Skip to main content

Jalan-Jalan: Ada Apa Di Kuala Kangsar?



Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Petang


Sempena PKP ni dan tak boleh melancong ke luar negara ni, nampaknya ramai juga orang berjalan dalam negara. Baguslah kan? Dapat jugak membantu peniaga-peniaga tempatan dan memantapkan ekonomi negara. Gittuu..

So kami ni bosan jugak duduk di rumah, rasa macam nak jalan-jalan lah kan.. Fikir punya fikir, mak mencadangkan kita ke Kuala Kangsar.. Aku pun okay je.. Bandar diraja kan.. syok jugak kot, dan tak jauh sangatlah dari rumah aku

So destinasi pertama ialah Muzium Diraja Perak



Untuk pengetahuan, tiada bayaran dikenakan untuk masuk muzium ni. Tapi sayangnya.. bahagian atas muzium tak bukak pon, sebabnya masih dalam renovation. Renovation ape tu tak taw la plak. Sejujurnya takde ape sangat pun kat sini, selain architecture istana lama yang sangat cantik. So ini sebenarnya istana lama, tapi sekarang dah jadi muzium. Ada la sikit2 info pasal salasilah keluarga diraja Perak, tombak, itu jelah. Tapi memang cantik istana ni, wajib melawat kalau singgah Kuala Kangsar. Musim PKP ni, yang dibenarkan masuk sekali cuma 30 orang, kalau dah lebih kena tunggu kejap lah ye. 


Ni lah yang ade dalam muzium tu. Hopefully tak lama lagi diorang akan bukak atas, boleh la tengok apa di dalam :)




Destinasi kedua ialah Tasik Raban. Actually Tasik Raban ni dah masuk Lenggong Perak tapi takdelah jauh mana pun dalam 20 minit kot dari pekan. Tasik Raban ni adik aku cakap ade cerita horror tapi malaslah aku nak amek taw. Hahahaha. Tasik Raban ni dulu ada RnR pastu dah tutup tak taw la kenape. Tasik ni best la untuk lepak-lepak menenangkan fikiran.. Situ pun ade kedai-kedai kopi untuk minum-minum





Next is Victoria Bridge. Jambatan ini merupakan jambatan keretapi tertua di Malaysia, iaitu 120 tahun. Jambatan ni glamour untuk tempat photoshoot kahwin. Hehe. Panjang jugak jambatan ni, berpeluh jugak la nak merentas. Hati-hatila masa berposing takut tersepit kat lubang jambatan




Pemandangan dari bawah





Kat sini jugak terkenal dengan seni kraf tangan pembuatan labu sayung. Boleh la singgah mana-mana kedai yang jual labu sayung ni. Harga pun okay je takdelah mahal sangat




Masjid Ubudiah ni rasanya semua orang tahu kan, dan memang main attraction kat Kuala Kangsar ni. Kali ni kami tak singgah, tapi sebelum ni dah pernah solat dalam ni. Memang cantik dan bersih masjid ni


Okay setakat tu jelah jalan-jalan di Kuala Kangsar ni, rasanya 2 hari cukup dah kot untuk pusing 1 Kuala.. sebab tak delah besar mana pon.. Kesimpulannya kalau nak bercuti tempat aman dan tenang, moh la ke sini.. Hehe. Memang aman, cuma dekat roundabout kt pekan dia je cam pening sket ahahah



Okay lah itu sahaja buat masa ni. 

Bye!








Comments

Zhi said…
Di kuale ada kedai cendol, Abc dan laksa kt tepi sungai. Siap majlis buat medan selera kat situ. Ada 1 kedai cendol dan abc power tp ramai tak tau. Nanti ada masa, zhi snap gambar kedai tu dan share di blog zhi.

Thanks.

Ikhlas,
Orang Kuale. Haha
Azhafizah MN said…
Cantiknya seni binaan Muzium tu. Rasa macam nak bercuti ke KK pulak. Banyak tempat tak pernah pergi. Ambil gambar kat Victoria Bridge tu menarik juga kan. Masjid tu je lah pernah sampai, singgah solat. Itupun tak sempat nak jelajah.
Syazni Rahim said…
cantik istana tu, kalau dapat masuk dalam lagi best tu kan
Razf said…
ade jugak sarapan kt tepi sungai tu. Banyak sangat kedai tak tau mana 1 yg best. Hehe. Yang tempat kitorang makan tu ok je
Razf said…
ye memang cantik. Victoria Bridge tu pun cantik untuk amek gamba dan taw sejarah hehehehe
Razf said…
A'ah dalam tu mesti cantik jugak
nohas said…
belum buka lg muzium diraja ya..lama jg renovation dia...rindu kampung halaman..hehe..
Razf said…
ooo dah lama ke? saya ingatkan baru lg.. best kuala kangsar ni.. tenang je
Razf said…
sy jalan2 kat tempat yg saya tulis ni je.. hehe. oh pastu makan laksa telur sarang kt kedai Laksa Pokok Limau.. sedap jugak
Galaksi Viral said…
Hai, blogwalking here, done follow blog akak. Kuala Kangsar banyak tempat cantik2x kan kak. GV pun belum pernah melawat muzium dan victoria brigde yg dah usia 120 tahun itu. lama tu. huhu. nice info kak. :D
Eina Md Ali said…
Tak pernah lagi singgah jalan-jalan kat Kuala Kangsar ni. Pernah singgah pergi wedding kawan jer kat Kuala Kangsar tu, tapi tak kemana pun. Teringin juga nak pergi muzium tu. Cantik
anakdenesor said…
selalu tgk orang post kat jambatan victoria tu..nak juga pergi sana bila ada kelapangan
NADIA vs BERON said…
Kenapa tak singgah Galeri Sultan Azlan? Hehe
Razf said…
best jugak jalan2 sekejap situ.. cuci mata hehe
Razf said…
memang best nak photoshoot situ.. :D cuma pastu kena pandai edit sket la buang orang kt tepi2 hahaha
Razf said…
pergi.. tapi tutupp.. sedih betol
Cik Puan Ena said…
Teringin nak jalan sana tgk org ambil gmbar cantik
Razf said…
memang cantik dan tenang
Sha Mohamed said…
Cantiknya muzium tu... Landasan keretapi tu Sha dah pernah sampai.. Tapi naik yang hujung sana sebab hujung sini ada penggambaran apa ntah.. dia tak bagi kacau..
Razf said…
ooo ade shooting ke time tu
banyak bangunan2 menarik disana.. tapi kalo p tngh2 hari errmrmm tabah jugala panas lit lit. saya pun ada plan nak ke KK ni dalam masa terdekat. menarik..
Razf said…
bangunan bersejarah dan klasik. hehe
Nina Mads said…
selalu lepak sini masa study dulu tp tak pernah lah rajin ke jalan train tu
Razf said…
ada kolej ye kat sini?
Nur said…
Muzium diraja tu, dibina tanpa paku. Saya pernah pergi victoria Bridge tu, tapi ketor kaki, gayat, berlubang-lubang. Dok tepi je. :)
Nina Mads said…
tak ada.. dr Ipoh ke KK.
Razf said…
ahahahahhahahaa saya pun gayet semacam