Sedar tak sedar, dah hampir 3 bulan jugak implementation GST kat Malaysia ni
GST ni hajatnya nak menggantikan SST, dan sepatutnya akan mengurangkan beban rakyat. Sebaliknya pula yang berlaku. Terkesan sebab GST ni implement kat semua benda-benda biasa yang kita beli contohnya makanan, ubat-ubatan ..
Nak cucuk duit kat ATM pun dah kena 1.06 sen aduhai..
So saje lah nak tanya korang.. Apa langkah penjimatan korang lepas GST?
So saje lah nak tanya korang.. Apa langkah penjimatan korang lepas GST?
Adakah mengurangkan makan?
Ataupun memasak di rumah seperti yang disarankan oleh menteri Ahmad Maslan?
Atau mengurangkan singgah ke shopping complex?
Hehe
Berdasarkan pemerhatian rawak aku yang takde kajian rasmi ni, rakyat Malaysia masih lagi bershopping seperti biasa. Mall-mall sentiasa penuh, hipster cafe tetap banyak je orang post2 makan kat instagram, jualan-jualan baju dan tudung-tudung fesyen terkini masih lagi mendapat sambutan luar biasa. Yelah macam ada satu tudung tu, mahal kot, tapi bila dijual di online, tak sampai sepuluh minit pun dah sold out kot! So aku buat kesimpulan orang-orang ni tak terkesan. Hak3.. suka hati je kan
Aku?
Aku of course lah terkesan. Aku cuma rakyat marhain biasa yang boleh dikategorikan sebagai miskin bandar di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK10)
Tapi tulah .. cara aku berbelanja masih tak berubah. Maybe dah sepatutnya aku ada buku lejar tulis duit keluar duit masuk. Haha. Barulah terjamin sket kehidupan ye tak
Untuk bulan puasa ni.. Aku cubalah untuk berjimat dengan tidak pergi ke Bazar Ramadhan. Sebab duit selalu habis kat bazar ramadhan kadang-kadang sampai berpuluh ringgit sehari (_ _").. Macam tipu kan tapi itulah realitinya.. lepas tu tak habis pun rugi sajer..
Marilah kita main masak-masak kat rumah.. Oklah pape pun Selamat Berpuasa ye
Marilah kita main masak-masak kat rumah.. Oklah pape pun Selamat Berpuasa ye
Assalamualaikum
Comments
Sekarang mmg kena rajin sikit masak... agar boleh jimatkan banyak menda... ('-_-)