1. Kau complain makanan yang kau order tak sedap.. Kau complain kuah tomyam tu panas sangat sampai lidah kau melecur.. Kau complain bayar mahal tapi isi dalam seciput.. Sepanjang time kau makan muka kau masam
Tapi kau lupa nak bersyukur kau masih ada duit untuk order makanan.. Kau bernasib baik sebab bekalan makanan tak pernah putus kat tempat kau.. Kau dapat makan bermacam-macam jenis variasi makanan dari Japanese, Korean, mamak style, Chinese Food dan memacam lagilah.. ! Senang cakap kau tak pernah kelaparan.. Padahal ada orang kat luar makan roti expired seminggu pun diorang sanggup
2. Kau complain line internet kat rumah kau slow sangat.. Kau complain susah nak buat kerja sebab internet kat office selalu down.. (padahal time internet laju kau sebok download movie, bukan buat kerja pun..)
Tapi kau lupa nak bersyukur yang sekurang-kurangnya kau masih ada peluang untuk kenal kecanggihan internet .. Kau lupa ramai lagi orang yang tak pernah dapat access internet.. duduk di ceruk-ceruk mana hala dan tak tau apa-apa tentang dunia luar
3. Kau merungut.. Kau compain banyak gila baju nak kena basuh.. Kau complain lagi baju kau asyik tak kering sebab asyik hujan.. Kau merungut sebab lepas basuh, sidai, kau nak kena lipat pulak.. Banyak sangat kerja kau kena buat
Tapi kau lupa ramai orang kat luar sana teringin nak jadi macam kau.. Ada macam2 jenis baju boleh pakai lain-lain setiap hari.. Kasut ada 2, 3 rak.. Baju ada 3 almari.. Sampai ada baju yang kau tak pakai pun sebab lepas kau beli tiba-tiba kau tak berkenan.. Sedangkan ramai lagi orang kat luar baju dah lama tak berganti bertahun-tahun sampai lusuh dan koyak...
4. Kau complain ko penat dan bosan meredah kesesakan lalu lintas.. Ko cakap sakit belakang duduk dalam kereta lama2 pastu sampai tempat kerja ko stress
Tapi kau lupa nak bersyukur.. Sekurang-kurangnya kau ada kereta.. Kau boleh kemana-mana sahaja kau nak pergi.. Kau lupa ada orang yang tak boleh nak kemana-mana sebab takde kenderaan atau tak mampu nak naik pengankutan awam...
5. Kau complain kerja banyak.. assignment banyak.. project work banyak.. tapi tak cukup masa nak buat.. Ko complain lagi carry mark siket.. Lecturer kedekut markah.. (padahal kerja kau pun ala-ala melepaskan batuk di tangga saja lagi mau lebih marks)
Tapi kau lupa nak bersyukur yang kau senang2 saja ada peluang untuk medapat pendidikan.. Cakap saja nak amek degree? master? PHD? Semua di tangan kau.. Kau lupa yang ada orang sampai kena bunuh, kena tembak, berperang, kena buat demonstrasi, hanya untuk pergi ke sekolah.. hanya untuk belajar benda2 basic macam membaca, mengira..Sedangkan kita dah sampai ke tahap tertiary education dah
Semua perkara di atas ialah peringatan untuk anda semua tapi sebenarnya UNTUK AKU .. Hahaha.. Aku perasan makin banyak nikmat Allah aku dapat, aku plak makin lama makin alpa, tamak, leka, asyik merungut jer..
Bila terbaca satu artikel kat Buzzfeed, baru aku sedar yang kita selama ni asyik merungut.. Asyik nak compare dengan orang yang kaya raya, famous, cun.. Sesekali (atau pun selalu2), kita kena jugak pandang orang yang lagi susah dari kita.. Fikir-fikirkan apa yang kita ada, apa yang diorang xde.. Mesti akan timbulkan keinsafan kan...
Bukan lah aku nak suruh korang ni bersyukur sahaja.. then pasrah lalu tak buat apa-apa kan.. Harus jugaklah berusaha untuk ke arah yang lebih baik.. Cuma kurangkan lah rungutan, kritikan, keluhan, umpatan yang semakin berleluasa macam sekarang ni.. Penatlah kan kalau asyik negatif kan.. Cubalah fikir-fikirkan yang positif sahaja.. Mesti hidup lebih bahagia dan aman :)
Ok itu sahaja tazkirah Jumaat
Bye! Assalamualaikum
Sumber imej: WeHeartIt

Kira-kira
1 bilion orang hidup dengan pendapatan kurang daripada $ 1,25 setiap hari .
-
Bank Dunia
Sebahagian
besar dunia - lebih daripada 4 bilion orang - masih tidak mempunyai akses
kepada internet.
-
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Bukan lah aku nak suruh korang ni bersyukur sahaja.. then pasrah lalu tak buat apa-apa kan.. Harus jugaklah berusaha untuk ke arah yang lebih baik.. Cuma kurangkan lah rungutan, kritikan, keluhan, umpatan yang semakin berleluasa macam sekarang ni.. Penatlah kan kalau asyik negatif kan.. Cubalah fikir-fikirkan yang positif sahaja.. Mesti hidup lebih bahagia dan aman :)
Ok itu sahaja tazkirah Jumaat
Bye! Assalamualaikum
Sumber imej: WeHeartIt
Comments
HUhu.. jom sma2 muhasabah diri