Assalamualaikum w.b.t..
Hello hello hello.. dah lama tak menaip disini.. hahaha.. Okaylah cukup mukaddimah, jom ke point penting. Naik Bukit Kutu ni dah lama dah, masa bulan tujuh, bulan sebelas baru aku nak buat dokumentasi. :D Better late then never orang jawa cakap lol
Bukit Kutu ni nama je bukit, tapi dia lagi tinggi dari gunung yang aku pernah naik iaitu Gunung Angsi. Tinggi bukit ni ialah 1,053 meter atau 3,456 kaki. Memang mengah dan pewai la citenyer. Kami naik pukul 8 pagi dan sampai ke bawah pukul 4 petang. So sila kira :D Aku pun hampir-hampir mengalah nak sampai ke puncak sebab dah penat sangat, tapi sebab memikirkan mungkin tak akan menjejakkan kaki lagi ke sini, makanya aku gagahkan jugaklah untuk sampai ke puncak kejayaan. Alhamdulillah
Sebelum mendaki, bolehlah cuci mata atau mandi-manda kat sungai ni.. Jernih airnya. Sini jugak ada tapak untuk berkhemah, so sesiapa yang nak tidur sini sebelum atau selepas mendaki boleh lah.. Jangan lupa jaga kebersihan alam sekitar ya. Please jangan buang sampah merata disini!
Dan kami pun memulakan perjalanan dalam pukul 8.00 pagi lebih kurang. Sebelum jumpa bukit mencanak, adalah jalan rata ni.. sekejap jela.. jangan happy sangat tengok gambar ni hahahaha
Lepas tu kena merentasi sungai, takpe sungai cetek je, tak perlu skill berenang-renang ke tepian. Hehe. Kawan aku cakap, elok bukak kasut, then lepas tu lap kaki kering-kering baru pakai stokin dan kasut. Kalau tak, kaki cepat melecet. Itu kata otai, maka aku pun menurut.
Okay maka bermulalah pendakian yang sangat memenatkan. Hahaha. Aku pun tak banyak ambil gambar sebab nak jimatkan tenaga :D Susah nak jumpa tanah rata, mendaki dan terus mendaki. Mendaki dia tu bukan macam jalan biasa tau, mendaki yang lutut kau kena naik lebih dari 90 darjah.. haaaa.. kena pegang pokok or batu, then panjat.. susah la.. Sila jaga postur badan supaya tidak terkehel atau terseliuh di mana-mana. Sila bawak spray yang hilangkan seliuh tu.. penting jugak tu
Selepas beberapa jam mendaki, anda akan jumpa Batu Tedung. Kat sinila aku rasa macam nak give-up and nak tido sebab batu ni rata dan sesuai untuk berehat. Ramai jugak yang stop kat sini, tapi akhirnya setelah berfikir-fikir aku pon teruskan jelah.. Alang-alang menyeluk pekasam. Hehehehe. Oh kat sini banyak lebah, tapi lebah tu tak gigit pun. Kawan aku cakap dia dekat-dekat dengan kita sebab bau garam (berpeluh)
Sejam selepas Batu Tedung ... akhirnya sampai sudah ke puncak. ni chimney lebihan zaman British dulu. Buat apelah duduk tinggi-tinggi oii.. Susah susah je. Nak tengok view cantik kot.. or anti social. Haha
Ada bendera Malaysia kat atas ni
Sebenarnya aku takdelah sampai ke betul-betul puncak.. Ada lagi batu yang boleh ko naik untuk nampak pemandangan yang lebih cantik. Tapi memandangkan lutut cakap jangan, tangga tu pun nampak macam kurang meyakinkan. Aku gayat. Hahahah. Atas tu tak boleh naik ramai-ramai.. 2, 3 orang je kot per session. Tempat kecik, bahaya wei ramai-ramai
Sebelum turun ke bawah, pekena maggie dulu. Haha. First time aku makan Mee Tarik perasa lontong jenama Mamee ni. Kat atas bukit komain sedap rasanya. Maklumlah letih kot... Turun bawah terus aku beli sepeket besau . Ahahahah.
Setelah 3 jam setengah perjalanan.. maka kami pun sampai sudah ke bawah. Alhamdulillah semua ahli rombongan selamat sampai tanpa sebarang kecederaan. Cuma pinggang aku je dah tak berapa nak rasa. Haha. Rasa nak duduk je tak nak jalan mana-mana
Summary dan Lessons Learned:
- Kos naik bukit: Permit naik RM5 dan Entrance Fee RM1
- Bukit ni tak sesuai untuk newbie, yang dah biasa naik bukit pun kena training dulu kot. Makan and tido kena cukup sebelum naik
- Bernafas ikut hidung, jangan ikut mulut. Hahah. Kalau penat, berhenti sekejap, jangan lama sangat. Nanti lari momentum. Gitteww
- Kalau jumpa orang yang tengah turun cakap dah nak sampai puncak, jangan percaya! Hahaha
Okaylah itu je .. apapun, memang pengalaman yang manis mendaki Bukit Kutu ni. Kalau umur panjang, boleh repeat lagi ni. :)
Okay till then.. bye!
Comments
kalo sy rsnye xnaik dh.. haha
kalau akak baru mula langkah dah mengalah. lutut dah longar sangat. tak mamfu lah.
Myra | The Grey Lines Between