Jalan-Jalan: Pulau Babi Besar

 

Hai dan Assalamualaikum semua


Pulau ni sebenarnya aku pergi tahun lepas, barulah sekarang nak masukkan dalam blog. Macam biasalah kan hahahha. Anyway, pulau ni terletak di Mersing, Johor. Seriously, aku sebagai bangsa Joho pun tak tahu ada pulau secantik ni kat Johor hahhaha



Nak ke Pulau ni, kena naik bot dari Jeti Bandar Mersing. Adalah dalam setengah jam kot naik bot laju ni. Dari jeti ke pulau ni, kita akan nampak perubahan warna laut ye, dari coklat ke biru. Subhanallah! Memang cantik sangat lahh



Ini kat Jeti Bandar Mersing



Ini bila dah nak sampai Pulau.. Haaa ada beza warna air kannnn??





Posing la sikit bila dah sampai tu




Eeee rinduuu.. nak pergi lagiii





Inilah bilik yang kami stay berlima. Walaupun kami 5 orang tapi katil ada 4 je ye.. Sebelum ni diorang cakap ada 5 katil. Tapi takpelah kami macam pasrah je so tido berhimpit-himpit sikit. Dalam bilik ni interior dia okay-okay jelah takdelah wow sangat. Basic je ada katil, kipas, bilik air.. Oh resort ni namanya Bayu Lestari Resort. 


Bila dah sampai sini baru aku perasan ini rupanya resort yang Amelia Henderson dengan Sean Lee berlakon kat drama TV3 tu. Sorry aku lupa nama drama tu.. nanti korang google la ea kalau rajin HAHA (Update: Drama bertajuk Romántika 4 Hari 3 Malam)




Kat sini ada macam-macam aktiviti disediakan macam Island Hopping, Jungle Trekking, Snorkelling semua tu tapi sebab kami ni ala-ala percutian bajet, so buat aktiviti bebas jela macam mandi-manda ni




Boleh sewa basikal keliling pulau jugak.. Tapi pulau ni kecik je ye so sekejap je dah habis round hehehehe




Mandi manda sambil tengok sunset.. Subhanallah





Asal-usul nama Pulau Babi Besar ni kemungkinan dulu banyak babi kot.. hahahhaa.. tapi jangan risau masa kami pergi tu tak nampak seekor pun..





Boleh main buai jugak sambil nyanyi lagu Miley Cyrus ~ I came in like a wrecking ballll~ 





Okay lah itu aje buat masa ni.. sampai bertemu lagi!


Bye!





Comments

  1. Subhanallah, cantiknya...walaupun nama x brp best..tapi pulau ni cantik banget...

    ReplyDelete
  2. SA tengah plan dengan kawan- kawan opis nak pi sini...tapi bulan 9 nanti...

    ReplyDelete
  3. Seronoknya cuti-cuti ke pulau. Adehhh! kenapa nama pulau itu begitu sadis. Beberapa tahun yang lalu amvoiii! lama betul nih! hahaha... Mrs. A pernah ke Sibu Island di Johor teringat pulak bila baca post nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan beberapa tahun dulu.. tahun 2021 je sebenarnya hehe. Pulau Sibu pun cantik kan? :)

      Delete
  4. baru tahu pasal pulau ini.. Menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik sangat.. best untuk menenangkan fikiran :)

      Delete
  5. ooh wak penah amek gmbr sunrise pulau babi ni dari pantai mersing.. dorg kata disebabkan bentuk dia mcm babi kalo ditgk dr pantai ni.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhhh.. itu ke asal usul nama Pulau Babi Besar.. hehhe

      Delete
  6. owhhh.. itu ke asal usul nama Pulau Babi Besar.. hehhe

    ReplyDelete
  7. walaupun nama tak seindah rupa tp cantik!!!

    ReplyDelete
  8. Cantik pulau ya.. Tpi nama dia kelakau... Hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak sopan panggil Pulau Besar je hehe

      Delete
  9. berangan lepas tengok drama tu laa. Hahaa tapi kosting dia. maak eh.. p tanjung balau aje laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanjung balau pun dah bukak semula.. katanya dah makin cantik hehhe

      Delete
  10. Wahhh cantik betul...1st time dgr nama pulau ni...hehe

    ReplyDelete
  11. subhanallah..cantiknya view. best sgt tempat tu walaupun nama nya x best..

    ReplyDelete
  12. Ehhh, sy org Johor pun x tahu nama tmpt ni... Menarik nya... Nak try la bercuti sini.. heheh

    ReplyDelete
  13. Saya bangsa Johor pun tak sampai lagi. huhu..MasyaAllah cantiknya lah. Harap dapat pergi one day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangsa Joho wajib pergi ni.. ahahah gurau je.. ada masa boleh pergi :)

      Delete

Post a Comment

sila komen jangan segan-segan :)

Popular Posts