Skip to main content

Suka Berkerja di Pejabat Atau Dari Rumah (Work From Home)?

 


PRO BEKERJA DI PEJABAT:

1. Ada meja, peralatan dan ruang yang kondusif dan sesuai tersedia untuk buat kerja 

2. Dapat berjumpa face to face dengan kawan sekerja/sepasukan, so senang untuk berkomunikasi dan bersemangat sikit untuk buat kerja

3. Kalau ada masalah kerja, senang boleh terus tanya kepada orang yang berkaitan, mungkin dapat jawapan dengan cepat

4. Takde gangguan yang tak berkaitan macam anak menangis atau mengacau ke, kucing main laptop ke. Hehe

5. Ada kawan-kawan untuk meluah perasaan kalau ada masalah kerja/peribadi

6. Selalunya boleh balik on time


CONS BEKERJA DI PEJABAT: 

1. Kalau tempat kerja jauh, kena ambil kira kos minyak, tol dan traffic jammed. Arghhh kalau jammed boleh merosakkan mood kerja jugak tu. Dah lah kena hadap pergi dan balik

2. Kadang-kadang kalau semua masuk office, serabut jugak. Boss nak maki kita pun senang, direct je ahahaha

3. Boleh kurang fokus kerja kalau dapat officemate yang suka bergosip, ajak itu ini. Hahaha

4. Kena bersiap, pakai baju yang presentable dan sesuai untuk ke pejabat. Lepas tu kena make-up lagi. Hehehe

5. Potensi untuk dapat penyakit berjangkit seperti Covid-19 tu senang, sebab selalunya kita akan berinteraksi dengan pekerja dengan jarak yang rapat. Kena pakai mask la patutnya





PRO BEKERJA DARI RUMAH:

1. Tak perlu memandu, tak perlu menghadap masalah kesesakan jalan raya. Jimat duit minyak, duit tol, jimat masa dan tenaga. Hmmm bahagia


2. Tak perlu iron baju, bersiap, make-up untuk gi kerja. Kalau kerja sambil tak mandi pun takpe hahahha (tapi janganla amalkan ya)


3. Boleh fokus kerja sebab selalunya meeting dalam talian tak akan meleret-leret. Just buat kerja macam biasa



CONS BEKERJA DARI RUMAH:

1. Kena sediakan kawasan yang sesuai untuk dijadikan pejabat. Perlu kelajuan internet yang tinggi, perlukan satu ruang atau bilik yang tak ada gangguan-gangguan seperti anak mengacau, binatang peliharaan makan kertas hoho

2. Agak sunyilah sebab takde kawan sekerja kan. Nak chatting meluah perasaan dalam laptop je macam kurang best lah

3. Kadang-kadang boss suka bagi kerja last minute, sebab dia bayangkan work from home ni macam kena standby 24 hour untuk buat kerja *roll eyes*

4. Kalau ada masalah kerja, susah untuk bertanya atau mungkin dapat jawapan lambat

5. Boleh hilang fokus sebab ada gangguan television, ataupun tertidur sebab sunyi. Hehe



MANA PILIHAN AKU?


Buat masa ni aku memilih kerja dari rumah, sebabnya aku ni jenis tak suka drive, cepat tension and bad mood kalau ada kesesakan jalan raya. Lepas tu tempat kerja aku sekarang sangat jauh dari rumah. Dalam 1 jam untuk pergi dan 1 jam untuk balik. Lepas tu tol 2 hala RM15? Ko rasa??? Kalau ada elaun transportation tak pe la jugak kan haha

Baru-baru ni aku dapat offer kerja di KL, tapi aku terpaksa tolak sebab hari-hari kena masuk office hahahahahhahahaha. Walaupun gaji agak menarik tapi terpaksa lah aku tolak, sedih jugak tapi mungkin rezeki di tempat lain InshaAllah.

