Hai! Kembali lgi dalam rancangan Jom Kurus! Tetiba.. Aku sebenarnya sungguh tertarik dan kagum dengan orang yang berjaya kurus dengan cemerlangnya. Ternyata diorang memang mempunyai determination yang kuat untuk menjadi kurus.
Bukan senang nak kurus kan?
Sebabya apa-apa hal pun ko kena control makan dan rajin bersenam kan? Even kalau makan product Dr Rozmey pun kena consume kurang 500 calories ( kalau tak silap la) sehari.. Kalau makan Herbalife pun kena kurangkan pengambilan makanan..
Lepas tu, bukan saje kena kurang makan, tetapi jugak kena bersenam! That's the hardest part babe! Bontot ni nak bangun dari duduk pun macam malas, inikan pula untuk berlari-lari, angkat dumbbell ke hape ke.. susah dan malas woooo
Macam mane plak yang kurus dengan gi Slimming Centre macam London Weight Management, Maria France Bodyline tu? Orang kate alaaa orang kaya senang ah duit banyak nak kurus, pegi je Slimming Center.. senang senang senang.. Eh? Tapi diorang kaya sebab diorang banyak duit. Ingat senang ke carik duit? Hah? hah?
Kalau kurus makan pil kurus? Amek dadah? Haa itu bukan nak kurus, itu nak mati cepat.. Ahahaha..
Dah.. dah.. jom tengok gambar orang gemuk dah jadi kurus... :)
1. DATIN NORJUMA HABIB
Kenal tak wanita yang memegang bayi di sebelah kiri itu? Itulah Datin Norjuma selepas melahirkan putera sulungnya! Hehe.. bajet korang tak taw je kan.. Padahal famous giler gambar ni. Itulah pengorbanan seorang ibu tau.. Nak tak nak lepas mengandung dan bersalin mesti berat badan naik punye!
Lepas tu mulalah ramai orang komen Datin Juma jadi gemuk, dulu kan dia slim melim. Masa dia mengandung, berat badannya 105 kilogram. Selepas melahirkan Muhammad Akil Razak yang kini berusia lapan bulan, beratnya turun kepada 95 kilogram. Tpi sekarang, berat Datin Juma dah tinggal 50++ kg je! Banyak giler turun weh! Kagum siot!
Tipsnya:
“Ketika itu terus Juma diet. Tak makan nasi sebaliknya dalam tempoh tiga bulan Juma hanya makan sayur-sayuran yang direbus. Dalam tempoh enam bulan keseluruhannya barulah badan kembali normal,”
Sumber: Sini
2. FARHAN AF
Personally aku rasa Farhan ni tak gemuk pun, cuma mungkin kerana dunia artis ni semuanya kurus-kurus belaka, Farhan dikira sebagai golongan artis yang berisi dan diminta untuk kuruskan badan. Sedih kan? Padahal penyanyi patutnya perlu pentingkan suara je :( . Tapi Farhan ni bagus, dia menyahut cabaran itu tapi dia tak nak kurus secara drastik. And she made it. Dia berjaya mengurangkan berat badannya dan she looks fabulous! :)
Tipsnya?
"Saya akui tidak buat semua ini kerana hendak kurus. Cuma, tiada lebih membahagiakan saya apabila berat badan yang dulu sebanyak 60 kilogram kini turun empat kilogram. Hanya perlu mengurangkan tiga kilogram lagi, selepas ini saya boleh mencapai sasaran berat badan ideal seperti dinasihat doktor.
"Terus terang, saya makan sebanyak lima kali dalam sehari. Kedengaran agak banyak, saya sebaliknya ambil dalam kuantiti kecil sahaja. Contohnya, pagi saya minum air ekstrak buah dan sekeping roti. Kemudian, saya mula joging dan bersenam di kawasan berhampiran rumah.
"Makan tengah hari, saya masih makan nasi dan lauk-pauk bersesuaian dengan makanan diet saya. Waktu petang, saya minum air teh hijau dan menjamah biskut rendah lemak. Sebelum Maghrib, saya pasti akan makan dulu dengan mengambil nasi beserta sayur-sayuran atau ikan sebagai hidangan makan malam."
Sumber: Kosmo
3. JENNIFER HUDSON
Jennifer ni penyanyi + pelakon yang bagus. Aku ingatkan dia ni jenis lantaklah orang nak cakap ape.. Aku happy dengan body aku skarang ( masa dia gemuk lah ). Sekali tup tup aku tengok dia dah kurus. What??!! Apesal macam tibe-tibe je? Tapi ape-ape pun, dia memang nampak cantik lah bila dah kurus ni.
