Nota:
Entri jalan-jalan ini bukanlah bertujuan untuk riak atau membangga
diri, cuma niat untuk berkongsi cerita dan untuk sebagai ingatan penulis
bila dia sudah tua atau tiba-tiba mengalami amnesia
Assalamualaikum..
Tergendala sekejap entri jalan-jalan sebab ianya memerlukan masa yang lama untuk pilih gambar dan mengolah ayat. Eheh. Ok.. straight terus.. Jadi, gua yang kami lawat ini ialah gua yang terkenal dengan kisah pemuda-pemuda yang melarikan diri dari pemerintahan seorang raja yang kejam dan akhirnya dilindungi oleh Allah dengan menidurkan mereka selama 300++ tahun. Mashaallah. Oh ya, mereka juga ditemani oleh seekor anjing. See.. anjing memang peneman yang setia kan?
Mengikut pembacaan aku dalam internet, ada 3 tempat yang dikatakan gua Ashabul Kahfi ni, tapi yang kat Amman, Jordan ni adalah gua yang paling bertepatan dengan ciri-ciri yang ditulis di dalam Al-Quran.
Tepi gua ni ada masjid. Sempatlah kami solat Zohor kat sini
Selepas solat Zohor, barulah kami dapat memasuki gua ini bersama-sama pelawat yang lain. Kemudian, kami disuruh duduk dan mendengar penjelasan dan sejarah Ashabul Kahfi ni yang disampaikan oleh orang tempatan yang juga menjadi imam solat Zohor tadi. Beliau juga pandai berbahasa Melayu siket-siket, contoh perkataan ialah 'Masuk', 'Cepat' dan 'Duduk'. Hehe.. Berikut ialah ringkasan kisah pemuda-pemuda beriman ini, aku tulis Bahasa Melayu la ek.. Dia terangkan dalam bahasa Arab, aku pon tak faham sangat.. Haha..
- Sekumpulan muda yang beriman kepada Allah, bertindak untuk bersembunyi dari seorang raja yang kejam. Raja itu memaksa mereka untuk murtad. Mereka maklum perbuatan mereka akan mencetuskan kemarahan Raja tapi mereka bertawakkal kepada Allah dengan bersembunyi di sebuah gua
- Setelah sampai. oleh kerana keletihan, mereka pun tertidur. Anjing (diriwayatkan kepunyaan salah seorang pemuda) itu pula duduk di pintu gua dan menjaga mereka.
- Raja yang murka mengarahkan pembantunya dan rakyatnya untuk mencari pemuda-pemuda tersebut dengan tujuan untuk menghukum mereka. Sapa yang jumpa, dapat upah la kan..? Malangnya takda sapa yang jumpa diorang, even bila diorang jumpa gua tu, mereka tak berani nak masuk sebab gua tu menakutkan. So, diorang tutup gua tu dan bagitaw kat Raja yang pemuda2 itu tak boleh keluar dan akan mati sebab lapar
- Dengan kuasa Allah, mereka ditidurkan selama 300++ tahun dan dilindungi dari segala penyakit dan malapetaka. Jasad mereka elok je. Subhanallah.
- Akhirnya, pemuda2 itu terjaga dari tidur yang panjang. Diorang ingat diorang tertidur sehari dua je. Oleh sebab lapar, diorang bersepakat untuk keluar ke kota untuk membeli makanan, sorang wakil pemuda diarahkan membeli makanan. Time nak beli makanan, ada orang perasan yang pemuda itu pakai duit lama, duit 3 abad yang lepas. Klasik gila..!
- Kemudian pemuda itu dihadapkan kepada raja yang baru. Alhamdulillah lepas 300 tahun, raja yang baru ialah raja yang soleh dan beriman kepada Allah. Raja memeluk pemuda itu dan kemudian menangis mendengar kisah dari pemuda itu
- Kemudian, raja dan rombongannya pergi melawat pemuda2 yang lain ke gua itu. Raja mempelawa mereka untuk tinggal di istana tetapi mereka enggan. Mereka bersyukur mereka masih hidup dan gembira dengan keadaan negara sekarang berpaksikan Islam. Lalu mereka bersujud dan berdoa bukti kesyukuran mereka. Selesai berdoa, ajal mereka sampai dengan tenang.
Okay.. untuk cerita yang lebih detail, boleh jenguk ke link ini
Dekat lubang yang hijau tulah bersemadinya jenazah Ashabul Kahfi
Gambar kenang-kenangan
Doa Ashabul Kahfi sewaktu dalam kesusahan:
Oh ye.. umat Islam juga digalakkan membaca Surah Al-Kahfi setiap Jumaat..
Boleh juge kalau nak baca tempat lain yang dilawati di Jordan:
Amman Citadel
Laut Mati
Boleh juge kalau nak baca tempat lain yang dilawati di Jordan:
Amman Citadel
Laut Mati
Okay itu sahaja
Bye!
Comments
masa puasa aritu ade tunjuk pasal gua ashabul kahfi dlm jejak rasul.
TERIMA KASIH