Skip to main content

Cuba Try Test Sun Stick Nature Republic

 


Hai! Assalamualaikum!


Korang semua pakai sunblock tak? Aku dulu tak pakai pun. Lepas tu sejak ramai orang share tentang kepentingan memakai pelindung matahari ni, aku pun cuak gak la kalau tak pakai kan.

Antara kelebihan pakai sunblock/sunscreen ni ialah:

  • Untuk mengelakkan sunburn. Tak nak la muka berbelang-belang kan. Cahaya matahari ni memang bagus tapi dalam kebaikan tu ada jugak unsur-unsur berbahaya macam sinaran UV tu. Teringat dulu masa sekolah, bila bukak tudung nampak ye ada garis beza part mana kena matahari part mana tak kena. Lagi-lagi time hari sukan ke ape ke

  • Untuk mengelakkan kedutan dan garis-garis penuaan. Haaa sapa nak tua sebelum waktunya kann

  • Untuk mencegah kanser kulit


Okay sebenarnya banyak lagi la kelebihan pakai sunscreen ni. Tapi masalahnya jugak sebab sunscreen ni ada macam-macam jenis so agaknya mana yang serasi dengan kita? Nak kena tau plak jenis kulit, jenis oily ke, dry skin ke, haihhh pening gak

So bertahun-tahun selama ni aku pakai sunscreen jenis Biore. Biore ni ada macam-macam jenis, aku rasa aku pakai semua kot. Yang warna putih, pink, biru. Rasanya semua okay je, tapiii ada satu jenis Biore Aqua kot, yang warna biru tu, tak sesuai dengan aku sebab rasa melekit.

So baru-baru ni aku nampak kawan kat Instagram, dia pakai Sun Stick Nature Republic ni. Aku macam tertarik plak sebab dia jenis stick kan, sapu-sapu je, tak payahla risau sunscreen piling ke apa. Lepas tu dia tak tinggalkan white cast jugak. 

Wah! Aku pun excited terus order kat Shopee. Aku beli ni dari seller Korea tapi kejap je sampai, dalam 4 hari macam tu dah sampai.

So overall sepanjang aku guna, aku rasa:

  • Aku confuse nak sapu berapa lapis. Haha! Sebab bila pakai selapis, rasa macam tak pakai apa-apa plak. So aku pun pakai 3 lapis, rasa okay tapi tak lama tu muka macam oily plak! Mungkin 2 lapis cukup kot

  • Bau dia wangi! Macam bau aloe vera. Kalau aku okay je sebab bau dia takdelah kuat sangat and takdelah bau tu melekat lama sangat

  • Memang takde tinggalkan white cast/warna putih kat muka. So sesuai untuk semua warna kulit

  • Orang cakap boleh apply sunscreen ni lepas muka dah full make up. Tapi aku tak pernah buat la sebab rasa macam pelik plak hehehe. 


Overall aku rasa okay jugak la sunscreen ni. Mungkin boleh repeat lagi

Okay tu je

Bye!

Comments

nohas said…
bagus..tak melekit, smooth je..
Alia Farhan said…
Dengan cuaca kat Malaysia yg panas teruk sekarang ni memang wajib la pakai sunblock dik.. Ghisau kulit tua sebelum usia
Wak Lat said…
wahh mesti kulit berseri putih bersinar spt matahari., ;p
Kakmim said…
sy pakai sunscreen mary kay.. ok jugak
Razf said…
betul tu sis.. tapi bila dah work from home je ni adakalanya malas juga haha
Razf said…
alooo beshe2 je xdelah putih pung hahaha
Razf said…
oo yg tu belum cuba.. boleh masuk list :D
Sha Mohamed said…
Mudah juga kalau stick macam nie..
Razf said…
betul... tangan x effect ape2 hehe
Razf said…
betul... tangan x effect ape2 hehe
Tinsyaz said…
Nak try pakai sun stick, tapi macam tak berani sebab muka saya sensitif. Tengok macam lagi senang je bila guna sun stick
Razf said…
setakat saya pakai ni xde apa2 jadi macam purging ke, tapi tula lain orang lain kesannya