Skip to main content

Jalan-Jalan: Air Terjun Kota Tinggi



 Hai Assalamualaikum..

Pe cer? Untuk aku.. setakat ni aku masih lagi tak dapat mencapai piawai update blog 2x seminggu.. ZZzzZZZ

Ni citer gi air terjun minggu lepas..Sambil type ni macam terasa plak angin sepoi-sepoi bahasa kat air terjun ni.. huhu syoknyaaa. Baru-baru ni, me and my member2 datang ke sini, Air Terjun Kota Tinggi..Saja nak bawak diorang jenjalan dan bermandi manda. Actually, aku dah 2, 3 kali pergi air terjun ni..Best taw! Air terjun sejuk bertingkat-tingkat.. 




Yang ni air terjun tingkat atas.. Nampak tak ada tali jaring tu? Haa lepas tali tu tak boleh mandi dah, sebab dalam dan membahayakan.. Dulu aku pernah nampak orang mandi kat area tu, sekarang tak de dah... Tengoklah air dia tu, hijau.. banyak lumut.. maknanya takde orang mandi kat situ le tu.. Actually kat atas ni ramai je mandi (di tempat yang dibenarkan, iaitu sebelah jaring lagi satu tu).. terutamanya kaum muda-mudi dan bujang trang2 sebab sini lagi dalam dan tak banyak batu.. boleh la mereka nak buat aksi2 seperti kuak lentang, kuak rama-rama and skinny dipping.. Eh.. tak boleh.. tak boleh.. gilo?





 Masuk sini mahal siket, tak macam air terjun Pancing yang aku pergi kat Pahang dulu tu .. Adult RM 8  dan kereta RM 3.. So masa kami pergi tu 4 org dewasa dan 1 kereta.. jadi semuanya RM 35 tunai.. Hehehe betul ke aku kira tu? Aku pon tak berapa ingat dah sebenarnya.. 





Okay ni air terjun tingkat bawah...  lebih cetek, air dia lebih jernih dan sesuai untuk seisi ahli keluarga dari pelbagai peringkat umur.. Hehe.. Selalunya kat sini memang ramai ah, semua berebut nak duduk bawah air yang tengah terjun tu kan? Sedap woo air kena kat kepala tu.. Siapa yang migrain boleh lah cuba ye mana tahu terus baik kan? Hahaha ni kawan aku yang cakaplah.. aku tak sure pon keberkesanannya.. Kebetulan masa aku tengah snap pic ni takda orang.. Tak lama pastu berduyun tiba.. Kat sini banyak family dan budak2 kecik lah sebab tak dalam kan.. Anyway hati-hatilah masa bergerak sebab batu licin ..




Lepas bermandi manda tu mesti penat punya dan LAPAR.. Hahahaha.. So digalakkan sesangat untuk bawak snek-snek, makanan ringan mahupun nasi goreng kampung sekalipun (Oh tapi cover2 la masuk dalam bag sebab nanti Pak Guard check.. Herghh.. cover bawah timbunan baju yer).. Sebab syok tau makan sambil ditemani bunyi air terjun dan udara segar.. Hahaha.. Sebab kami bawak air kotak je satu, lepas tu mengagau carik makanan... Kah3.. Anyway ade je kedai yang jual makanan tapi tak banyak sangatlah choice..






Air kotak of the Day.. Hahahaha.. Itu pun dapat masa gi kenduri..


Kat sini ada sewa pelampung.. RM 5 untuk 3 jam.. Deposit 15 ringgit.. kalau tak silap baca..

So kesimpulannya, percutian kat tempat-tempat semulajadi macam ni memang best dan tidak menghampakan.. Rasa tak nak balik, nak duduk je dalam hutan  tu.. Eheh.. Jom lah kita sama-sama jaga alam sekitar



Ok itu saje.. Jangan Monday Blues sangat ye!

Bye!!




Comments

Hafiz Hafizol said…
Pandainya diorang meniaga.. sekali masuk bayar kemain.. Kat tempat saya tak payah bayar pun T__T
Razf said…
@Hafiz Hafizol

nangis gak.. mahal.. tapi rindu nak mandi manda so..
cEro said…
Bestnya air terjun...
Sejak kebelakangan ni selalu dgr kes kencing tikus, sekarang dah jadi takut nak piknik dkat mana2 air terjun n sungai...hehehe
Aujinz said…
aaaa... suka bunyi air terjun... lanun dah lama tak menyelam dah ni... koh koh koh
Unknown said…
pernah juga ke sini beberapa tahun yang lalu, ketika usia semuda cikfira, memang best & sejuk & ramai singaporean
#394
Ayu said…
Terbayang kesejukan dan kenyamanan air terjun...fuhhh! syoknyee!
Razf said…
@cEro Itulah.. kitorang concern gak tentang kencing tikus tu.. tapi sebab org ckp xdak kes lg kat situ.. so redah jelah.. hehe
Razf said…
@Aujinz

menyelam dalam bath tub pon boleh.. haha
Razf said…
@namyyul nurulazila

oo time kami pergi x ramai sangat..
Prince of Noob said…
wow syioknya mandi air terjun
Nick Nashram said…
Singgah air terjun gunung ledang sekali..dekat ngan umah saya..hehe
Razf said…
@Nick Nashram

dkat ke.. jauh gak tu.. hehehehehe
Lynn Damya said…
Salam, hahah aku lama gila dah xpergi sini...paling last masa kecik kot...tak suka pegi sini sbb makanan luar xleh bawak masuk..pastu makanan kt dalam mahal..hahah
Razf said…
makanan bawak dr rumah tp sorok2...hahahhaa
Wak Lat said…
Salam. Hee sy pon dh lama x dtg sini., makanan sendiri masih letak kt luar yee ;p
Razf said…
wsalam.. yup masih letak luar.. pepandai sorok je la.. hihi
Unknown said…
Pak guard selongkar beg tak kalo kite sembunyi makanan kt celah celah baju dddlm beg.
Razf said…
Pak guard x selongkar.. dia tengok2 mcm tu je.. tp janganla obvious sgt letak makanan kat atas2.. sorok2.. hehe