Skip to main content

Percutian Ke Jeju Yang Terpaksa Dibatalkan




Hi dan Assalamualaikum

Sementara tengah work from home ni maka ade kesempatanlah nak update blog heheheh. Tapi sebenarnya aku tengah bersedih ni sebab pada tarikh ni, 26 March 2020, aku sepatutnya dah bertolak ke Pulau Jeju. Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Disebabkan wabak Covid-19 ni, percutian ke Korea ni terpaksa dibatalkan. Sob sob sob


Sedih jugaklah sebab sume benda dah dirancang dengan rapi. Hotel, kereta sewa, tempat-tempat nak pergi.. Excited woiii tapi nak buat camana kan. Hotel dan duit kereta sewa dah dapat refund, tapi tiket flight Air Asia ni tak dapat-dapat lagi. Adoii tolonglah Air Asia pulangkanlah duit akuuu.. Bukan saja-saja nak cancel pon.


Bila kita batalkan percutian ni, sebab memikirkan tak nak bawak virus balik ke Malaysia, tapi ada orang saja-saja amek kesempatan melancong ke oversea sebab tiket murah gi Korea, Jepun ... ko rasa?? Sakit hati jugaklah dengan orang selfish macam ni. Mungkin dia sihat sejahtera, tapi mungkin dia jadik pembawa virus dan menyusahkan orang lain.. 


Paling ralat sebab tak dapat mendaki Gunung Hallasan.. huhu. Ini aktiviti yang paling dinanti-nanti walaupun nervous jugaklah nak naik. Excited nak naik gunung ni time musim bunga, mesti cantik kan? Oleh sebab tak jadi mendaki maka aku browse jelah gambar dalam internet ni. Untuk mengubat hati yang duka lara ni.. jom tengok gambar jelah.  Sendu sungguh rasa. Hahahaha





Cantiknya.. Subhanallah






Takpelah, kalau ada rezeki, panjang umur, masih kuat, bolehlah plan lagi sekali


Buat masa ni, apa yang aku nak cuma keadaan jadi normal semula. I miss my boring normal life. Kepada yang sakit, moga diberi kesembuhan secepat mungkin.

Stay safe semua

Till then




Comments

ray said…
it's so sad but for the sake of our own good there's nothing we can do.
stay safe and take care.
insyallah ada rezeki pasti akan dapat kesana juga. faham perasaan tu.. refund AA lambat jugak ya.. x penah ada pengalaman mntx refund jadi x tahu.
Razf said…
thanks.. you too
Razf said…
thanks ye.. InshaAllah

itulah lambat plak.. sy pun first time mintak refund
Azhafizah MN said…
Jangan bersedih. Better kita bersedih sekarang daripada menyesal di kemudian hari. InshaAllah ada rezeki lain nanti. Moga Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Aaminn...
Hazwan said…
Insyaallah ade rezeki kat tempat lain
Razf said…
Aminn.. InshaAllah.. thanks :)
Razf said…
inshaAllah.. sekarang harap covid-19 ni pupus je
Aqalili Azizan said…
Sama sis, saya pun terpaksa batalkan honeymoon saya ke korea minggu lepas. insyaAllah kita dapat pg ya :)
Razf said…
Aminnn.. x sabar. ahahah
Sha Mohamed said…
Jangan sedih.. InsyaAllah semoga selepas covid19 nie sis diberikan kesempatan untuk ke sana..
Razf said…
InshaAllah Aminn