Skip to main content

Apa Langkah Penjimatan Anda Selepas GST?





Sedar tak sedar, dah hampir 3 bulan jugak implementation GST kat Malaysia ni

GST ni hajatnya nak menggantikan SST, dan sepatutnya akan mengurangkan beban rakyat. Sebaliknya pula yang berlaku. Terkesan sebab GST ni implement kat semua benda-benda biasa yang kita beli contohnya makanan, ubat-ubatan ..

 Nak cucuk duit kat ATM pun dah kena 1.06 sen aduhai..

So saje lah nak tanya korang.. Apa langkah penjimatan korang lepas GST? 

Adakah mengurangkan makan?

Ataupun memasak di rumah seperti yang disarankan oleh menteri Ahmad Maslan?

Atau mengurangkan singgah ke shopping complex?

Hehe

Berdasarkan pemerhatian rawak aku yang takde kajian rasmi ni, rakyat Malaysia masih lagi bershopping seperti biasa. Mall-mall sentiasa penuh, hipster cafe tetap banyak je orang post2 makan kat instagram, jualan-jualan baju dan tudung-tudung fesyen terkini masih lagi mendapat sambutan luar biasa. Yelah macam ada satu tudung tu, mahal kot, tapi bila dijual di online, tak sampai sepuluh minit pun dah sold out kot! So aku buat kesimpulan orang-orang ni tak terkesan. Hak3.. suka hati je kan


Aku?

Aku of course lah terkesan. Aku cuma rakyat marhain biasa yang boleh dikategorikan sebagai miskin bandar di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK10)

Tapi tulah .. cara aku berbelanja masih tak berubah. Maybe dah sepatutnya aku ada buku lejar tulis duit keluar duit masuk. Haha. Barulah terjamin sket kehidupan ye tak

Untuk bulan puasa ni.. Aku cubalah untuk berjimat dengan tidak pergi ke Bazar Ramadhan. Sebab duit selalu habis kat bazar ramadhan kadang-kadang sampai berpuluh ringgit sehari (_ _").. Macam tipu kan tapi itulah realitinya.. lepas tu tak habis pun rugi sajer..


 Marilah kita main masak-masak kat rumah.. Oklah pape pun Selamat Berpuasa ye

Assalamualaikum



Comments

Nora Karim said…
Saya pun terkesan dengan gst... saya mmg bawa anak2 jln2 dia shoping mall... tapi just window shoping... bila tiba time mkn... kitaorg keluar dr shopping mall dan cr gerai... atau blk mkn kat rumah...

Sekarang mmg kena rajin sikit masak... agar boleh jimatkan banyak menda... ('-_-)
Zamri said…
Memang terkesan sket ngan GST. Bila beli PC baru, tetiba kena bayar extra RM200. Huhu...terbakar sket poket! :(
better masak sendiri..sebab pegi bazar ramadhan ssh nak kontrol duit keluar hehe..kalau ayu laaaa mcm air je duit keluar bila p bazaar..mcm2 nak beli haha
Razf said…
btol.. kedai makan kadang2 ada gst pastu ade service tax lagi! adoiyai
Razf said…
ha kan.. klu sy kena mesti trus nangis kat situ LOL
Razf said…
sebab tu xnak g tahun ni! haha!
Lynn Damya said…
Salam, hahaha..kannnn...aku tgk aktiviti bershopping dan cafe2 hipster tu tetap je ramai yg dtg, even student pun macam kaya betul makan tempat2 camtu atas dasar 'try' katanya..hehe..saye ni mmg terkesan. Nak jimat lagi mcm xmampu dah, cara terbaik try cari pendapatan sampingan..wuwu, btw memasak di rumah mmg lebih jimat! :D
Razf said…
student x rasa sangat sebab ppakai duit scholarship or duit mak bapak! cuba dah guna duit sendiri haaa.. baru rase perit sket kui3