Skip to main content

Jalan-Jalan: Petra, Jordan



Nota: Entri jalan-jalan ini bukanlah bertujuan untuk riak atau membangga diri, cuma niat untuk berkongsi cerita dan untuk sebagai ingatan penulis bila dia sudah tua atau tiba-tiba mengalami amnesia


Assalamualaikum semua!

Pekabo? Aku busy plak seminggu dua ni, ntah ape yang aku buat aku pun tak taw.. Hahaha!  Okaylah sambung cerita pasal Jordan.. Hihi entri berkala btol ni.. Bukan apa, nak amek mood menulis ni memerlukan semangat sket.. (hihi alasan). Kali ni nak cite pasal gi Petra plak. Kalau Petra ni memang famouslah kan, sebut Jordan je mesti teringat Petra. Pastu bila cite pasal Petra, mesti teringat filem Transformers pun ada scene kat sini. Tapi aku tak tengok plak Transformers, tak reti bezakan robot (ksian tak).. 

Kami melawat Petra ni waktu malam.. Sebab apa malam? Sebab sejuk sket kot.. Lagi satu kawasan Petra ni besar.. Ikut kata adik aku, ada kena panjat-panjat bukit. So kami ni pergi sekeluarga yang terdiri dari pelbagai lapisan umur, kenalah pilih yang bersesuaian untuk semua kan? Hehe. Yang bestnya.. Petra ni memang cantik! Tak kira la malam ka siang kaa.. 





Gambar kat atas ni aku amek kat google, ada linknya di situ. Maklumlah, pakai camera handphone je.. Takdelah berkualiti sangat ye tak nak2 malam. Okay sebelum sampai ke main place Petra ni, kita kena jalan sket di antara batu gunung, aku rasa dalam setengah jam jugak berjalan.. so maybe dalam 2,3 kilometer? Aku pon tak sure. Sepanjang jalan tu memang gelap, tak dak la lampu-lampu jalan macam kat Malaysia ni kan.. Yang ada cuma lilin, disarung dengan kertas. Tapi apa pun aku suka konsep ni. Mungkin kementerian perlancongan Jordan nak mengekalkan keaslian tempat ni.. No modernization or any innovation.. Reserve the nature of the place.. Lagipun lilin tu banyak.. Aku siap bukak torchlight kat handphone, tambah sket lighting





Akhirnya sampai kat kawasan utama Petra ni. So kami kena duduk, dia ada sediakan tikar tak silap.. Sebab lambat sket sampai, kena duduk belakang omputeh ni. So inilah kali pertama aku nampak Petra secara live! Heheh. Memang cantik weh.. Terkesima aku melihatnya (ayat gempak tak?)

Ni zaman  bila ntah ni orang Arab situ tebuk gunung buat rumah. Kenapa diorang buat rumah susah-susah nak kena tebuk batu gunung? Sebab nak lindungi diri dari bencana alam macam ribut pasir dan jugak musuh-musuh diorang.Kawasan ni advance, siap ada terowong dan saliran air bersih bagai, teknologi hidrolik taw.. Kira masa tu memang orang Arab ni maju dan cerdiklah.. boleh come out dengan design sebegitu canggih di tengah-tengah padang pasir.  Tapi itulah, kaum diorang ni angkuh dan kufur nikmat, maka kenalah azab.. Nak taw lebih lanjut pasal Petra ni, boleh baca sini. Kagum dan insaf. 




Tak lama selepas kami duduk, ada la orang Arab datang cakap-cakap sket.. Sorry aku tak berapa nak faham, maklumlah Bahasa Arab Tinggi dulu dapat C je sob3.. Then lepas tu ada orang main seruling, pastu ada orang menyanyi-nyanyi.. Layan lah. Best jugak. Nak tengok orang Arab main seruling, bolehlah play video di atas. Layan.. zass





Lepas habis persembahan dari orang Arab tu, sesi fotografi bebas pon bermula! Hihihi





Tengok ramai orang sebok juga nak mengambil gambar, kami pon nak juge.. Tapi kamera ku sodehlah.. ini jelah yang dapat.


Apa pun.. memang kagum lah tengok Petra ni. Masa type ni, teringat plak time melawat tu. Macam ada satu perasaan yang aku pun tak boleh nak describe cmana. Haha! Ok lah kalau ada umur dan rezeki, hasrat nak jugak pergi time siang plak. Tengok lah cmana kan? InshaAllah

Ok bye! :)



 

Comments

CD said…
wahhh.. cantikla letak lilin macam tu... ok gak tu pergi malam..tak dela berpeluh2..
Razf said…
a'ah malam sejuk..angin kuat
amira faqihah said…
bestnyaa,,petra dah temasuk dlm 7 wonders of the world yg tebaru :)
Ana Jingga said…
Subhanallah..Alhamdulillah diberiNya peluang untuk melihat keindahan dunia yang luas milikNya, singgah sini malam Isnin dari anajingga.com
Razf said…
yeke.. wow.. best2
Razf said…
tq singgah! Alhamdulillah
Lama dah simpan dalam wishlist. Sepupu yang belajar sana pon dah balik. Ada rezeki, ketemu juga nanti. =)
Siyesly cantik.... T_T
Bestnya dapat tengok live. Hehehe :)
Farah said…
Teringin sangat nak ke Petra sebab selalu tengok dalam gambar nampak cantik sangat.
Wak Lat said…
sonoknyer dpt tengok petra live gituuu.,
kalo skrg ni keadaan politik masih selamat ke nak melancong ke sana? hmmm
Razf said…
yes wishlist dah ada, tak lama lg sampai la tu.. InshaAllah!
Razf said…
Alhamdulillah..

mmg cantik
Razf said…
pasni blh lah gi.. kalau pegi siang lagi banyak tempat lagi pegi
Razf said…
rasanya Jordan okay je.. cuma tulah duit tgh jatuh so pokai jugaklah
Nora Karim said…
Ya Allah bestnya dpt tgk live.... tengok gambar pun dah tau cantik sangat tempat tu... untung la raz dah sampai.... subhanallah...
Nick Nashram said…
lokasi ni ada dalam transformer : revenge of the fallen..diorang nak cari matrix of leadership..dpt tgk dlm movie je..huhu
Razf said…
itulah syukur.. bilalah lg pasni..
Razf said…
itulah igt2 lupa yg cite transformers tu.. yg igt masa part robot apa ntah naik kat atas pyramid egypt tu..
Lynn Damya said…
Salam, wuwaahhhh....betul! aku tgk ni teringat scene dlm transformer tu weh...jelesnyeeee..hahaha favourite filem aku tu, dan kau dapat pulak jejak kaki kat situ, ahh...bestnye! hahaha...apa pun, klw aku dpt pegi sini pun confirm kagum dan terkesima cam kau gak..hahah
Razf said…
wah ramai btol peminat transformers. heheheh