Cheat Day Katenyer...






Situasi 1

Milah: "Sally, aku ada masak nasi goreng ni, jom lah makan sekali :)"

Sally: "Sorry Milah, aku tengah diet ni, nanti time cheat day boleh lah aku makan yer"

Milah: "Owhh.. okay Sally"


Situasi 2

Milah: "Sally, ko kata ko tengah diet, napa ko makan burger McD 2 ketul ni? Pagi tadi aku ajak makan nasi goreng ko tak nak?"

Sally: "Alah.. tetiba malam aku craving plak.. takpalah hari ni lah jadi cheat day aku"

Milah: "Owh.. begitu pula.."


Situasi 3

Milah: "Sally.. Jom kita pergi Pizza Hut, teringin pulak nak makan pizza pepperoni"

Sally: "Alamak.. sorry Milah.. hari ni hari diet aku.. lain kali ek?"

Milah: "Okay.. baiklah"


Situasi 4

Sally: "Milah, mana kek Secret Recepi ko beli kelmarin tu?"

Milah: "La.. aku dah habiskanlah, hari tu aku tanya kau banyak kali, kau cakap tak nak, tengah diet"

Sally: "Alaa... aku baru nak makan, hari ni cheat day aku"









Sabarlah yek.. Orang diet memang gitu

Hehe

Ok bye


Comments

  1. hahaha. this tells about me a lot. terasa betul.. hahaha

    ReplyDelete
  2. haha camtu tak payah diet laaa.. kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. diet tetap diet.. cuma diet yg x brapa diet.. hahaha

      Delete
  3. Hahaha..sabar je la..orang poyo memang camni..eh..org diet..hahaha..

    Org diet ni kalau belanja dia makan tiap hari, confirm cheat day dia pun tiap hari..haha..

    Eh, cam best je kawan dgn milah...asyik ajak makan je..kalau kawan dgn dia mesti aku boleh besarkan sikit badan aku yg kurus ni kan...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 nak diet memang payah.. tu yg cheat day hari2 tu..


      hahaha.. memang.. Milah tu tema hiduop dia ialah "hidup untuk makan" :p

      Delete
  4. Saya pernah jugalah macam ni. hahaha

    ReplyDelete
  5. Hahahaa...banyak benar cheat day nye. Apa-apa pun, untuk permulaan jangan mendadak perubahan diet. Takut nanti kena efek yoyo. One step at a time. Kalau biasa keluar makan minum air manis, minum air masak, ais kosong, atau macam aku buat, teh o kosong ais. Takdak gula! Hahaha


    Selamat mengamalkan gaya hidup sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. efek yoyo tu mmg pernah berlaku. huhu..

      Adeh sedihnya hidup tanpa gula..wuwuwu

      Selamat juga. thanx!

      Delete
    2. hahaha tak tahan, buat la selang sehari ke minum air manis. air berkarbonat lagilah. kena kurangkan banyak.

      satu lagi, kena selalu aktif, bersenam ke berjalan ke, workout at gym ke, baru boleh makan banyak hahaha betul!

      Delete
    3. air berkarbonat mmg x minum dah.. kalau minum pun sesedut dua ja..

      tulah kena mengamalkan gaya hidup aktif ni

      Delete
  6. nak diet kena istiqamah..
    join group kelab diet atkin baru bermotivasi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade masuk dlm group fb.. hehe.. seronok tgok ramai dah kurus dgn diet tu

      Delete
  7. hahaha... poyo sgt main cheat day... ini kalau ada member camni, makan je depan dia.. biar dia rasa.. kekeke...

    ReplyDelete
  8. hehe kalau kami cheat day ada dua maksud,cheat day diet dgn cheat day study :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah! baru taw ada cheat day study... :D

      Delete
  9. hahhahaha mmg kelakar... cheat dayikut suka hati... sekali bila tgk2.. rupa2nya hari2 cheat day... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa saya la.. klu ikut saya punya diet.. memang macam tula caranya..

      hahahha

      #takkonsisten #lemah

      Delete
  10. haha ni mesti sally diet tak konsisten nih..byk cheat day! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sally tu memang..nak kena piat telinga baru taw.. hahaha

      Delete
  11. Salam, hahahaha mmg selalu nampak kejadian2 ini...begitulah kisah org2 yg nak diet..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

sila komen jangan segan-segan :)

Popular Posts