Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Pagi :)
Hi! Aku ni sebenarnya dalam proses mengemas gambar dalam phone. Alkisahnya sebelum ni aku dah simpan gambar-gambar dalam hard disk, tapii hard disk rosak sudah, maka gambar-gambar dalam tu semua dah hilang. Sedih!! Kesimpulannya simpanlah gambar-gambar yang korang tangkap tu dalam online storage. InshaAllah selamat, takde masalah disk corrupted, need to format ke apa
So sekarang ni aku hanya ada gambar yang apa ada dalam phone je lah which is tak berapa banyak sebab aku banyak dah delete jugak.. Sebab storage pun tah banyak kan huhuhu. Pastu aku terjumpa lah sedikit gambar naik Bukit Wawasan ni and aku rasa aku belum update lagi dalam blog. Sooo marilah kitaa
Bukit Wawasan ni bukit favourite (4x naik bukit ni) aku sebab:
1. Dekat dengan rumah, tak payah bangun pagi sangat hehehehe
2. Track dia tak susah sangat and takdelah senang sangat. Kira intermediate la
3. Ni first bukit aku naik, first time naik muntah woo.. hiks memalukan je.. tapi menyebabkan aku jadi minat naik bukit :)
4. Bukit ni ada 2 trail (A and B), so korang boleh pilih-pilih mana trail mengikut mood korang
5. Tak susah nak parking kereta. Boleh je parking kat jalan besar, tapi parking tepi tepi la ye
Macam nilah keadaan Bukit Wawasan ni
Ada area tanah rata.. so takdelah pacak sepanjang jalan kan?
Okay bila sampai sini memang mengah ye
Kura-kura ni lepas abes PKP makin banyak ye hahaha
Sebenarnya, inilah yang paling feveret.. hahaha.. Makan laksa dengan minum air kelapa lepas turun bukit. Sedapp.. Warung laksa dengan air kelapa memang kat kaki bukit
Rindu pulak dah.. Okay itu je setakat ni
Bye!
Comments
comei la blog dia... :-)