*Sorry entri kali ini penuh dengan gambar dan teks.. Sila baca dengan teliti dan hayati setiap gambar.. bahahaahahaha*
Disneyland ialah my dream place.. Masa pergi Paris dulu, aku and sorang kawan aku bercadang nak pegi Disneyland Paris tapi tak jadi.. Remuk hatiku.. haha.. Tapi memandangkan tujuan pergi ke sana pun atas sebab kerja so pasrah ajelah.. So bila gi Hong Kong ni aku dengan yakinnya meletakkan Disneyland sebagai destinasi utama.. Tetapiii!! Ha kau ada tetapi.. Member kata tak payahlah.. tempat budak-budak je tu... Homaiii.. Diorang tak taw ke aku ni budak kecik lagi.. Kah kah kah.. (Umur maybe la dah ke arah dewasa taknak cakap tua).. Tapi aku forever a kid! Haha! Ahh pendek cite.. Disneyland.. Kau tunggu kami datang! :D
Hampir sampai! Tingkap MRT bentuk telinga tikus... satu-satunya tikus yang aku tak takut. Hua hua hua. BTW, ticket masuk Disneyland kami beli kat Klook.com. Harga masa tu HKD 458 = RM 229. Beli online okay? Murah sket dan pantasss
Adventureland: Tarzan & Jane! Kami melawat Tarzan's Treehouse. Best.. Macam cerita dia jugaklah. Ni patung je.. Tak kan real plak kan.. Eheheheh
Toy Story Land!
Kat sini sempat main Slinky Dog Spin & Toy Soldier Parachute Drop je. Dua game ni light2 jer.. Hehe sesuai untuk kanak-kanak la kan. Satu yang agak seram ialah RC Racer tapi tak bukak plak.. Hmmmm..Tenkiu tak bukak :D
Mystic Manor ..
Cantik kan bangunan ni? Kalau aku ade rumah nanti, aku nak buat lebih kurang gini la baru best ada unsur mistik LOL. Ni antara tempat favourite aku kot sebab dalam ni ade ride best dan ada macam hantu sket. Siket je la tapi sebab aku peminat paranormal so aku sukaa! Ada monyet comel plak tu
Grizzly Gulch
Beruang yang menakutkan. Frankly aku memang tak taw ape kena mengena Grizzly Gulch ni dengan Disney sebab aku tak dapat recall ade ke cite kartun pasal beruang? Sori memang lupa! Tapi ada roller coaster scary iaitu Big Grizzly Mountain Runaway Mine Cars. Boleh tahan seramnya but its fun..! Anyway salah satu sebab aku suka Disneyland sebab roller coaster dia tak ngeri sangat. (Haha ayat orang penakut)
Masa lunch! Kat sini ada 2 restoran halal. Tahitian Terrace & Explorer's Club Restaurant. Kitorang pilih Explorer Club sebab sebelah Mystic Manor dah dekat.. Menu aku ni namanya Curry Javanese Vege & Rice kot. Harga agak mahal.. dalam RM 50.. Nasi tu sebenarnya banyak, boleh share je hehehehe. Tapi prata tu aku punye sorang.. jangan kacau :P
Flights of Fantasy Parade
Perarakan watak-watak Disney, Mickey and Friends! Start pukul 3 PM. Ada Mickey, Minnie, Donald Duck, Chipmunk, Tinker Bell, Pooh & Friends, Buzz Light Year, Woody, Princess Aurora, Snow White dan ramai lagilah! Kita boleh duduk di tepi-tepi jalan sambil lambai-lambai kat diorang. Syok gak bila diorang lambai balik. Boleh sing along jugak.Tapi jangan syok sendiri plak.. bagila kanak-kanak duduk depan, ksian diorang nanti tak nampak plak..
Cumils
Tomorrowland
Boleh drive kereta sport! Yeay! Masa ni lah ko nak tunjuk skill pemanduan ko tu. Mana taw ada pengarah Fast & Furious atau Need For Speed nampak bakat ko kat situ. Choii.. Haha! Autopia ni game kereta elektrik. Ala ikut lane je.. jangan sampai klua lane woi.. Malu.. Budak-budak pon boleh drive.. best.. Warna purple tu bukan edit tapi memang color lampu.. Nice kan
My Co-Pilot nak interprem gak hihihihi
Tomorrowland
Untuk manusia yang sukakan high-speed roller coaster SILAKAN ke sini, Space Mountain. Indoor. Gelap. Laju. Fast. Chill. Seram. Sejuk. Tunggang. Terbalik.
Fantasyland
Dah kenapa cantik meghelip sangat?!!
It is A Small World
Naik boat keliling dunia.. Gi Europe, Africa, Asia Tenggara, Middle East dalam masa 15 minit.. Comel gila bak ang
Kan dah kate.. cute giler
Comments
x berpeluang lg bercuti di luar negara T_T
jangan cakap mcm tu InshaAllah nnt akan ade peluang . Yakin boleh!
kalo ade rezeki nak pegi jugak.
tapi kena kumpul duit dulu..huhu