Tuesday, March 24, 2020

Virus Covid-19: Cara Elak

  6 comments    
categories: , , ,




Hai dan Assalamualaikum semua

Dunia sedang tenat sekarang.. Masalah virus Covid-19 masih meruncing terutamanya kat Malaysia ni

Takziah kepada individu yang kehilangan insan tersayang disebabkan virus ini, dan kepada sesiapa yang menghidap penyakit ni, stay strong okay! Terus positif and fight it!!

Bila datang bencana camni, menyebabkan aku rasa tertampar juga, sebab betapa aku selama ni take for granted atas kehidupan normal aku sebelum ni yang aku rasa boring

Selama ni kita boleh keluar ke mana saja kita suka, makan di restoran kegemaran, hangout dengan kawan-kawan, balik kampung sebulan sekali, lepak mamak, tengok wayang.. Sekarang? Kemudahan dan nikmat itu ditarik

Mungkin kita perlu fikir sejenak, dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan asek merungut dan berkeluh-kesah selama ini. Diharap selepas kes Covid-19 ni selesai dan reda, kita semua berubah okay? Hargai kesenangan yang kita ada dan take care of this earth


Okaylah.. jom tengok apa cara untuk lindungi diri kita dari virus ni:


  • Cuci tangan selalu! Virus ni masuk ke dalam rongga badan kita melalui mulut, mata dan hidung so tangan kenalah sentiasa bersih dari virus tu. Sila rujuk cara cuci tangan yang betul okay? Kena sekurang-kurangnya 20 saat
  • Elakkan memegang muka sebab nanti virus Covid-19 masuk
  • Sentiasa pakai mask (penutup mulut) dan guna hand sanitizer bila di luar
  • Elakkan berkumpul di tempat orang ramai. Kalau ada perkara yang tak boleh dielakkan, pastikan jarak 1 meter. Dan waktu ini elakkan bersentuhan, bersalam-salaman atau berpelukan
  • Elakkan dari ke pasar yang menjual haiwan-haiwan hidup atau tempat sembelihan haiwan
  • Elakkan memakan haiwan yang mentah atau tidak dimasak dengan sempurna
  • Segera mendapat rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau mengalami kesukaran bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari mana-mana kawasan berisiko tinggi. Jujurlah kepada doktor

Sumber: SINI


Okay.. aku harapkan semua ikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu duduk di rumah sahaja. Ramai tak faham kenapa, sebabnya kita nak bagi virus-virus di tempat-tempat awam tu mati. Virus tu perlukan perumah iaitu manusia untuk hidup, so kalau takde manusia kat luar maka virus tu matilah, maka kuranglah orang dapat penyakit ni. Faham tak??

Semoga yang sakit akan cepat sembuh.. Semoga wabak pandemik ini cepat-cepat hilang dari mukabumi ni. Stay safe semua. Jaga kesihatan. May you all safe from all harm.

Till then. 






6 comments:

  1. نعوذ بالله من ذلك

    ReplyDelete
  2. seram sangat rasa dengan penularan covid19 ni.. take care dan semoga Allah lindung kita semua.

    cepatla ujian ini berlalu. ameen..

    ReplyDelete
  3. Semoga covid19 ini berlalu pergi.. aamiin..

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)