Tips kurus Jennifer?
Say NOOOOOO to carbohydrate dan bersenam secara konstan/constant.
Senaman yang dia buat: Berjalan kaki 30 minit untuk satu jam sehari, kemudian terus gi gimnasium,berjoging, dan motosikal menunggang. Jennifer juga melakukan senaman yang dipanggil "trilogi" yang termasuk set 25 squats,25 push-up, dan 25 ab bergerak dengan kadar baki minit panjang di antara jumlah 15 minit.
Perasaan Jennifer lepas kurus:
"Saya rasa seperti saya menokok 10 tahun belia saya kembali. Saya kelihatan 10 tahun lebih muda Orang berkata kepada saya: Anda mempunyai muka Jennifer Hudson. Adakah anda Adik perempuan dia? "
Sumber: Sini
Bestnye dah kurus :)
Kesimpulannya:
Kalau nak kurus, kuruslah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan teratur. Banyakkan bersenam dan JANGAN CEPAT PUTUS ASA! Teruskan senaman dan tahan-tahanlah sket makan. Pengorbanan itu memang perlu. Okay, Selamat Sihat & Cantik wahai wanita :)
Comments
erkkk..awak nak watpe diet? kompius di di situ
yup! sangat betul! nak diet tapi smangat x tinggi! waaa
wohaaa..nice entri ..
tapi datin norjuma tu memang cannnntttiiikkkk..
time dia chubby dulu , comel ..
time dia kurus ..dah hot mama ..auummm..comel2
miahaha...good sharing sis .
next time buat tips nak gemuk pulak lah ...tangan kurus sangat lah ...nak gebu juga kadang2 .. hahaha
dulu ade sorg kawan, masa form1..mmg sangat gmuk.
bila masuk form5 je, dah kurus lagi fit.
wah..kalo dgr dia citer balik, mmg kena hilangkan nafsu nak makan.. bukan senang ye semua.
waalaikumussalam..
Jumam memang nampak comel dan anggun stiap masa.. :)
Tips gemuk? hahahaha. aduh xde tips.. makan tido makan tido ajer la :D
Eh ramainya nak gemok? hehehe bahaya2..
erk terkejut gamba mana satu??
Argghhh xde ke cara senang???
hehe
hahahahha.. taw xpe... nak jalan kaki lepas parking kereta pon malas.. :P
Erk. gitu pulok. hehe
MAKAN 12 JAM TIDO 12 JAM
wahh mia bagusnya saya kagum dgn awak. mayfair x berhasil ea? hmmmm knape ek?
slamat menurutkan berat badan :)
dah turun brape skrg ni?
:)
Ye betul encik :)
takpe.. takpe.. banyak pahala.. lepas bersalin nanti kurus balik InsyaAllah. yg penting baby sihat :)
takut ke? jagela makan. hehehe
wahhh bestnye kan kalau dah kurus. bace blog akak lily nampaknya lili bjaya. tahniah :)
awk gemuk ke?
yakin boleh! :)
HAHA ..
ACI X NAK JADIK KURUS CKP CMTU JEWK ?
EKEKE
x aci.. hehe
1.Ambil Sarapan Pagi
2.Makan Perlahan-lahan
3.Minum Air Secukupnya
4.Masak Sendiri
5.Lakukan Senaman Ringan
6.Jangan Berlapar
7.Jangan Ambil Garam Berlebihan
8.Jangan Minum Minuman Bergula, Bergas, & Berkafein
9.Jangan Makan Junk Food / Makanan Ringan
10.Jangan Timbang Berat Anda Setiap Hari
sgt cantik uollss
dan sebenarnya, tak perlu produk kuruskan badan pon dah boleh turun.. rahsianya pada kalori yang diambil XD
what an impressive achievement! :)
tq beb
sy doakan kamu :)
tahniah kak :)
Huhuhu
Saya ada share info bagaimana fish oil membantu weight management..jemput baca yer
www.mamasyafi.wordpress.com
nice sharing dear..
http://sayangvitamin.blogspot.com/
http://jalanabadi172784.blogspot.com/2014/04/pregnant-tapi-kurus.html?m=1
jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!
>>> Kurus & sihat Semula Jadi!<<<
Boleh baca pasal cara makan untuk turun kan berat badan kat Sado Street. Nak senang tiru je bulat2.