Nota:
Entri jalan-jalan ini bukanlah bertujuan untuk riak atau membangga
diri, cuma niat untuk berkongsi cerita dan untuk sebagai ingatan penulis
bila dia sudah tua atau tiba-tiba mengalami amnesia
Assalamualaikum semua!
Pekabo? Aku busy plak seminggu dua ni, ntah ape yang aku buat aku pun tak taw.. Hahaha! Okaylah sambung cerita pasal Jordan.. Hihi entri berkala btol ni.. Bukan apa, nak amek mood menulis ni memerlukan semangat sket.. (hihi alasan). Kali ni nak cite pasal gi Petra plak. Kalau Petra ni memang famouslah kan, sebut Jordan je mesti teringat Petra. Pastu bila cite pasal Petra, mesti teringat filem Transformers pun ada scene kat sini. Tapi aku tak tengok plak Transformers, tak reti bezakan robot (ksian tak)..
Kami melawat Petra ni waktu malam.. Sebab apa malam? Sebab sejuk sket kot.. Lagi satu kawasan Petra ni besar.. Ikut kata adik aku, ada kena panjat-panjat bukit. So kami ni pergi sekeluarga yang terdiri dari pelbagai lapisan umur, kenalah pilih yang bersesuaian untuk semua kan? Hehe. Yang bestnya.. Petra ni memang cantik! Tak kira la malam ka siang kaa..
Gambar kat atas ni aku amek kat google, ada linknya di situ. Maklumlah, pakai camera handphone je.. Takdelah berkualiti sangat ye tak nak2 malam. Okay sebelum sampai ke main place Petra ni, kita kena jalan sket di antara batu gunung, aku rasa dalam setengah jam jugak berjalan.. so maybe dalam 2,3 kilometer? Aku pon tak sure. Sepanjang jalan tu memang gelap, tak dak la lampu-lampu jalan macam kat Malaysia ni kan.. Yang ada cuma lilin, disarung dengan kertas. Tapi apa pun aku suka konsep ni. Mungkin kementerian perlancongan Jordan nak mengekalkan keaslian tempat ni.. No modernization or any innovation.. Reserve the nature of the place.. Lagipun lilin tu banyak.. Aku siap bukak torchlight kat handphone, tambah sket lighting
Akhirnya sampai kat kawasan utama Petra ni. So kami kena duduk, dia ada sediakan tikar tak silap.. Sebab lambat sket sampai, kena duduk belakang omputeh ni. So inilah kali pertama aku nampak Petra secara live! Heheh. Memang cantik weh.. Terkesima aku melihatnya (ayat gempak tak?)
Ni zaman bila ntah ni orang Arab situ tebuk gunung buat rumah. Kenapa diorang buat rumah susah-susah nak kena tebuk batu gunung? Sebab nak lindungi diri dari bencana alam macam ribut pasir dan jugak musuh-musuh diorang.Kawasan ni advance, siap ada terowong dan saliran air bersih bagai, teknologi hidrolik taw.. Kira masa tu memang orang Arab ni maju dan cerdiklah.. boleh come out dengan design sebegitu canggih di tengah-tengah padang pasir. Tapi itulah, kaum diorang ni angkuh dan kufur nikmat, maka kenalah azab.. Nak taw lebih lanjut pasal Petra ni, boleh baca sini. Kagum dan insaf.
Ni zaman bila ntah ni orang Arab situ tebuk gunung buat rumah. Kenapa diorang buat rumah susah-susah nak kena tebuk batu gunung? Sebab nak lindungi diri dari bencana alam macam ribut pasir dan jugak musuh-musuh diorang.Kawasan ni advance, siap ada terowong dan saliran air bersih bagai, teknologi hidrolik taw.. Kira masa tu memang orang Arab ni maju dan cerdiklah.. boleh come out dengan design sebegitu canggih di tengah-tengah padang pasir. Tapi itulah, kaum diorang ni angkuh dan kufur nikmat, maka kenalah azab.. Nak taw lebih lanjut pasal Petra ni, boleh baca sini. Kagum dan insaf.
Tak lama selepas kami duduk, ada la orang Arab datang cakap-cakap sket.. Sorry aku tak berapa nak faham, maklumlah Bahasa Arab Tinggi dulu dapat C je sob3.. Then lepas tu ada orang main seruling, pastu ada orang menyanyi-nyanyi.. Layan lah. Best jugak. Nak tengok orang Arab main seruling, bolehlah play video di atas. Layan.. zass
Lepas habis persembahan dari orang Arab tu, sesi fotografi bebas pon bermula! Hihihi
Tengok ramai orang sebok juga nak mengambil gambar, kami pon nak juge.. Tapi kamera ku sodehlah.. ini jelah yang dapat.
Apa pun.. memang kagum lah tengok Petra ni. Masa type ni, teringat plak time melawat tu. Macam ada satu perasaan yang aku pun tak boleh nak describe cmana. Haha! Ok lah kalau ada umur dan rezeki, hasrat nak jugak pergi time siang plak. Tengok lah cmana kan? InshaAllah
Ok bye! :)
Comments
Bestnya dapat tengok live. Hehehe :)
kalo skrg ni keadaan politik masih selamat ke nak melancong ke sana? hmmm
mmg cantik