Raya Aidilfitri 2021/1442H dalam PKP lagi!

 


Selamat pagi dan Assalamualaikum


Dah bulan 6! Maknanya dah 8 bulan aku tak update blog! Apa nak jadi ni.. Haha

Anyway aku tetap nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog aku (Kalau ada lah, kalau takde maknanya aku ucapkan kat diri sendiri je lah hahahahah)

So tahun ni masih seperti tahun lepas sebab still tak boleh beraya secara normal. Tak boleh merentas negeri, maknanya yang jauh tak boleh balik kampung. Tak boleh kunjung mengunjung. Tak boleh sembahyang sunat raya di masjid (ada had bilangan). Kasut dan kereta kat rumah pun polis kira tau! Ini kisah benar, rumah kami polis datang sebab banyak kereta.. tapi nak buat macam mana, dah sume dalam rumah tu nak beli kereta sorang satu kan (tamak haha).

Al kisahnya tahun lepas aku dah sedih sebab kena raya kat KL, jauh dari family (first time weii, boleh baca kat sini). So tahun lepas aku ada niat la nak balik raya dekat kampung halaman gak tahun depan, kiranya tahun 2021 la kan. Doa dan niat termakbul sebab dapat kerja baru kat JB maka Alhamdulillah. I am pure Johorean now hahahhahaha




Sebab ramai tak boleh balik kampung, jadi solusinya ialah menggunakan teknologi yang ada jelah iaitu Zoom dan Face Time. Memang tak puas sebab line sangkut-sangkut, gambar tak clear dan sume orang nak bercakap! Bukan dengar sangat pun! Takpelah nampak muka dan baju raya pun kira okay lah hihihi. Harap pintu suka hati Doraemon dapat dicipta dengan kadar segera hahaha 




Raya dalam PKP but still in style kengkonon.. gittewww





Ada orang birthday dia jatuh raya first so jom makan kek.. yeayyyyy




Sebab tak boleh kemana-mana dan orang pun tak datang beraya maka kita main indoor game lah! Nama game ni The Malaysian Dream. Kelakar weh. Realiti Malaysian gituu. Aku menang plak tu. Kih kih kih! Game ni sepupu aku yang beli .. beli kat mana tah. Online kot



I jadi pak menteri ko.. jangan macam-macam dengan aku hahahaha




Yang tak bestnya tahun ni aku terlupa nak amek gambar makanan raya macam rendang, ketupat semua tuuu. Aaa xpe lah yang panting makan sedap. Hehehe. Okaylah korang rasa penat plak menaip ni. Bye!

Selamat Hari Raya!


Cau cin cau 


Comments

  1. Hehehee... dah 3 Zulkaedah hari ini tapi tak salah pun nak ucapkan selamat hari raya. Bak kata Altimet hari-hari hari raya kalau ada wang berjuta eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak malu pula rasanya.. wang berjuta tu takde.. berangan Jelah LOL. Selamat hari raya Mrs A!

      Delete
  2. Akak sampai sini dah habis raya...tapi nak ucap selamat hari raya jugaklah sebab entri Raz meriah suasana raya.

    Selamat kembali berblogging. Berkenan pula dengan game The Malaysian Dream tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya!

      Memang berdekah main game ni sebab dia punya challenge tu pelik2 hahaha

      Delete
  3. Nak ucap Selamat Hari Raya...
    Hehehe.. Tak kisahlah Syawal dah habis..

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya raz..heheh game tu comel nak cari la

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat harı raya! memang best game tu hehehe

      Delete
  5. Meriahnya hari raya walaupun pkp. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya lagi ramai.. yang ada tu cuma yang memang duduk situ je hehe

      Delete
  6. Selamat hari raya, raz. Seronoknya, dapat beraya dengan orang tua. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Nur.. Alhamdulillah rezeki tahun ni memang duduk kampung :)

      Delete
  7. lama betul tak jalan sini. tau tau dah habis raya

    ReplyDelete
  8. Kenangan raya PKP haritu.. now jadi Johorean sepenuhnya la eh 😂

    ReplyDelete

Post a Comment

sila komen jangan segan-segan :)

Popular Posts