Selamat pagi dan Assalamualaikum
Dah bulan 6! Maknanya dah 8 bulan aku tak update blog! Apa nak jadi ni.. Haha
Anyway aku tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog aku (Kalau ada lah, kalau takde maknanya aku ucapkan kat diri sendiri je lah hahahahah)
So tahun ni masih seperti tahun lepas sebab still tak boleh beraya secara normal. Tak boleh merentas negeri, maknanya yang jauh tak boleh balik kampung. Tak boleh kunjung mengunjung. Tak boleh sembahyang sunat raya di masjid (ada had bilangan). Kasut dan kereta kat rumah pun polis kira tau! Ini kisah benar, rumah kami polis datang sebab banyak kereta.. tapi nak buat macam mana, dah sume dalam rumah tu nak beli kereta sorang satu kan (tamak haha).
Al kisahnya tahun lepas aku dah sedih sebab kena raya kat KL, jauh dari family (first time weii, boleh baca kat sini). So tahun lepas aku ada niat la nak balik raya dekat kampung halaman gak tahun depan, kiranya tahun 2021 la kan. Doa dan niat termakbul sebab dapat kerja baru kat JB maka Alhamdulillah. I am pure Johorean now hahahhahaha
Sebab ramai tak boleh balik kampung, jadi solusinya ialah menggunakan teknologi yang ada jelah iaitu Zoom dan Face Time. Memang tak puas sebab line sangkut-sangkut, gambar tak clear dan sume orang nak bercakap! Bukan dengar sangat pun! Takpelah nampak muka dan baju raya pun kira okay lah hihihi. Harap pintu suka hati Doraemon dapat dicipta dengan kadar segera hahaha
Ada orang birthday dia jatuh raya first so jom makan kek.. yeayyyyy
Sebab tak boleh kemana-mana dan orang pun tak datang beraya maka kita main indoor game lah! Nama game ni The Malaysian Dream. Kelakar weh. Realiti Malaysian gituu. Aku menang plak tu. Kih kih kih! Game ni sepupu aku yang beli .. beli kat mana tah. Online kot
I jadi pak menteri ko.. jangan macam-macam dengan aku hahahaha
Yang tak bestnya tahun ni aku terlupa nak amek gambar makanan raya macam rendang, ketupat semua tuuu. Aaa xpe lah yang panting makan sedap. Hehehe. Okaylah korang rasa penat plak menaip ni. Bye!
Selamat Hari Raya!
Cau cin cau
Comments
Selamat kembali berblogging. Berkenan pula dengan game The Malaysian Dream tu
Memang berdekah main game ni sebab dia punya challenge tu pelik2 hahaha
Hehehe.. Tak kisahlah Syawal dah habis..