Assalamualaikum & Selamat Pagi
Apa khabar? Sihat? Masih dalam PKPP kan kita?
Dah dapat sesuaikan diri dengan norma baru?
Masih pakai mask bila keluar rumah?
Masih basuh tangan lepas pegang barang?
Kalau masih buat maka bagus lah.. Hehehe
Nak cite pasal raya Aidilfitri ni, first time raya pertama aku di Key Ell aka Kuala Lumpur
Hahaha
Sedih dan sayu jugaklah tak dapat raya dengan mak dan abah
So aku beraya dengan famili makcik dan pakcik aku di Gombak
Alhamdulillah ade jugak famili terdekat kan
Dapatlah makan rendang, kuih siput, ketupat palas dan sayur lodeh
Hehehe
Mujurlah sekarang teknologi dah canggih kan, bolehlah buat video call, bercakap dengan nenek, mak, abah, pakcik, sepupu sepapat
Raya AidilAdha ni kita dah boleh raya macam biasa, so lega sikit
Apa-apapun, kita still kena berhati-hati ya
Vaksin masih belum didapati, virus masih lagi merebak
Sila amalkan langkah-langkah keselamatan dan penjarakkan sosial
Stay safe semua!
Bye!
:)
Comments
xpe raya haji ni boleh beraya di kampung.. hehe
Pengalaman yg tak mungkin dilupakan
Tiada sanak sedara jiran tetangga datang bertandang pun huhuu...
unik yang amat..
Kita baru balik raya 3 minggu lepas.
raya yang lain dr selalu. akak beraya setakat ber5 beranak je.