Hi dan Assalamualaikum
Sementara tengah work from home ni maka ade kesempatanlah nak update blog heheheh. Tapi sebenarnya aku tengah bersedih ni sebab pada tarikh ni, 26 March 2020, aku sepatutnya dah bertolak ke Pulau Jeju. Namun, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Disebabkan wabak Covid-19 ni, percutian ke Korea ni terpaksa dibatalkan. Sob sob sob
Sedih jugaklah sebab sume benda dah dirancang dengan rapi. Hotel, kereta sewa, tempat-tempat nak pergi.. Excited woiii tapi nak buat camana kan. Hotel dan duit kereta sewa dah dapat refund, tapi tiket flight Air Asia ni tak dapat-dapat lagi. Adoii tolonglah Air Asia pulangkanlah duit akuuu.. Bukan saja-saja nak cancel pon.
Bila kita batalkan percutian ni, sebab memikirkan tak nak bawak virus balik ke Malaysia, tapi ada orang saja-saja amek kesempatan melancong ke oversea sebab tiket murah gi Korea, Jepun ... ko rasa?? Sakit hati jugaklah dengan orang selfish macam ni. Mungkin dia sihat sejahtera, tapi mungkin dia jadik pembawa virus dan menyusahkan orang lain..
Paling ralat sebab tak dapat mendaki Gunung Hallasan.. huhu. Ini aktiviti yang paling dinanti-nanti walaupun nervous jugaklah nak naik. Excited nak naik gunung ni time musim bunga, mesti cantik kan? Oleh sebab tak jadi mendaki maka aku browse jelah gambar dalam internet ni. Untuk mengubat hati yang duka lara ni.. jom tengok gambar jelah. Sendu sungguh rasa. Hahahaha
Cantiknya.. Subhanallah
Takpelah, kalau ada rezeki, panjang umur, masih kuat, bolehlah plan lagi sekali
Buat masa ni, apa yang aku nak cuma keadaan jadi normal semula. I miss my boring normal life. Kepada yang sakit, moga diberi kesembuhan secepat mungkin.
Stay safe semua
Till then
Cantiknya.. Subhanallah
Takpelah, kalau ada rezeki, panjang umur, masih kuat, bolehlah plan lagi sekali
Buat masa ni, apa yang aku nak cuma keadaan jadi normal semula. I miss my boring normal life. Kepada yang sakit, moga diberi kesembuhan secepat mungkin.
Stay safe semua
Till then
Comments
stay safe and take care.
itulah lambat plak.. sy pun first time mintak refund