Skip to main content

Mendaki Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan

 



Hi Assalamualaikum 


Rindu bukit ni! Hehe last pergi masa tahun 2020 kot, lepas PKP dah dilonggarkan sedikit. Bukit ni terletak di Tanjung Tuan, dekat dengan Port Dickson. 




Secara ringkasnya, bukit ni tak susah untuk didaki dan dituruni, sesuai untuk beginner yang baru nak berjinak-jinak untuk hiking ni. Aku tak banyak gambar untuk bukit ni sebab gambar banyak dah hilang dalam hard disk lama yang rosak hahaha





Yang agak mencabar ialah masa nak naik Bukit Batu Putih ni la.. tapi pemandangan atas tu sangat cantik ye sebab boleh nampak laut. Serius cantik! Tapi batu putih ni permukaan puncaknya tak luas je, so sebenarnya atas tu akan jadi crowded dan sesak kalau ramai orang. Nak selfie pun tak best la kan sebab nampak orang kat belakang! Haha. Kalau datang weekdays mungkin boleh feeling duduk lama-lama kat atas kan. Kalau time ramai orang tu, adalah elok kalau tak lepak lama-lama sangat kat atas tu. Bagilah can orang-orang kat bawah yang tengah nak naik tu. 






Nampak laut. Cantik tak? Anyway ni bukan puncak sangat, aku duduk bawah sikit sebab atas tu ramai sangat






Wefie!







Lepas mendaki Bukit Batu Putih, boleh jugak pergi ke Tangga Taubat ni. laluan dia ialah belah kiri Rumah Api. Kalau turun tangga tu, terus jumpa pantai. Tapi pantai tu macam takde orang mandi-mandi. Tangga ni time turun okay, bab nak naik semula penat jugak laa 


Okay tu je setakat ni. Bye!


Comments

nona sani said…
Eh, ehhhh.. Bestnyaaa.. Lama tak hiking... Boleh singgah kalai balik kg n9.. Hehe
Abam Kie said…
Last naik bukit keluang di Besut....Ya Ampun! x nak naik lg jika x warming up!
staysabah said…
pelik pulak nama tangga tu..hihihi... Bestnya hiking...
AzianKhalil said…
wahh... teringinnya... tapi keadaan kesihatan dah tak macam dulu lagi
mrhanafi said…
bagus ada aktiviti begini....sihat dan love nature
nohas said…
dapat tengok view laut yg cantik, hilang rasa penat mendaki...rasa insaf bila nampak tangga taubat..haha..tobat masa nak naik..
Carneyz said…
Agaknya tangga tu dapat gelaran tu sebab ramai yang bertaubat menyesal nak naik semula! :D
Razf said…
boleh sangat.. bukit ni senang
Razf said…
warming up tu sangat penting! haha
Razf said…
tangga taubat orang x nak naik dah haha
Razf said…
buat yang senang2 pun okay hehe
Razf said…
nature tu yg penting.. segarkan badan dan minda
Razf said…
memang tobat x nak dah hahaha
Razf said…
setuju! ahahaha
Ujie Othman said…
Rindunya nak ke Tg Tuan.
Dulu situlah tempat yang kerap akak pergi. Ada banyak trail. So tak bosan walau datang selalu. Naik Bukit Batu Putih tu kalau nak mencabar, ikut trail yang akan lalu Monkey Beach.

Tangga tu memang, semput jugak nak naik balik. Tapi pantai kat bawah tu cantik, masa akak pergi dululah.
Razf said…
oohh tak taw plak ada trail yg mencabar.. boleh cuba nanti :)
Nina Mads said…
ni antara bukit yg fames di PD kalau nk hiking sbb dkt dgn laut
Nina Mads said…
bukit ni memang fames kt PD kan
Azhafizah MN said…
Macam dah lapang trail tu. Pernah naik sekali je. Masa tu tak ramai lagi hiking ni. View dari atas memang cantik. Sempat jugak turun bawah kat pantai cantik bawah tu.
Azhafizah MN said…
Macam dah lapang trail tu. Pernah naik sekali je. Masa tu tak ramai lagi hiking ni. View dari atas memang cantik. Sempat jugak turun bawah kat pantai cantik bawah tu.
Farrah MF said…
Cantiknya pemandangan! Puas hati panjat sampai atas dapat tengok view cantik :)
Razf said…
ye betul memang famouss.. alang2 mandi manda kat PD boleh hiking sekali!
Razf said…
ye betul memang famouss.. alang2 mandi manda kat PD boleh hiking sekali!
Razf said…
pantai kat bawah tu pun boleh tahan cantik
Razf said…
owhh dulu x lapang ke?
Razf said…
betul2 puas hati!
Scdha Sein (SS) said…
Alamak taubat x nampak tangga? 😬
NADIA vs BERON said…
Saya pernah naik ikut pantai. gerun betul panjat batu putih tu dari pantai. Dah la takde harness tapi memang pemandangan dia worth it.
Mrs. A said…
Cantik view di puncak bukit tu nampak laut nan biru
Razf said…
turun okay.. naik memang taubat tak nak naik dah haha, tapi 2x gak saya naik
Razf said…
yang tu saya tak berani nak amik risiko la haha
mamapp said…
wah meriah sgt pergi dgn kawan2