhi arahan



Dah turun ke bawah, marilah kita me'reward'kan diri kita dengan minum air mangga sejuk ni. Sedap tau. Macam tak guna kordial. Haha. 


So kesimpulannya susah ke tak susah nak naik bukit ni?


Jawapan aku as usual cliche lah, kalau ko jenis fit, selalu exercise, banyak jalan, cukup tidur, mengamalkan pemakanan sihat, maka bukit ni kira sederhana lah.

Kalau sebelum naik ko tak cukup tidur, makan tak sihat hari-hari boba, tak exercise, maka susah lah nak mendaki bukit ni. Oh ya kalau hujan, jalan jadi licin.


Okay Bye!



Comments

Syazni Rahim said…
kalau saya pun beratur, besar gilaaa pokok tu, rugi tak amek gambar hehe
Razf said…
kan?? pasni nak ambil hehe
Azhafizah MN said…
Sedih juga mengenangkan kes covid yang tak pernah nak surut dan menghilang. Allah maha mengetahui.

Bukit ni popular lepas sy dah tak aktif hiking. Bukit yang cantik peak tu boleh santai dok atas batu. Sekarang nak hiking semula pun lansung tak fit sudah. Huwaaa~
NADIA vs BERON said…
Teringin nak naik tapi tak naik2 lagi hehe one day.
Razf said…
betul Allah yang tahu segalanya..

Ha'ah best dok atas ni.. tempat redup pun ade.. cuma kena hati-hatila.. :)
Razf said…
mula2 memang susah kak.. pastu mesti nak cuba lagi... hehe
Sis Lin said…
Kannn, macam tak percaya dunia kita akan seperti ini kannn...kita doa aje laa yang bebaik dan kita jaga kita...
Tapi buat masa ni kalau takde PKPB boleh mendaki kan?
nohas said…
pernah sekali mendaki di sini...perghh..cukuplah sekali..hehe..
Wak Lat said…
wak pown dh smpi sekali je denai 3 dara ehh 3 puteri nih., hehehe
Nur said…
Bukit kat rumah saya ni pun dah ditutup sampai tahun depan.
Cantik pemandangan atas denai 3 puteri.
Unknown said…
Klau nk pergi, still bukk ke?
Razf said…
eh kenape tuu ..?
Razf said…
denai 3 dara kat mana pulak tu haha
Razf said…
betul memang cantik nampak bangunan tinggi2 hehe
Razf said…
kalau check google, masih bukak 7 am - 5 pm
Razf said…
tak pasti la ye.. saya memang elakkan sebab ramai jugak kat kaki bukit dan puncak.. masa mendaki pun kalau berselisih susah nak jaga jarak sebab laluan selalunya kecil
kite tak minat mendaki ni tapi kita sokong je those yang suka..
at least korang selalu share gmbar2 dari atas nun bestla hehe.. kite tumpang cuci mata hhehe..
Razf said…
a'ah dulu x minat gak.. mcm memenatkan je.. last2 terjebak.. memang penat pon, tapi syok. haha
Nina Mads said…
lamanya tak hiking... best ramai2
Scdha Sein (SS) said…
Menarik jugak tempat ni 😅
Razf said…
best.. rindu sangat
Sha Mohamed said…
Antara wishlist yang nak dibuat lepas PKP habis.. Nak panjat bukit dekat dengan rumah nie.. Harapnya berjayalah..
Teruja tengok rakan blogger dan rakat pejabat share aktiviti memanjat mereka.. hehehe..
Razf said…
alamakkkk rindu hiking la pulak... cepatlah habis virus cover ni....!
Razf said…
jom! ajak saya! haha
Farhana Jafri said…
duduk dekat dengan kawasan ni pun tak tahu ada bukit boleh hiking tapi kalau tahu pun confirm tak pergi sebab tak suka hiking haha
Razf said…
alaa knape x suka.. hehe
Time Traveller said…
Agak2 polis trafik boleh tembak speedtrap dari puncak tu tak hahaha.. Ok dlm list jugak tapi tu la masih merancang hahaha..
Razf said…
haha tak pernah nampak polis kat puncak. kat bawah-bawah sikit ntah2 ade menyorok haha