Skip to main content

Tips Kecantikan Korean dari Buku The Little Book Of Skin Care: Korean Beauty Secrets

 


Assalamualaikum and Hii..


Baru-baru ni aku baru habis baca buku ni lah, The Little Book Of Skin Care: Korean Beauty Secrets for Healthy, Glowing Skin. Sajalah berangan mana tau boleh jadi flawless macam Jisoo Blackpink. Kih kih kih takpe berangan tu percumaaa


Okaylah aku bagi summary sikit pasal buku ni:

1. Buku ni ditulis oleh Charlotte Cho, founder Soko Glam. Mak ayah dia Korean tapi dia born and bred dekat California USA, tapi masa awal 20an (kalau tak silaplah), dia dapat kerja di Seoul dan  masa itulah dia banyak belajar pasal penjagaan kecantikan orang Korea.. kiranya memang totally different ye dari culture kat USA

2. Apa yang dia observe, orang Korea tak kira lelaki dan perempuan, memang sangat mementingkan penjagaan kulit. Orang lelaki puji kulit orang cantik tu normal ya, jangan terkejut tau. Dan penjagaan kulit lagi penting dari make-up ni.. Sebab tu make up diorang tak heavy sangat, yang penting kulit cantik dan glowing

3. Cuci muka perlu Double Cleansing, first guna oil cleanser dan secondly tu baru guna pencuci muka biasa - water based. Ini untuk memastikan yang muka kita betul-betul bersih dari sisa-sisa make up dan kotoran. 

4. Orang Korea suka muka jadi Chok Chok. Chok Chok tu maksudnya muka kita nampak glowy, lembab dan plump. Bukan muka berminyak ya. Kalau korang nak tau muka chok chok tu macam mana, tengoklah K-Drama tu.. laki perempuan muka flawless shining shining kan..

Untuk dapat kulit chok chok tu, kena rajin pakai pelembab muka dan buat segala 10 steps skin care tu

5. Sunscreen! Sunscreen sangat penting dalam penjagaan kulit muka orang Korea. Terutamanya musim panas, diorang sanggup pakai baju lengan panjang untuk memastikan kulit terlindung dari cahaya matahari. Malahan, sejak kanak-kanak pun diorang dah start pakaikan sunscreen ye. 

6. 10 Step Skin Care Routine yang glamour tuu berasal dari Korea la. Biasanya kita akan buat 3 steps je kan, cuci, pakai toner, lepas tu pakai pelembab. 

Tapi orang Korea pulak:

1) Cuci muka pakai oil cleanser
2) Cuci muka pakai water-based cleanser
3) Exfoliate
4) Pakai toner
5) Pakai essence
6) Pakai ampoule a.k.a booster a.k.a Serum
7) Pakai sheet mask
8) Pakai eye cream
9) Pakai pelembab
10) Pakai sunscreen

Haaa sanggup tak nak buat macam ni hari-hari? Anyway sebenarnya Korean takdelah buat ni hari-hari, bergantung pada keadaan lah tapi selalunya macam tu la. Hehehe.. nak cantik kan.. Kena la rajin (dan ada ongkosnya) :p



REVIEW BUKU: 

  • Buku ni santai, kelakar, fun dan banyak informasi. Memang sekejap je aku dah habis baca sebab seriously rasa tak nak stop baca. Kudos tu penulis buku ni Charlotte Cho. Sesambil dia cite pasal skincare, ada jugak dia cite pasal pengalaman dia bekerja di Seoul dan gaya hidup orang Korea

  • Paling syok sebab buku ni ada ilustrasi kartun yang sangat comel. Senang nak faham dan menambah seri kan kalau ada gambar kartun comel-comel ni

  • Lepas habis buku ni rasa macam bersemangat tau nak jaga kulit. Kita tengok berapa lama semangat tu bertahan hahahah


Okay itu je. Bye!


Comments

ezy.fia said…
mmg suka betul tgk kulit muka org2 korea.. bersih jeeeee.. jerawat sebijik pon xnmpk.. haha

buku pon dh comel.. mmg smngat nk bc
azlina ina said…
Rumit yang mampu mencantikkan diri.
Razf said…
betul.. masa saya ke sana pun susah nak jumpa jerawat di muka diorang hahaha
Razf said…
memang rumit tapi berbaloi kalau diamalkan secara konsisten
Sha Mohamed said…
Comelnya buku dia..
Razf said…
betul! sangat comel
Farrah MF said…
Bukan main lagi 10-step skin routinenya... kena betul-betuk rajin dan gigih ni
Razf said…
itula.. susah la nak buat yg tu haha. setakat ni x buat lagi part tu (> <)
Farhana Jafri said…
tak sanggup nak buat. Selalunya buat double cleansing tepek serum dengan lotion je. Sunscreen pun tak guna sangat sebab tak jumpa matahari
Ujie Othman said…
Menarik kulit bukunya.
Eh…lepas baca perkongsian ni, saya pun rasa lebih bersemangat nak buat rutin jaga muka. Dapat 5 step jadiklah kan 😀
Abam Kie said…
abe kie cuma gunakan pembersih muka biasa2 je.
Razf said…
buat double cleansing pun dah kira rajin tu hehehe
Razf said…
5 steps is a good start!
Razf said…
okay tu ada pembersih muka :D
nohas said…
perghh..10 steps..tak sanggup teman...hihi...betul, kena rajin kalau nak cantik..
mrhanafi said…
teringin juga nak muka licin....tapi dah tua dan berpunya hehhee
Kakmim said…
kulit org korea mmg chok chok kan... rupanya lelaki diorang pun jaga skin jugak... ingtkan pelakon je... tp kan 10 pakai byk² mmg mkn masa... selalunya kalau rushing pagi² mmg bawak je semua ke opis... naked face dlu antar anak ke skolah... hahaha
Razf said…
itula 10 steps jenuh la.. dapat buat 5-6 pun ok kot haha
Razf said…
tua dan berpunya pun boleh juga :D
Razf said…
Betul2 kena allocate masa tu.. haish macam2 kena consider haha
Carneyz said…
Bila la nak rajin mcm orang Korea ni. Biasanya cuci muka je, klu keluar rumah baru pakai pelembap muka & sunscreen. Patut la kulit tak glowing hihi
nona sani said…
Eh, ehhh.. bagusnya buku gini... Nice info, banyak jugak step mereka nak jaga kulit.. Kalau ada ongkos dan manage time bebaik, mesti boleh follow cara dorang.. huhu
nona sani said…
Sunscreen memang penting.. tengah cuba nak apply sunscreen selalu tanpa missed... tapi apakan daya.. sometimess baru sampai toner je dah settle.. aduhh
Razf said…
okay tu sebab pakai sunscreen. Ada jugak protection hehe
Razf said…
betul2.. nak kena ada disiplin .. dan duit beli skincare.. hahaha
Razf said…
saya ikut 3,4 steps pun kira dah bagus kih3
Time Traveller said…
Org lelaki cane lah ek.. Kang pakai floless habis hahaa
AzianKhalil said…
aduiii... banyak betul step jaga kulit ni...
Razf said…
bagusla floles hahaha
Razf said…
bukan senang nak jaga kulit haha
Azhafizah MN said…
Untung sangat kalau dapat kulit cantik. Tak payah beria nak makeup nak cover segala cela. Light light je pun dah okay. Buku yang menarik. Tapi nak ikut rutin, banyak nak kena beli produk tu. Huhu...
Razf said…
nak beli produk kecantikan ti 1 hal, lepas tu nak disiplinkan diri tu adoii tu yang paling susah rasanya