Mendaki Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan

 



Hi Assalamualaikum 


Rindu bukit ni! Hehe last pergi masa tahun 2020 kot, lepas PKP dah dilonggarkan sedikit. Bukit ni terletak di Tanjung Tuan, dekat dengan Port Dickson. 




Secara ringkasnya, bukit ni tak susah untuk didaki dan dituruni, sesuai untuk beginner yang baru nak berjinak-jinak untuk hiking ni. Aku tak banyak gambar untuk bukit ni sebab gambar banyak dah hilang dalam hard disk lama yang rosak hahaha





Yang agak mencabar ialah masa nak naik Bukit Batu Putih ni la.. tapi pemandangan atas tu sangat cantik ye sebab boleh nampak laut. Serius cantik! Tapi batu putih ni permukaan puncaknya tak luas je, so sebenarnya atas tu akan jadi crowded dan sesak kalau ramai orang. Nak selfie pun tak best la kan sebab nampak orang kat belakang! Haha. Kalau datang weekdays mungkin boleh feeling duduk lama-lama kat atas kan. Kalau time ramai orang tu, adalah elok kalau tak lepak lama-lama sangat kat atas tu. Bagilah can orang-orang kat bawah yang tengah nak naik tu. 






Nampak laut. Cantik tak? Anyway ni bukan puncak sangat, aku duduk bawah sikit sebab atas tu ramai sangat






Wefie!







Lepas mendaki Bukit Batu Putih, boleh jugak pergi ke Tangga Taubat ni. laluan dia ialah belah kiri Rumah Api. Kalau turun tangga tu, terus jumpa pantai. Tapi pantai tu macam takde orang mandi-mandi. Tangga ni time turun okay, bab nak naik semula penat jugak laa 


Okay tu je setakat ni. Bye!


Comments

  1. Eh, ehhhh.. Bestnyaaa.. Lama tak hiking... Boleh singgah kalai balik kg n9.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Last naik bukit keluang di Besut....Ya Ampun! x nak naik lg jika x warming up!

    ReplyDelete
  3. pelik pulak nama tangga tu..hihihi... Bestnya hiking...

    ReplyDelete
  4. wahh... teringinnya... tapi keadaan kesihatan dah tak macam dulu lagi

    ReplyDelete
  5. bagus ada aktiviti begini....sihat dan love nature

    ReplyDelete
    Replies
    1. nature tu yg penting.. segarkan badan dan minda

      Delete
  6. dapat tengok view laut yg cantik, hilang rasa penat mendaki...rasa insaf bila nampak tangga taubat..haha..tobat masa nak naik..

    ReplyDelete
  7. Agaknya tangga tu dapat gelaran tu sebab ramai yang bertaubat menyesal nak naik semula! :D

    ReplyDelete
  8. Rindunya nak ke Tg Tuan.
    Dulu situlah tempat yang kerap akak pergi. Ada banyak trail. So tak bosan walau datang selalu. Naik Bukit Batu Putih tu kalau nak mencabar, ikut trail yang akan lalu Monkey Beach.

    Tangga tu memang, semput jugak nak naik balik. Tapi pantai kat bawah tu cantik, masa akak pergi dululah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh tak taw plak ada trail yg mencabar.. boleh cuba nanti :)

      Delete
  9. ni antara bukit yg fames di PD kalau nk hiking sbb dkt dgn laut

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul memang famouss.. alang2 mandi manda kat PD boleh hiking sekali!

      Delete
  10. bukit ni memang fames kt PD kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul memang famouss.. alang2 mandi manda kat PD boleh hiking sekali!

      Delete
  11. Macam dah lapang trail tu. Pernah naik sekali je. Masa tu tak ramai lagi hiking ni. View dari atas memang cantik. Sempat jugak turun bawah kat pantai cantik bawah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantai kat bawah tu pun boleh tahan cantik

      Delete
  12. Macam dah lapang trail tu. Pernah naik sekali je. Masa tu tak ramai lagi hiking ni. View dari atas memang cantik. Sempat jugak turun bawah kat pantai cantik bawah tu.

    ReplyDelete
  13. Cantiknya pemandangan! Puas hati panjat sampai atas dapat tengok view cantik :)

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. turun okay.. naik memang taubat tak nak naik dah haha, tapi 2x gak saya naik

      Delete
  15. Saya pernah naik ikut pantai. gerun betul panjat batu putih tu dari pantai. Dah la takde harness tapi memang pemandangan dia worth it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu saya tak berani nak amik risiko la haha

      Delete
  16. Cantik view di puncak bukit tu nampak laut nan biru

    ReplyDelete

Post a Comment

sila komen jangan segan-segan :)

Popular Posts