 Agaknya ni lah masalah orang introvert, sekali dapat peluang work from home, memang tak akan dilepaskan sampai bila-bila. Aku ni berdoa semoga aku work from home sampai pencen. Ahahahhahahaha. Ramai-ramai aminkan please!

Okay itu je lah buat masa ni. Bye!





Comments

mummy_ayu said…
aamiin dulu....ha ha ha..keja MA memang x leh bawak balik rumah, so nak tak nak memang kena gi opis..masa PKP dulu pun, ada masa busy memang kena gi opis..sunyi sepi la..but wtd..memang kena wat keja kat opis. dulu masa ulang alik SBN-KL..memang penat, byk masa abis kat atas jalan je...so now dah dpt dekat, syukur alhamdulillah sgt...
nohas said…
suka kerja di pejabat, WFH byk gangguan...kena masak lah, sidai kain lah, mak ajak sembang lah...hihi...tapi WFH ni x brp stress sgt..
mrhanafi said…
saya dah masuk 4 tahun work from home dan ia sangatb best sebab jimat masa ...kalau ke pejabat buang masa dalam perjalanan
Razf said…
alhamdulillah dah dekat. Pada sy memang penting kerja dekat dgn ofis kalau hari2 kena gi ofis, xdelah banyak masa terbazir di jalan raya
Razf said…
gangguan tu mmg susah nak elak kan? hehe
Razf said…
syoknya.. boleh kongsi pekerjaan apa tu?
Faiz Sahaja said…
Sama lah. SUka WFH jugak berbanding WFO. Malas nak bersiap satu hal. Lepastu boleh buat kerja sendiri kalau dah siap kerja. Haha. Cuma takde geng nak bersembang je lah kalau wfh ni
Tangan Gebu said…
Saya pulak tak terbuat kerja kalau di rumah. kena keluar jugak. hehe
Mrs. A said…
Aaaminnn... Ya Rabbal Alamin.
Masa PKP dulu merasa jugaklah WFH tapi dah lama-lama bosan lagipun tak boleh nak concentrate. Maybe dah terbiasa pergi balik kerja lagipun perjalanan ke tempat kerja Mrs. A senang, parking pulak percuma.
Razf said…
Apa yg gituu tu? hehe
Razf said…
xde geng sembang tu sedih sikit la haha
Razf said…
ooo mcm gitu plak. tgok bidang kerja kot, ada yg memang x sesuai work from home kan
Razf said…
susah nak concentrate tu masalah utama jugak ya
Farhana Jafri said…
suka kerja dekat pejabat sebab peralatan lengkap. Pastu boleh berinteraksi dengan orang lain ataupun jalan2 dekat kawasan office. Tak lah lemau satu hari duduk rumah je haha bab jam tu setuju, stress teruk tiap pagi
Razf said…
boleh jalan2 tu betul sangat.. xdela boring terperap dalam rumah je kan kalau work from home
Carneyz said…
Tambah satu lagi con WFH - takde boundary (selalu meeting meleret sampai ke malam!). Tu kerja saya dulu la, tapi skrg dah 6 bulan jadi surirumah. Tapi kalau masih kerja saya masih prefer WFH berbanding WIO
nona sani said…
Haha.. Raz macam adik saya... dia pun introvert.. dua tahun work from home.. tahun ni pun half year saambung work from home... dia sukaaa ... Kalau saya, memang kerja online kat production, susah nak wfh.... Ikut mood jugak kerja ni...
Abam Kie said…
Sukar mengajar dari rumah semasa PKP dahulu. Mujurlah result SPM makin naik!
Razf said…
betul tu. saya penah kena jugak sebab urgent. tapi jarang berlaku la.. Yeah kita sama prefer WFH!
Razf said…
Haha yes satu geng dgn adik Nona. Tapi wfh pun ikut mood jugak kih3
Razf said…
alhamdulillah result naik. Tapi mengajar online memang susah huhuhu
Nina Mads said…
suka work from home tp tulah bila ada anak ni dia suka mengacau
Razf said…
cabaran utama tuu