Skip to main content

Jalan-Jalan: Disneyland Hong Kong




*Sorry entri kali ini penuh dengan gambar dan teks.. Sila baca dengan teliti dan hayati setiap gambar.. bahahaahahaha*


Disneyland ialah my dream place.. Masa pergi Paris dulu, aku and sorang kawan aku bercadang nak pegi Disneyland Paris tapi tak jadi.. Remuk hatiku.. haha.. Tapi memandangkan tujuan pergi ke sana pun atas sebab kerja so pasrah ajelah.. So bila gi Hong Kong ni aku dengan yakinnya meletakkan Disneyland sebagai destinasi utama.. Tetapiii!! Ha kau ada tetapi.. Member kata tak payahlah.. tempat budak-budak je tu... Homaiii.. Diorang tak taw ke aku ni budak kecik lagi.. Kah kah kah.. (Umur maybe la dah ke arah dewasa taknak cakap tua).. Tapi aku forever a kid! Haha! Ahh pendek cite.. Disneyland.. Kau tunggu kami datang! :D






Hampir sampai! Tingkap MRT bentuk telinga tikus... satu-satunya tikus yang aku tak takut. Hua hua hua. BTW, ticket masuk Disneyland kami beli kat Klook.com. Harga masa tu HKD 458 = RM 229. Beli online okay? Murah sket dan pantasss








Ok mari nangis terharu jap T_T .. Dah sampai ke tempat idaman







Adventureland: Tarzan & Jane! Kami melawat Tarzan's Treehouse. Best.. Macam cerita dia jugaklah. Ni patung je.. Tak kan real plak kan.. Eheheheh






Lepas tu kami gi Jungle River Cruise plak.. Naik boat..  Still kat Adventureland lagi.. kat area rumah Tarzan la :D . Kat sini nanti ade ketua rombongan lah bagi penerangan.. Pilih yang cakap BI ye unless ko pandai Mandarin. Binatang ini semua patung je tapi boleh gerak-gerak and ada sound. Kagum aku woi








Toy Story Land!

Kat sini sempat main Slinky Dog Spin & Toy Soldier Parachute Drop je. Dua game ni light2 jer.. Hehe sesuai untuk kanak-kanak la kan. Satu yang agak seram ialah RC Racer tapi tak bukak plak.. Hmmmm..Tenkiu tak bukak :D







Mystic Manor ..

 Cantik kan bangunan ni? Kalau aku ade rumah nanti, aku nak buat lebih kurang gini la baru best ada unsur mistik LOL. Ni antara tempat favourite aku kot sebab dalam ni ade ride best dan ada macam hantu sket. Siket je la tapi sebab aku peminat paranormal so aku sukaa! Ada monyet comel plak tu







Grizzly Gulch

Beruang yang menakutkan. Frankly aku memang tak taw ape kena mengena Grizzly Gulch ni dengan Disney sebab aku tak dapat  recall ade ke cite kartun pasal beruang? Sori memang lupa! Tapi ada roller coaster scary iaitu Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Boleh tahan seramnya but its fun..! Anyway salah satu sebab aku suka Disneyland sebab roller coaster dia tak ngeri sangat. (Haha ayat orang penakut)








Masa lunch! Kat sini ada 2 restoran halal. Tahitian Terrace & Explorer's Club Restaurant. Kitorang pilih Explorer Club sebab sebelah Mystic Manor dah dekat.. Menu aku ni namanya Curry Javanese Vege & Rice kot. Harga agak mahal.. dalam RM 50.. Nasi tu sebenarnya banyak, boleh share je hehehehe. Tapi prata tu aku punye sorang.. jangan kacau :P









Flights of Fantasy Parade

Perarakan watak-watak Disney, Mickey and Friends! Start pukul 3 PM. Ada Mickey, Minnie, Donald Duck, Chipmunk, Tinker Bell, Pooh & Friends, Buzz Light Year, Woody, Princess Aurora, Snow White dan ramai lagilah! Kita boleh duduk di tepi-tepi jalan sambil lambai-lambai kat diorang. Syok gak bila diorang lambai balik. Boleh sing along jugak.Tapi jangan syok sendiri plak.. bagila kanak-kanak duduk depan, ksian diorang nanti tak nampak plak..






