Nota: Entri jalan-jalan ini bukanlah bertujuan untuk riak atau membangga diri, cuma niat untuk berkongsi cerita dan sebagai ingatan penulis bila dia sudah tua atau tiba-tiba mengalami amnesia
Assalamualaikum..
- Pahabaq? Hari ni dah Ramadhan ke-15.. haih cepat sungguh masa berlalu. Ok.. mari, tanpa melengahkan masa lagi, kita terus pergi ke topik iaitu Laut Mati, Jordan. Hari tu kami sempat melawat dan mandi kat laut yang masin ni . Masin sangat sampai takde hidupan laut pun dalam ni tau. So jangan risau, anda tidak akan terpegang obor-obor.
- Laut Mati atau dalam Bahasa Arab ialah البحر الميت. Ia juga dikenali sebagai Laut garam, sebuah tasik garam bersempadan dengan Jordan di timur, dan Palestin dan Israel ke barat. Laut Mati ini ialah permukaan Bumi yang paling rendah di atas tanah. Oh ye, satu lagi fakta, kapal pun tak boleh belayar kat sini, sebab kandungan garam tinggi sangat.
- Harga masuk ialah 10 JD = RM 50. Bergantung kepada tempat juga, ada yang 4 JD, tapi tak selesa, susah nak tukar baju sebab bilik air cuma satu. Tempat yang aku pergi ni Alhamdulillah, tempat mandi dan salin baju ada banyak, bilik air bersih, bilik tukar baju besar, siap ada swimming pool
- Ada kisah tentang Nabi Luth dan Laut Mati ni.. Sepanjang timur Laut Mati ni dahulunya diduduki oleh Kaum Sodom, iaitu kaum kepada Nabi Luth. Laut Mati ni dulu ibu kota negeri tu lah. Tapi kaum Sodom ni teruk, diorang mengamalkan gaya hidup songsang iaitu homoseksual dan lesbian. Selain tu, diorang jugak suka mencuri dan merampas harta orang-orang yang tertindas. So, Allah perintahkan Nabi Luth untuk berdakwah kat kaum Sodom ni, supaya bertaubat dan mengikut jalan Allah.
- Maka, Nabi Luth pun berdakwah tidak henti-henti kat Kaum Sodom. Malangnya, diorang tak nak dengar pun, malahan diorang suruh Nabi Luth stop berdakwah, kalau tak, Nabi Luth akan dihalau dari situ. Akhirnya, Nabi Luth berdoa kepada Allah supaya Allah berikan pengajaran terhadap kaum ni.
- Allah perkenankan dengan menghantar malaikat yang menyerupai lelaki - lelaki handsome. So kaum Sodom ni memang tak boleh tengok laki handsome, cepat-cepat diorang datang rumah Nabi Luth, siap nak menceroboh masuk lagi! Malaikat cakap takpe biar je diorang nak masuk.. So masuk je rumah Nabi Luth diorang automatik buta! Masa tu Nabi Luth diarah oleh Malaikat untuk tinggalkan kawasan tu. Pengakhirannya, Kaum Sodom termasuklah isteri Nabi Luth mati disebabkan gempa bumi yang dahsyat, hujan batu dan ribut... Nauzubillahiminzalik
- First time aku berjaya mengapungkan diri dalam air! HAHA! Kat sini memang korang akan terapung. Overweight pun boleh terapung. :D . Jangan cuba menyelam plak. Aku dah try. Menyesal. Sebab lepas tu mata pedih sangat. LOL
Yang warna putih tu garam, bawah garam tu ada lumpur, dan lumpur tu elok buat mask letak kat muka ke ape ke.. untuk kesihatan kulit lah
Memang banyak garam dalam laut ni, best boleh pecah-pecahkan.. Hahaha.. Cop garam ni boleh guna untuk masak ke? Hahah
Bunga-bunga berkembang mekar di sekitar Laut Mati
Ok sambung di lain entri! :)
p/s: Merujuk kepada website ini, Tempat-tempat
yang kena laknat oleh Allah Taala bukanlah tempat untuk kita berseronok
seperti bermandi-manda dan bermain lumpur. Pada zaman sahabat dulu,
para sahabat dilarang untuk pergi ke Laut Mati kerana ianya telah
dilaknat Allah. Jika terpaksa melalui kawasan Laut Mati pun, mereka akan
menundukkan kepala supaya mereka tidak melihat ke kawasan yang berair
itu. Jadikanlah tempat yang tiada hidupan di dalamnya itu sebagai
iktibar dan lambang kebesaran Allah Taala, juga sebagai tanda
keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan
membesarkan syariat-Nya.
Bye!
Comments
bestnya dapat jalan2 negara org
btw, done follow u. hope u hit me back
done tq :)
Banyak info dapat melalui entry nie.. Lebih lebih lagi yang last sekali tuu :)
Thanks..
Best regards.
zie