Skip to main content

Jalan-Jalan: Laut Mati, Jordan


Nota: Entri jalan-jalan ini bukanlah bertujuan untuk riak atau membangga diri, cuma niat untuk berkongsi cerita dan  sebagai ingatan penulis bila dia sudah tua atau tiba-tiba mengalami amnesia


Assalamualaikum..

  • Pahabaq? Hari ni dah Ramadhan ke-15.. haih cepat sungguh masa berlalu. Ok.. mari, tanpa melengahkan masa lagi, kita terus pergi ke topik iaitu Laut Mati, Jordan. Hari tu kami sempat melawat dan mandi kat laut yang masin ni . Masin sangat sampai takde hidupan laut pun dalam ni tau. So jangan risau, anda tidak akan terpegang obor-obor.

  • Laut Mati atau dalam Bahasa Arab ialah البحر الميت. Ia juga dikenali sebagai Laut garam, sebuah tasik garam bersempadan dengan Jordan di timur, dan Palestin dan Israel ke barat. Laut Mati ini ialah permukaan Bumi yang paling rendah di atas tanah. Oh ye, satu lagi fakta, kapal pun tak boleh belayar kat sini, sebab kandungan garam tinggi sangat. 

  • Harga masuk ialah 10 JD = RM 50. Bergantung kepada tempat juga, ada yang 4 JD, tapi tak selesa, susah nak tukar baju sebab bilik air cuma satu. Tempat yang aku pergi ni Alhamdulillah, tempat mandi dan salin baju ada banyak, bilik air bersih, bilik tukar baju besar,  siap ada swimming pool




  • Ada kisah tentang Nabi Luth dan Laut Mati ni.. Sepanjang timur Laut Mati ni dahulunya diduduki oleh Kaum Sodom, iaitu kaum kepada Nabi Luth. Laut Mati ni dulu ibu kota negeri tu lah. Tapi kaum Sodom ni teruk, diorang mengamalkan gaya hidup songsang iaitu homoseksual dan lesbian. Selain tu, diorang jugak  suka mencuri dan merampas harta orang-orang yang tertindas. So, Allah perintahkan Nabi Luth untuk berdakwah kat kaum Sodom ni, supaya bertaubat dan mengikut jalan Allah. 


  • Maka, Nabi Luth pun berdakwah tidak henti-henti kat Kaum Sodom. Malangnya, diorang tak nak dengar pun, malahan diorang suruh Nabi Luth stop berdakwah, kalau tak, Nabi Luth akan dihalau dari situ. Akhirnya, Nabi Luth berdoa kepada Allah supaya Allah berikan pengajaran terhadap kaum ni. 


  • Allah perkenankan dengan menghantar malaikat yang menyerupai lelaki - lelaki handsome. So kaum Sodom ni memang tak boleh tengok laki handsome, cepat-cepat diorang datang rumah Nabi Luth, siap nak menceroboh masuk lagi! Malaikat cakap takpe biar je diorang nak masuk.. So masuk je rumah Nabi Luth diorang automatik buta! Masa tu Nabi Luth diarah oleh Malaikat untuk tinggalkan kawasan tu. Pengakhirannya, Kaum Sodom termasuklah isteri Nabi Luth mati disebabkan gempa bumi yang dahsyat, hujan batu dan ribut...  Nauzubillahiminzalik







  •  First time aku berjaya mengapungkan diri dalam air! HAHA! Kat sini memang korang akan terapung. Overweight pun boleh terapung. :D . Jangan cuba menyelam plak. Aku dah try. Menyesal. Sebab lepas tu mata pedih sangat. LOL  




 

 Yang warna putih tu garam, bawah garam tu ada lumpur, dan lumpur tu elok buat mask letak kat muka ke ape ke.. untuk kesihatan kulit lah






Memang banyak garam dalam laut ni, best boleh pecah-pecahkan.. Hahaha.. Cop garam ni boleh guna untuk masak ke? Hahah




 Bunga-bunga berkembang mekar di sekitar Laut Mati



Ok sambung di lain entri! :)


p/s: Merujuk kepada website ini, Tempat-tempat yang kena laknat oleh Allah Taala bukanlah tempat untuk kita berseronok seperti bermandi-manda dan bermain lumpur. Pada zaman sahabat dulu, para sahabat dilarang untuk pergi ke Laut Mati kerana ianya telah dilaknat Allah. Jika terpaksa melalui kawasan Laut Mati pun, mereka akan menundukkan kepala supaya mereka tidak melihat ke kawasan yang berair itu. Jadikanlah tempat yang tiada hidupan di dalamnya itu sebagai iktibar dan lambang kebesaran Allah Taala, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.

Bye! 

Comments

Azhafizah MN said…
banyaknya garam...
afzalsukasuki said…
wah dah sampai ke laut mati peginya? saya nak ke laut keliling Malaysia ni pun jarang2. 'Kelaut' sebab takde idea selalu :)
Razf said…
garam stok seumur hidup haha
Razf said…
banyak tmpat best kt Malaysia.. sy cadangkan Sabah :D
Hafiz Hafizol said…
untunglah dia nie asyik jalan oversea jeeee... habis fira siap mandi manda di Laut Mati nie apa cite? haha xoxo
Razf said…
sebab dah balik baru tahu.. hahahah
Sarip Kumbang said…
Modal besar nk pergi jordan...hmmm
Nora Karim said…
Subhanallah... kebesaran Allah untuk kita ni berfikir....cantik pulak gambar2 ni...
budoxe said…
pergh~ siap berketul2 garam..
bestnya dapat jalan2 negara org
Mime MF said…
wah bestnya...siap boleh pecah-pecahkan garam lagi...
Razf said…
memang agak mahal juga kosnya sebab Jordan ni perlancongan ni antara sumber utama ekonomi diorang. Aku dah cut cost sket sebab penginapan n makanan, adik aku dah belanja :D
Razf said…
betul2.. tq :)
Razf said…
Alhamdulillah..
Razf said…
tu la mula2 ingatkan garam tu batu.. sekali bila pegang boleh pecah dgn mudah plak :D
wahhhh.... seronoknya...
Lynn Damya said…
Salam, huyoooo laut mati! Tapi mmg nampak mati suasananya..best lah boleh terapung, aku even ringan, punya tak reti lah hai nak apungkan diri..isk3..owh, betul ke? kena check lagi ni tempat2 lain yg dilaknat Allah..thanx for info :D
Razf said…
wsalam.. betul.. x meriah sangat pantainya .. mcm suram2 sket.. hehe
Husein Husaini said…
teringin ke jordan satu hari nnti. byk tempat2 sejarah dan maqam2 org soleh blh lawat.

btw, done follow u. hope u hit me back
Razf said…
btol2.. mmg banyak makam2 sahabat rasul s.a.w kat sini.. saya x berkesempatan nak melawat

done tq :)
Jordan.. Salah satu tempat yang saya ingin pergi...
Banyak info dapat melalui entry nie.. Lebih lebih lagi yang last sekali tuu :)
Thanks..
Razf said…
pegila awak.. konfem best..hehe.. boleh melawat makam2 sahabat
Jepun Mari said…
Enjoy reading your journey trips,good sharing dgn diselitkan kisah nabi tentang laut mati..

Best regards.
zie
Razf said…
thanks zie azie! :)
Unknown said…
Boleh saya hubungi Puan...
Razf said…
Hai untuk apa ya