Pada 22/8/2011, berlaku satu malapetaka yang menyedihkan ke atas aku. Eh malapetaka memangla menyedihkan kan? Takkan menggembirakan plak ek. Hoho.. Malapetaka yang menimpa aku dan kawan-kawan aku ialah rumah kami telah dimasuki perompak-perompak berhati syaitan. Dan akibatnya, kami kehilangan laptop-laptop kesayangan kami. Oh my Boboy! Isk isk isk sadis sungguh pengalaman hidup kau Boboy..
Memang aku ralat dan sedih sangat bila laptop kesayangan aku tu hilang. Laptop yang dah banyak berjasa sepanjang aku berada di zaman universiti dan sampai dah kerja pon ha sekarang ni. Aku bukan sedih ape, kalau nak cakap laptop aku mahal ke, baru beli ke memang tak la kan... Tapi benda-benda, maklumat-maklumat dan semua kenangan-kenangan aku 4 tahun ada dalam tu kot... Wargghhhh.. Di bulan Ramadhan yang mulia, rupenye banyak lagi syaitan yang kejam tidak berperi kemanusiaan terlepas kan.. Kebetulan plak hard disk aku rosak.. Memang hilang macam tu jelah kan.. Sedih ati ambo.. :'(
Aku ingin meminta sedikit ihsan korang tolonglah doakan kami agar kami dapat semula laptop-laptop kami.. Wuwuwuwu.. ( x malu kan aku ).. Mengikut kata seorang ustaz, laptop-laptop kami tu ada lagi kt markas penyamun tu, so mungkin ade harapan lagi kot nak dapat laptop tu..
Sekarang ni ape yang boleh aku buat cuma berdoa dan menyerahkan tugas ini kepada abang-abang polis yang dah senyap seribu bahasa.... Oii.. geramnye aku! Tapi dalam geram dan sedih, aku bersyukur jugak sebab masa kejadian tu berlaku, semua penghuni tak ada kat rumah. Semua pergi kerja. Kalau tak, aku takut bukan kes rompak je, mungkin jugak berlaku kes rogol, kes bunuh. Alhamdulillah .. terima kasih Allah
Walau ape pun yang terjadik, Senyum Sokmo deh...
Apa yang berlaku pada aku sebenarnya kini menyedarkan aku jugak, mungkin aku terlalu leka dengan laptop sampai sembahyang pun di hujung waktu.. Leka sangat dengan kehadiran Unifi di rumah.. Leka sangat sampai sanggup tinggalkan Tarawikh sebab nak menonton Gossip Girl kat laptop.. Ha ambek kau satu nikmat telah ditarik.. Hua hua hua
Comments