Hai dan Assalamualaikum semua
Pulau ni sebenarnya aku pergi tahun lepas, barulah sekarang nak masukkan dalam blog. Macam biasalah kan hahahha. Anyway, pulau ni terletak di Mersing, Johor. Seriously, aku sebagai bangsa Joho pun tak tahu ada pulau secantik ni kat Johor hahhaha
Nak ke Pulau ni, kena naik bot dari Jeti Bandar Mersing. Adalah dalam setengah jam kot naik bot laju ni. Dari jeti ke pulau ni, kita akan nampak perubahan warna laut ye, dari coklat ke biru. Subhanallah! Memang cantik sangat lahh
Ini kat Jeti Bandar Mersing
Ini bila dah nak sampai Pulau.. Haaa ada beza warna air kannnn??
Posing la sikit bila dah sampai tu
Eeee rinduuu.. nak pergi lagiii
Inilah bilik yang kami stay berlima. Walaupun kami 5 orang tapi katil ada 4 je ye.. Sebelum ni diorang cakap ada 5 katil. Tapi takpelah kami macam pasrah je so tido berhimpit-himpit sikit. Dalam bilik ni interior dia okay-okay jelah takdelah wow sangat. Basic je ada katil, kipas, bilik air.. Oh resort ni namanya Bayu Lestari Resort.
Bila dah sampai sini baru aku perasan ini rupanya resort yang Amelia Henderson dengan Sean Lee berlakon kat drama TV3 tu. Sorry aku lupa nama drama tu.. nanti korang google la ea kalau rajin HAHA (Update: Drama bertajuk Romántika 4 Hari 3 Malam)
Kat sini ada macam-macam aktiviti disediakan macam Island Hopping, Jungle Trekking, Snorkelling semua tu tapi sebab kami ni ala-ala percutian bajet, so buat aktiviti bebas jela macam mandi-manda ni
Boleh sewa basikal keliling pulau jugak.. Tapi pulau ni kecik je ye so sekejap je dah habis round hehehehe
Mandi manda sambil tengok sunset.. Subhanallah
Asal-usul nama Pulau Babi Besar ni kemungkinan dulu banyak babi kot.. hahahhaa.. tapi jangan risau masa kami pergi tu tak nampak seekor pun..
Boleh main buai jugak sambil nyanyi lagu Miley Cyrus ~ I came in like a wrecking ballll~
Okay lah itu aje buat masa ni.. sampai bertemu lagi!
Bye!
Comments