Skip to main content

Mendaki Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru






Assalamualaikum w.b.t..

Hello hello hello.. dah lama tak menaip disini.. hahaha.. Okaylah cukup mukaddimah, jom ke point penting. Naik Bukit Kutu ni dah lama dah, masa bulan tujuh, bulan sebelas baru aku nak buat dokumentasi. :D Better late then never orang jawa cakap lol


Bukit Kutu ni nama je bukit, tapi dia lagi tinggi dari gunung yang aku pernah naik iaitu Gunung Angsi. Tinggi bukit ni ialah 1,053 meter atau 3,456 kaki. Memang mengah dan pewai la citenyer. Kami naik pukul 8 pagi dan sampai ke bawah pukul 4 petang. So sila kira :D Aku pun hampir-hampir mengalah nak sampai ke puncak sebab dah penat sangat, tapi sebab memikirkan mungkin tak akan menjejakkan kaki lagi ke sini, makanya aku gagahkan jugaklah untuk sampai ke puncak kejayaan. Alhamdulillah




Sebelum mendaki, bolehlah cuci mata atau mandi-manda kat sungai ni.. Jernih airnya. Sini jugak ada tapak untuk berkhemah, so sesiapa yang nak tidur sini sebelum atau selepas mendaki boleh lah.. Jangan lupa jaga kebersihan alam sekitar ya. Please jangan buang sampah merata disini!




Dan kami pun memulakan perjalanan dalam pukul 8.00 pagi lebih kurang. Sebelum jumpa bukit mencanak, adalah jalan rata ni.. sekejap jela..  jangan happy sangat tengok gambar ni hahahaha





Lepas tu kena merentasi sungai, takpe sungai cetek je, tak perlu skill berenang-renang ke tepian. Hehe. Kawan aku cakap, elok bukak kasut, then lepas tu lap kaki kering-kering baru pakai stokin dan kasut. Kalau tak, kaki cepat melecet. Itu kata otai, maka aku pun menurut.





Okay maka bermulalah pendakian yang sangat memenatkan. Hahaha. Aku pun tak banyak ambil gambar sebab nak jimatkan tenaga :D Susah nak jumpa tanah rata, mendaki dan terus mendaki. Mendaki dia tu bukan macam jalan biasa tau, mendaki yang lutut kau kena naik lebih dari 90 darjah.. haaaa.. kena pegang pokok or batu, then panjat.. susah la.. Sila jaga postur badan supaya tidak terkehel atau terseliuh di mana-mana. Sila bawak spray yang hilangkan seliuh tu.. penting jugak tu





Selepas beberapa jam mendaki, anda akan jumpa Batu Tedung. Kat sinila aku rasa macam nak give-up and nak tido sebab batu ni rata dan sesuai untuk berehat. Ramai jugak yang stop kat sini, tapi akhirnya setelah berfikir-fikir aku pon teruskan jelah.. Alang-alang menyeluk pekasam. Hehehehe. Oh kat sini banyak lebah, tapi lebah tu tak gigit pun. Kawan aku cakap dia dekat-dekat dengan kita sebab bau garam (berpeluh)






Sejam selepas Batu Tedung ... akhirnya sampai sudah ke puncak. ni chimney lebihan zaman British dulu. Buat apelah duduk tinggi-tinggi oii.. Susah susah je. Nak tengok view cantik kot.. or anti social. Haha






Ada bendera Malaysia kat atas ni





Sebenarnya aku takdelah sampai ke betul-betul puncak.. Ada lagi batu yang boleh ko naik untuk nampak pemandangan yang lebih cantik. Tapi memandangkan lutut cakap jangan, tangga tu pun nampak macam kurang meyakinkan. Aku gayat. Hahahah. Atas tu tak boleh naik ramai-ramai.. 2, 3 orang je kot per session. Tempat kecik, bahaya wei ramai-ramai





Sebelum turun ke bawah, pekena maggie dulu. Haha. First time aku makan Mee Tarik perasa lontong jenama Mamee ni. Kat atas bukit komain sedap rasanya. Maklumlah letih kot... Turun bawah terus aku beli sepeket besau . Ahahahah. 


