Assalamualaikum orang kampung! :D
Lama dah aku berhibernasi.. jadi marilah keluar dari gua.. Sempena hari keluar, marilah kita melunaskan hutang-hutang entri yang tertunggak . Okay lah cite pi Jordan ni sebenarnya dah basi, tapi nak cite gak
Hehehe
Wadi Rom ni takda apa sebenarnya.. Cuma padang pasir dan batu-batu saja.. Tapi tak taw kenapa pemandangan kat sini nampak cantik sangat.. Gambar atas ni gambar khemah ya.. So boleh tidur sini.. makanan diorang sediakan tak silap aku...
Tengok langit tu.. Takda awan pun tapi cuaca dan suhu time ni nyaman-nyaman sahaja.. angin sejuk.. Hahah! Sebelum sampai Jordan, aku bayangkan cuaca punyalah panas tapi sebenarnya tidak..Jordan baru abes musim sejuk.. Eh aku pon cuma taw Jordan ni ada 4 musim lepas adik aku study kat sini.. Kalo tidak aku anggap Jordan ni panas dan kering saja sepanjang tahun.. hihihi pardon my pengetahuan am & ilmu geografi
Lagi bukti LANGIT YANG BIRU
Boleh jugak main sand board kat sini. Ini posing saja lebih. Aksi tak ada pon :D
Mak ngan abah ni nak berzapin ke? Keh keh keh
Yeayyy akhirnya besua muka dengan makhluk berbulu mata lebih panjang dari Che Ta XD . Kalau nak naik, kena bayaq. Tak ingat berapa. Tak mahaii sangat rasanya
Haa kat sini pun ada kesan peninggalan sejarah tau, contohnya macam ukiran kat batu ni ataupun dikenali sebagai Petroglyph .. Sorry lah aku pun tak tahu apa maksud ukiran ni.. aku nampak ada gambar unta.. itu sahaja.. haha
Yang ukiran muka orang kat batu ni plak, nama dia ialah Lawrence. Lawrence of Arabia. Dialah penggerak Revolusi Arab sekitar tahun 1916-1918. Orang putih ya bukan orang arab. Lawrence ni aku ada macam-macam versi. Ada yang cakap dia ni sokong Arab, ada yang cakap dia saja nak memecahkan puak Arab.. Untuk lebih lanjut, boleh baca sini
Jom bawak balik sket pasir Wadi Rom sebagai cenderamata kenang-kenangan, lepas tu bagi2 kat kawan sorang sket.. Keh3 melampau kedekut ni.. Oh ya! Sila pakai pelembap atau lotion di kulit bagi mengelakkan kulit kering dan bersisik (_ _")
Kesimpulannya melawat Wadi Rom ialah satu kewajipan bila kau rancang nak melawat Jordan. Spectacular view yang korang tak akan lupa sampai bila-bila. :). Best!
Kesimpulannya melawat Wadi Rom ialah satu kewajipan bila kau rancang nak melawat Jordan. Spectacular view yang korang tak akan lupa sampai bila-bila. :). Best!
Ok lah itu saja!
Bye!
Comments
bestnya melawat tapak sejarah nie. paling2 lukisan unta dan ukiran muka lawrence tu XD