Hi Assalamualaikum
Rindu bukit ni! Hehe last pergi masa tahun 2020 kot, lepas PKP dah dilonggarkan sedikit. Bukit ni terletak di Tanjung Tuan, dekat dengan Port Dickson.
Secara ringkasnya, bukit ni tak susah untuk didaki dan dituruni, sesuai untuk beginner yang baru nak berjinak-jinak untuk hiking ni. Aku tak banyak gambar untuk bukit ni sebab gambar banyak dah hilang dalam hard disk lama yang rosak hahaha
Yang agak mencabar ialah masa nak naik Bukit Batu Putih ni la.. tapi pemandangan atas tu sangat cantik ye sebab boleh nampak laut. Serius cantik! Tapi batu putih ni permukaan puncaknya tak luas je, so sebenarnya atas tu akan jadi crowded dan sesak kalau ramai orang. Nak selfie pun tak best la kan sebab nampak orang kat belakang! Haha. Kalau datang weekdays mungkin boleh feeling duduk lama-lama kat atas kan. Kalau time ramai orang tu, adalah elok kalau tak lepak lama-lama sangat kat atas tu. Bagilah can orang-orang kat bawah yang tengah nak naik tu.
Nampak laut. Cantik tak? Anyway ni bukan puncak sangat, aku duduk bawah sikit sebab atas tu ramai sangat
Wefie!
Lepas mendaki Bukit Batu Putih, boleh jugak pergi ke Tangga Taubat ni. laluan dia ialah belah kiri Rumah Api. Kalau turun tangga tu, terus jumpa pantai. Tapi pantai tu macam takde orang mandi-mandi. Tangga ni time turun okay, bab nak naik semula penat jugak laa
Okay tu je setakat ni. Bye!
Comments
Dulu situlah tempat yang kerap akak pergi. Ada banyak trail. So tak bosan walau datang selalu. Naik Bukit Batu Putih tu kalau nak mencabar, ikut trail yang akan lalu Monkey Beach.
Tangga tu memang, semput jugak nak naik balik. Tapi pantai kat bawah tu cantik, masa akak pergi dululah.