Cumils






Tomorrowland

Boleh drive kereta sport! Yeay! Masa ni lah ko nak tunjuk skill pemanduan ko tu. Mana taw ada pengarah Fast & Furious atau Need For Speed nampak bakat ko kat situ. Choii.. Haha! Autopia ni game kereta elektrik. Ala ikut lane je.. jangan sampai klua lane woi.. Malu.. Budak-budak pon boleh drive.. best.. Warna purple tu bukan edit tapi memang color lampu.. Nice kan









My Co-Pilot nak interprem gak hihihihi







Tomorrowland

Untuk manusia yang sukakan high-speed roller coaster SILAKAN ke sini, Space Mountain. Indoor. Gelap. Laju. Fast. Chill. Seram. Sejuk. Tunggang. Terbalik.






 Fantasyland

Dah kenapa cantik meghelip sangat?!!







 It is A Small World

Naik boat keliling dunia.. Gi Europe, Africa, Asia Tenggara, Middle East dalam masa 15 minit.. Comel gila bak ang







 Kan dah kate.. cute giler







“Disney Paint the Night” Nighttime Spectacular

 Perarakan malam plak.. Sama macam petang lebih kurang tapi kali ni dengan lampu-lampu plak.. Best jugak! Tengok Mickey Mouse menari-nari.. Magical Moment :)

 

Last skali semestinya tengok Disney Firework.. Tapi tak dak gambar cantik la.. Kamera phone je kan..  Maka tamatlah lawatan kami ke Disneyland. Serius weh aku nak gi lagi sebab banyak sangat ride and tempat tak cover... Sedar2 je dah malam and nak tutup dah. Huwaaaaaaaa..!! Rasanya kena 2 hari kot baru abes semua tempat..

 

Ok thank you for reading.. Kih3.. Kalau rajin boleh baca ni jugak:

 

http://razfira.blogspot.com/2015/04/jalan-jalan-hong-kong-peak-tram-sky.html 

 

 

Bye!

 

 

Comments

Wak Lat said…
Salam. Hee sonoknya gi hong kong ;p
Hafiz Hafizol said…
Ruginya weh banyak tempat x discover.. lain kali kena bermalam kat sana la ye. tido dgn tarzan wakakaka...


x berpeluang lg bercuti di luar negara T_T
Razf said…
wsalam Alhamdulillah
Razf said…
rugi jugak la tapi bertabah je asalkan dapat merasa hahaha

jangan cakap mcm tu InshaAllah nnt akan ade peluang . Yakin boleh!
Nick Nashram said…
dapat pergi disneyland hong kong pun jadi la..
kalo ade rezeki nak pegi jugak.
tapi kena kumpul duit dulu..huhu
CD said…
warghhh!! dengki, jeles, dengki, jeles, dengki, jeles..... huhu..
Hanim said…
Ni kalau anak-anak akak tengok konfirm diaorg nak gi jugak ni hehe
Razf said…
kumpul2.. best tak rugi.. amek ticket 2 hari.. hehe
Razf said…
alaa jgn gitu.. nnt awak pergi k?
Razf said…
mak budak pon nak pergi inikan mereka.. hehehe
ewanthology said…
Minat jugak travel, tapi bajet ciput so travel dlm negara je.
Razf said…
dalam negara pon banyak tempat yg menarik
wahhhh untungnya dapat pergi disney...ayu jeles jeles jeles!!! hehe i'm a forever kid jugak suka princess2 disney lagi. lol!
Razf said…
nanti turn awk plak ;)
Unknown said…
Next time DisneyLand Japan plak hokey?
Unknown said…
Salam, nak tanya ticket beli kt Klook.com dia bg eticket ke? kt sana nnt cuma tunjuk eticket xperlu identification card credit or anything else?
Razf said…
tunjuk e-ticket printed sahaja.. :)
Unknown said…
okay thank you. cepat reply.hehe.. saya br je nk beli kt official website tp klook offer cheaper price. kalau masih ada itinerary boleh email kan saya x? wnhwa87@gmail.com thank you so much
Razf said…
tgahlunch break.. hehe.. dah email
Unknown said…
Dah dapat. Thank you. Kalau semua ticket attraction places ie Ocean park, the peak etc semua beli dekat klook ok kn? mksd xde prob leceh2 mcm kena present credit card yg guna utk purchased so whatever kn? sorry banyak tanya pulak..hehe
Razf said…
ya sume kami beli online .. x perlu beratur panjang2 :)