Tips Kecantikan Korean dari Buku The Little Book Of Skin Care: Korean Beauty Secrets
Assalamualaikum and Hii..
Baru-baru ni aku baru habis baca buku ni lah, The Little Book Of Skin Care: Korean Beauty Secrets for Healthy, Glowing Skin. Sajalah berangan mana tau boleh jadi flawless macam Jisoo Blackpink. Kih kih kih takpe berangan tu percumaaa
Okaylah aku bagi summary sikit pasal buku ni:
1. Buku ni ditulis oleh Charlotte Cho, founder Soko Glam. Mak ayah dia Korean tapi dia born and bred dekat California USA, tapi masa awal 20an (kalau tak silaplah), dia dapat kerja di Seoul dan masa itulah dia banyak belajar pasal penjagaan kecantikan orang Korea.. kiranya memang totally different ye dari culture kat USA
2. Apa yang dia observe, orang Korea tak kira lelaki dan perempuan, memang sangat mementingkan penjagaan kulit. Orang lelaki puji kulit orang cantik tu normal ya, jangan terkejut tau. Dan penjagaan kulit lagi penting dari make-up ni.. Sebab tu make up diorang tak heavy sangat, yang penting kulit cantik dan glowing
3. Cuci muka perlu Double Cleansing, first guna oil cleanser dan secondly tu baru guna pencuci muka biasa - water based. Ini untuk memastikan yang muka kita betul-betul bersih dari sisa-sisa make up dan kotoran.
4. Orang Korea suka muka jadi Chok Chok. Chok Chok tu maksudnya muka kita nampak glowy, lembab dan plump. Bukan muka berminyak ya. Kalau korang nak tau muka chok chok tu macam mana, tengoklah K-Drama tu.. laki perempuan muka flawless shining shining kan..
Untuk dapat kulit chok chok tu, kena rajin pakai pelembab muka dan buat segala 10 steps skin care tu
5. Sunscreen! Sunscreen sangat penting dalam penjagaan kulit muka orang Korea. Terutamanya musim panas, diorang sanggup pakai baju lengan panjang untuk memastikan kulit terlindung dari cahaya matahari. Malahan, sejak kanak-kanak pun diorang dah start pakaikan sunscreen ye.
6. 10 Step Skin Care Routine yang glamour tuu berasal dari Korea la. Biasanya kita akan buat 3 steps je kan, cuci, pakai toner, lepas tu pakai pelembab.
Tapi orang Korea pulak:
1) Cuci muka pakai oil cleanser
2) Cuci muka pakai water-based cleanser
3) Exfoliate
4) Pakai toner
5) Pakai essence
6) Pakai ampoule a.k.a booster a.k.a Serum
7) Pakai sheet mask
8) Pakai eye cream
9) Pakai pelembab
10) Pakai sunscreen
Haaa sanggup tak nak buat macam ni hari-hari? Anyway sebenarnya Korean takdelah buat ni hari-hari, bergantung pada keadaan lah tapi selalunya macam tu la. Hehehe.. nak cantik kan.. Kena la rajin (dan ada ongkosnya) :p
REVIEW BUKU:
- Buku ni santai, kelakar, fun dan banyak informasi. Memang sekejap je aku dah habis baca sebab seriously rasa tak nak stop baca. Kudos tu penulis buku ni Charlotte Cho. Sesambil dia cite pasal skincare, ada jugak dia cite pasal pengalaman dia bekerja di Seoul dan gaya hidup orang Korea
- Paling syok sebab buku ni ada ilustrasi kartun yang sangat comel. Senang nak faham dan menambah seri kan kalau ada gambar kartun comel-comel ni
- Lepas habis buku ni rasa macam bersemangat tau nak jaga kulit. Kita tengok berapa lama semangat tu bertahan hahahah
Okay itu je. Bye!
mmg suka betul tgk kulit muka org2 korea.. bersih jeeeee.. jerawat sebijik pon xnmpk.. haha
ReplyDeletebuku pon dh comel.. mmg smngat nk bc
betul.. masa saya ke sana pun susah nak jumpa jerawat di muka diorang hahaha
DeleteRumit yang mampu mencantikkan diri.
ReplyDeletememang rumit tapi berbaloi kalau diamalkan secara konsisten
DeleteComelnya buku dia..
ReplyDeletebetul! sangat comel
DeleteBukan main lagi 10-step skin routinenya... kena betul-betuk rajin dan gigih ni
ReplyDeleteitula.. susah la nak buat yg tu haha. setakat ni x buat lagi part tu (> <)
Deletetak sanggup nak buat. Selalunya buat double cleansing tepek serum dengan lotion je. Sunscreen pun tak guna sangat sebab tak jumpa matahari
ReplyDeletebuat double cleansing pun dah kira rajin tu hehehe
DeleteMenarik kulit bukunya.
ReplyDeleteEh…lepas baca perkongsian ni, saya pun rasa lebih bersemangat nak buat rutin jaga muka. Dapat 5 step jadiklah kan 😀
5 steps is a good start!
Deleteabe kie cuma gunakan pembersih muka biasa2 je.
ReplyDeleteokay tu ada pembersih muka :D
Deleteperghh..10 steps..tak sanggup teman...hihi...betul, kena rajin kalau nak cantik..
ReplyDeleteitula 10 steps jenuh la.. dapat buat 5-6 pun ok kot haha
Deleteteringin juga nak muka licin....tapi dah tua dan berpunya hehhee
ReplyDeletetua dan berpunya pun boleh juga :D
Deletekulit org korea mmg chok chok kan... rupanya lelaki diorang pun jaga skin jugak... ingtkan pelakon je... tp kan 10 pakai byk² mmg mkn masa... selalunya kalau rushing pagi² mmg bawak je semua ke opis... naked face dlu antar anak ke skolah... hahaha
ReplyDeleteBetul2 kena allocate masa tu.. haish macam2 kena consider haha
DeleteBila la nak rajin mcm orang Korea ni. Biasanya cuci muka je, klu keluar rumah baru pakai pelembap muka & sunscreen. Patut la kulit tak glowing hihi
ReplyDeleteokay tu sebab pakai sunscreen. Ada jugak protection hehe
DeleteEh, ehhh.. bagusnya buku gini... Nice info, banyak jugak step mereka nak jaga kulit.. Kalau ada ongkos dan manage time bebaik, mesti boleh follow cara dorang.. huhu
ReplyDeletebetul2.. nak kena ada disiplin .. dan duit beli skincare.. hahaha
DeleteSunscreen memang penting.. tengah cuba nak apply sunscreen selalu tanpa missed... tapi apakan daya.. sometimess baru sampai toner je dah settle.. aduhh
ReplyDeletesaya ikut 3,4 steps pun kira dah bagus kih3
DeleteOrg lelaki cane lah ek.. Kang pakai floless habis hahaa
ReplyDeletebagusla floles hahaha
Deleteaduiii... banyak betul step jaga kulit ni...
ReplyDeletebukan senang nak jaga kulit haha
DeleteUntung sangat kalau dapat kulit cantik. Tak payah beria nak makeup nak cover segala cela. Light light je pun dah okay. Buku yang menarik. Tapi nak ikut rutin, banyak nak kena beli produk tu. Huhu...
ReplyDeletenak beli produk kecantikan ti 1 hal, lepas tu nak disiplinkan diri tu adoii tu yang paling susah rasanya
Delete