Setelah 3 jam setengah perjalanan.. maka kami pun sampai sudah ke bawah. Alhamdulillah semua ahli rombongan selamat sampai tanpa sebarang kecederaan. Cuma pinggang aku je dah tak berapa nak rasa. Haha. Rasa nak duduk je tak nak jalan mana-mana


Summary dan Lessons Learned:

  • Kos naik bukit: Permit naik RM5 dan Entrance Fee RM1
  • Bukit ni tak sesuai untuk newbie, yang dah biasa naik bukit pun kena training dulu kot. Makan and tido kena cukup sebelum naik
  • Bernafas ikut hidung, jangan ikut mulut. Hahah. Kalau penat, berhenti sekejap, jangan lama sangat. Nanti lari momentum. Gitteww
  • Kalau jumpa orang yang tengah turun cakap dah nak sampai puncak, jangan percaya! Hahaha

Okaylah itu je .. apapun, memang pengalaman yang manis mendaki Bukit Kutu ni. Kalau umur panjang, boleh repeat lagi ni. :)

Okay till then.. bye!







Comments

ezy.fia said…
tnggi jgk bukit ni..
kalo sy rsnye xnaik dh.. haha
Azhafizah MN said…
seriuslah lebih tinggi dari angsi tu? angsi pun ambil masa nak sampai inikan bukit kutu yang dikatakan bukit tu. Hebatlah raz! Kalau Fiza pewai. Kalau ambik masa lama nak sampai memang xlah nak cuba..risau sampai peak waktu petang. nak turun lagi amek masa lama juga nak tahan sakit kaki tu. Kena betul² fit kalau nak hiking semula ni.huhu
Wak Lat said…
bila nk kinabalu kekiter.. ghiteeww
ray said…
i miss being out in the nature so much.
Azian Elias said…
hi Razz..
kalau akak baru mula langkah dah mengalah. lutut dah longar sangat. tak mamfu lah.
Razf said…
saya saje mencabar diri ahahaha.. dan saya rasa tak rugi. hehe
Razf said…
tak hebat pun.. awak pon boleh! yakin! hehe.. tapi tulah kena training sket la bagi x semput
Razf said…
ade jugak dalam wishlist.. hehehehe
Razf said…
kalau nak gi jom3 . hehe
Razf said…
jom jogging tepi tasik. hahaha!
weschairs said…
best ni masuk hutan...cantik pemandangan kat dalam tu
JMR said…
rasa tenang je tgk kehijauan
Mekar said…
Teringin pulak nak outdoor activities jugak, biar lasak sikit hehehe :P
Razf said…
memang cantik dan tenang hutan-hutan kt malaysia ni
Razf said…
saya setuju. hehe
Hafiz Hafizol said…
Laa awat x naik sampai puncak yang atas batu bertangga tu.. haha.. Barulah mencabar sikit hek alahh.. =P
Azhafizah MN said…
Lama dah tak hiking. Dulu okaylah lagi rajin hiking boleh naik gunung 2-3 kali. tapi skang lansung tak exercise ke apa. memang semput nak naik. kena start semula naik bukit rendah² dulu.
anakdenesor said…
wah tak pernah lagi sampai sini..kite daki bukit kecik kecik je pon ha..heheh hebat lah!
Razf said…
x berani la.. kaki dan lutut dah menggeletar. hahahhaha
Razf said…
tak hebat la.. awak lagi boleh... hehe
Hayati Suki said…
cantik sangat view nak masuk bukit tu..segar je pemandangan :-)
ya Allah suka sgt tgk pokok2 yg kat jalan rata walau sekejap tu. hehe teringat pokok2 kat hutan Kyoto.

Myra | The Grey Lines Between
Razf said…
yeke.. nak gi Kyoto gak la haha