Sunday, June 28, 2015

Jalan-Jalan: Jordan Bumi Anbiya

  20 comments    
categories: ,


Nota: Entri jalan-jalan ini bukanlah bertujuan untuk riak atau membangga diri, cuma niat untuk berkongsi cerita dan untuk sebagai ingatan penulis bila dia sudah tua atau tiba-tiba mengalami amnesia



Assalamualaikum!

Baru-baru ni, pada tarikh 08/06/2015, sampailah aku dan menjejakkan kaki di bumi Jordan. Syukur segala puji bagi Allah. Aku pergi Jordan untuk visit adik no 2 aku yang dah konvo dah. Tahniah2! Lepas ni sila berbakti kepada negara sendiri plak. Hik hik hik. Dari KL nak ke Jordan ni 13 jam dalam flight.. penat badan woo.. Lega sangat bila dah sampai.. Dahlah hampir terlepas flight.. Kui3. Percutian kali ni lagi bermakna sebab satu famili ada! Yahoo!





Destinasi pertama kami ialah Amman Citadel

Amman Citadel ni ialah tapak bersejarah negara yang terletak di tengah-tengah pusat bandar Amman , Jordan . Dikenali dalam bahasa Arab sebagai Jabal al- Qal'a , ( جبل القلعة ), bukit berbentuk L yang merupakan salah satu daripada tujuh bukit di Amman. 

Tiket masuk kat sini kalau tak silap aku 2 Dinar Jordan = RM10. Tapi pakcik yang jaga tempat ni bagi discount.. Tak ingatlah berapa discountnya sebab aku dah jakun dan sebok ambik gambar hahahha. Anyway, masa tu musim panas kat Jordan, matahari memang memancar dengan gemilangnya tapi angin dia sejuk dan nyaman je. Sebab iklim kat Arab ni panas dan kering, maka kita tak berpeluh. Suka! Tak cair make up iols :p


 


 Amman Citadel ni dianggap sebagai tapak penting kerana ia mempunyai sejarah yang panjang pendudukan oleh banyak tamadun yang besar. Kebanyakan bangunan kat sini kita boleh nampak rekabentuk adalah dari Rom, Byzantine, dan tempoh kerajaan Umayyah. Kira ni memang kawasan bersejarah la, orang Jordan pun tak ubah apa-apa pun kat sini sebab nak menjaga keaslian tempat. Yang macam ada kubah masjid tu masa zaman Kerajaan Umayyah. Owh kat sini korang macam jalan sendiri-sendiri je, takde tourist guide ke apa.. Boleh baca papan-papan kenyataan untuk informasi






Lepas tu kami singgah plak ke Rome Theater Jordan.
Dibina pada zaman pemerintahan Marcus Aurelius (169-177 Masihi), teater yang besar dan curam ini boleh memuatkan kira-kira 6,000 orang. Ia dibina di lereng bukit, dan berorientasikan utara supaya penonton tak kena matahari supaya tak silau lah kan. Kalau rajin, boleh panjat tangga tu sebab ada pemandangan yang spectacular. Aku duduk amek gambar dari bawah jer. 






 My everything





  • Destinasi seterusnya ialah shopping dan makan! Yeah! So kami pun ke Amman Downtown. Kat sini lah tempat korang nak beli souvenir ke, jubah ke, halawiyat (manisan/kuih) ke, serban ke, keychain ke.. ape-ape jelah boleh carik sini. Adik aku cakap, better beli kat sini sebab tempat lain lagi mahal. So nak jimat dan berbelanja secara bijak? Beli sini lah! Peniaga- peniaganya biasalah, ada yang ramah siap cakap bahasa Melayu baku, ada jugak yang kerek, siap halau kami keluar dari kedai, sebab tak jadi beli jubah kat kedai dia.. ZzZZ

  • Kat sini pun banyak money changer so jangan risau. Masa kat Malaysia, korang tukar dulu RM kepada Euro/USD, sebab kat Malaysia takde direct change to Jordan Dinar (JD). So kat sini tukarlah ke JD. Masa aku pergi 1JD = RM5. Mahal kan? Duit Malaysia tengah jatuh. So dengan aku sekali pun down sebab tak boleh shopping.. Ceh btw aku takdelah gila bershopping.

  • Amman Downtown ni busy, kereta banyak. So di bumi Arab ni, bunyi hon adalah perkara biasa yer, janganlah sentap kalau kena hon hihi. Nak melintas jalan kena berhati waja, lintas jelah inshaAllah diorang mesti stop. Haha! Pelik sket cara diorang bawak kereta. Driver aku siap berhenti kat bulatan, selamba ajer. Makan kat sini sedap! Dijamin halal. Hehe


    Okay lah nanti aku sambung lagi. Penat plak menaip. Haha


    Ok bye!


    20 comments:

    1. tgk gambar je la...nak pergi sendiri x mampu :-)
      dalam malaysia pun x abis pusing lagi.

      ReplyDelete
      Replies
      1. saya pon x abes lg dalam Malaysia.. in fact, cameron highland pon x pernah g.. booo

        Delete
      2. sama la kita... mampu tengok gambar jelaa.. wuwuwuwuuu... sedih.

        Delete
      3. di bulan Ramadhan yang mulia ni, aku doakan kawan2 blogger aku akan keliling dunia suatu hari nanti. Aminnn

        Delete
    2. Untungla.....bnyk duit...kahkah jeles gua.

      ReplyDelete
    3. Tak dapat shopping takpe.. yang best dapat jalan jalan ke negara orang kan

      ReplyDelete
    4. Salam, wahhhhh jauhnya pergi...best2! tp bab pertukaran matawang tu, adoi...mahalnya..rm5 baru dpt 1 JD?? Dapat beli ape je lah tu..

      ReplyDelete
      Replies
      1. sy beli fridge magnet bbrapa ketul .. pastu jubah, itupon org kirim haha

        Delete
    5. perghhh.. mahal gila la.. gila jatuh mata wang kita... bestnya gi jalan2.. zizie pun selalu tgk kawan post gambar sbb dia belajar kat sana...

      ReplyDelete
    6. salam ramadhan, kata orang jauh berjalan luas pandangan, nice photos gudjobb ;p

      ReplyDelete
      Replies
      1. Salam Ramadhan untuk encik juga

        Terima kasih... tapi masih tak boleh kalahkan gambar2 dlm blog encik :D

        Delete
    7. seronoknya dapat pergi ke Jordan.. rezeki awak..tumpang gembira :)

      ReplyDelete
    8. Bestlah dpt tgk tempat cantik... dpt mkn sedap... huhuhu masa saya kat jepun... merana tang mkn... susah nak cari makanan halal... balik2 mkn smbl bilis yang dibawa dr mesia...huhuhu

      ReplyDelete
      Replies
      1. diet sekejap ea.. hehe. tp Jepun best! sy teringin sgt nak pegi

        Delete
    9. Bestnyaaaaaaaa.. Tapi macam mahal laa. Hehehehe

      ReplyDelete

    sila komen jangan segan-segan :)