Skip to main content

Bersihkan Facebook Anda








Assalamualaikum

Brapa kerap anda membuka Facebook? Sehari sekali? Seminggu sekali? Sejam sekali?

Apa kegunaan Facebook anda? Untuk berhubung dengan sanak saudara? Untuk membaca hot story? Minyak naik? Untuk tengok gambar kucing-kucing comel? Untuk mencari jodoh?

Berapa ramai kawan Facebook anda? Seratus? Seribu? Lebih dari 5000 sampai kena buat Facebook Fan Page? Woww glamournya anda

Berapa kerap anda upload gambar di Facebook? Sekeping sebulan? Semua gambar dalam phone?

Berapa kerap anda update status? Apa bentuk status anda? Mengamuk? Bersyukur? Memerli?

Eh banyak plak soalan aku kan.. Hahaha.. baik suruh jawab questionnaire je. Hahaha







Aku bukan apa.. Saja la nak tanya korang. Korang tak boring ke dengan Facebook ni? Dulu masa Facebook ni tak ramai orang, memang asek2 aku ni mengupload gambar aje.. Gambar depan cermin toilet pun aku upload. Ish3.. 

So kita sebagai perempuan ni, kena la beringat sket dan jaga aurat. Eh tetiba masuk mode Ustazah Internet. Hehe. Yela.. gambar kadang-kadang tu maybe menutup aurat, tapi posing kadang-kadang macam tak sesuai. Yelah, sekarang tak perlu terror edit pakai Photoshop, pakai phone app pun orang boleh edit gambar kita. Tak pasal-pasal jadi fitnah dan viral. Ngerii and scaryy





So sebagai langkah permulaan, apa kata kita unfriend orang-orang yang tak berkenaan dalam Facebook? Yelah kadang-kadang tu kita main approve je sapa2 yang request. Memula dulu bajet hot la ramai yang request friend kat kite, sekarang ni macam "Eww..apasal aku fikir cenggitu?". So.. time boring-boring, bersihkanlah account FB tu, dalam 1000 orang kawan tu, takkan sumenye kita kenal kan?

Mungkin ada yang saja add sebab nak main game ke, nak jual ubat ke.. True story, aku ada kenal sorang budak yang buat banyaaakk account sebab nak main game. Ish tak paham btol.. And untuk orang yang kita tak berapa nak kenal tu (mungkin pernah terserempak 2,3 kali kat korridor universiti), tak perlu kot jadi friend, itu pendapat aku lah, sebab, untuk apa kan? Kalau ko nak jemput RSVP kahwin pun, mungkin ko akan skip je dia. Haha. Pendapat memasing lain kan..Well, mungkin aku yang tak berapa friendly KAH3

So lepas unfriend tu, baru rasa selamat sket kan? Timeline pon takdelah bersepah. Hehe. 




Ok bye!


Comments

Betul dah tu. Aku pun tak sesuka hati approve friend request mahupun send friend request kat orang yang tak kenal/baru kenal. Ada rule sendiri buat kalau dengan orang yang baru kenal. kalau the number of lepak sessions equals to or greater than 3, baru add/follow orang tu. hahaha!
Farah said…
Saya selalu juga buat cleaning process dekat Facebook ni. Kalau boleh, rasa macam nak deactivate je Facebook. Tapi, banyak sangat benda sekolah guna Facebook, terpaksalah biarkan sahaja Facebook tu.
Zyra Roxx said…
hahaha bab accept request dari stranger tu betul. terutamanya bila kita perempuan. aku dulu ada accept request sorang mamat ni. turns up rupanya dia ni gay dan penjual ubat kuat lelaki hahaha habis sepah timeline aku dgn benda bebukan terus aku unfriend plus block huhu
Zhi said…
Saya guna FB sebab nak manage group yg ada gambar2 family je. Nak share dengan family senang. Dan orang-orang yang ada dalam friend list semua yg saya kenal tap jarang jumpa. At least boleh la tau sikit2 perkembangan diorang. Bab banyak iklan dan share benda2 merepek tu memang annoying gile rasa. Oh ye, kawan2 sekolah pun tak semua yg saya approve di FB sbb sy tau, nanti bukan ada apa2 plan pun. Biasanya just nak skodeng each other and for what kan? Life masing-masing pun dah berubah.. so just move on.

That's just my 2 cents. =) good day..
ezy.fia said…
dh unfren mereka2 yg xberkenaan.. dlm frenlist tgl sedara mara n kwn2 rapat je..
gmbr pon byk dh delete.. haha
Nick Nashram said…
facebook dah setahun lebih tak aktif..huhu
fokus pada blog je.
Razf said…
amboi kalau kena ada lepak sessions.. haha.. tapi btol gak.. ramai2 pon klu stakat nak stalk je x perlu kot
Razf said…
itulah.. kadang2 lecturer letak nota kat dlm FB group lagi.. haha
Razf said…
hahah bagus siap block lagi! kan.. sekarang ramai je add sebab nak jual barang.. kadang2 okay blh cuci mata, kadang2 semak sbb barang yg x diperlukan.hehe
Razf said…
setuju dgn pendapat anda. fb ni bagus kalau nak share2 gambar.. tp restrict utk family ok kan..byk je features kat FB for privacy..sy pon x abes explore..
Razf said…
hahahha..sama la.. gambar ada dah delete.. ada dah private.. kadang2 klu tgok balik, terfikir, awatlaa aku upload gamba ni.. haha
Razf said…
wau setahun lama tuuu..

xpala skrg ada mcm2 medium lain utk berhubung
Wak Lat said…
wak updet blog je., fb pon on off ;p
Bro Ley said…
Aku x pernah aktif fb. Fb tu buat ada2 je...So, x kotor sgt la...haha..Member bilik sebelah aku yg aku selalu main futsal dgn dia pun aku x approve...inikan pulak stranger...haha..

Aku bukak fb pun cuma nk baca berita2 atau post2 yg berilmiah n post yg berkaitan dgn U yg aku belajar je....Malas nk ambik tahu sgt pasal org atau share life aku yg x menarik dgn public.... Tapi kt blog xpe, sebab aku anonymous..hahaha...
shar90 said…
Btul2... stuju psl aurat tu... even tutup penuh jgn senang2 nk upload... perempuan kan fitnah dunia... kne hati2... tp skrg rmai upload kt ig plk xD
CD said…
zizie tiap2 hari bukak blog tp setakat main game and bukak.. rajin sikit, tempek update blog yg baru & biz.. zizie xsuka approve strangers.. paling habis strangers pun biarlah kawan2 blogger.
Razf said…
hahahah..dulu aku pon nak jadi anonymous kat blog tapi x berjaya.. xpalah..

bagus hang ni baca benda berilmiah je kat facebook.. good2!
Razf said…
a'ah.. skrg ramai upload kt ig.. x kesah nak upload cuma tulah.. klu sek upload selfie pun x brapa best gak. hehe
Razf said…
btol.. kalau boleh nak approve org yg ada 20 mutual friends ke atas je.. hahaha
Nora Karim said…
betul2... setuju... saya punya frendlist mmg hanya yang saya kenal... blogger pun ada yang nak add fren... tapikan kalau setakat dtg blog kita sekali... lepas tu request fren, saya mmg tak approve la... sbb tak kenalkan... kalau yang dah biasa dtg blog saya... tinggalkan komen berkoyan2... (hahahhaa), baru la saya akan add kalau dorang request. kata saya nak request dulu mmg tak la... sbb mungkin juga mereka sama macam kita... tak nak add org.. hahahhaha
hi Dear Friend Excellent working.
http://www.auratrends.co.uk/
http://grabbit.com.pk/
Razf said…
kalau saya add, akak approve kan? hahahahahaha