Skip to main content

Sedang Melayan : Lagenda Budak Setan The Series

Kadang-kadang termalu dengan diri sendiri dan orang lain jugak sebab aku rasa aku ni selalu tertinggal kereta api kalau bab-bab cerita @ drama dalam TV nih. Al maklumlah duduk membujang di rumah sewa tiada TV apatah lagi ASTRO kan. Sedih jugak weh sebab kalau kat rumah aku ni memang 24 jam ternganga depan TV, tapi selalunya aku bersyukur sebab takde TV. Kalau ada TV aku tak tawlah apa jadik dengan diri aku, yang selalu alpa dan leka ni, mesti separuh hari dihabiskan dengan menonton TV, kain baju tak basuh mesti tinggi menggunung, pinggan cawan berkulat kat sinki. That's why some wise people said, "God gives what you NEED, not what you WANT!".

Skali hari tu balik rumah, tekan2 remote astro, terbukak la Astro Ria, ke Prima tak sure.. Tertengok muka si Farid Kamil.. pastu nampak muka si Jue Aziz.. pastu si Anne Ngasri yang comei bertudung. Hati dan naluriku tertanya2 cerita apakah  yang memaparkan pelakon2 kegemaran saya ini? Cewah berdrama sket. Tak payah tertanye2 dalam hati, tekan jelah info kan. 

Tadaa.. info mamaparkan tajuk drama Lagenda Budak Setan The Series. Aku baik2 tengah landing baekk punya kat sofa teros terbangun. Apakah? Sejak bile plak ade drama bersiri? Baru je hari tu layan filem die kat laptop, tak best langsung kot, sebab 80% storyline tak sama dengan novel. Owh baru aku prasan, aku tengok filem die pon 2 bulan lepas kua wayang, patutlah dah ade drama bersiri. Tertinggal lagi di situ. ( _ _ ")


Tanpa melengahkan masa, aku pun download lah drama bersiri ni dari episod 1 kat YouTube. Yang aku tengah tengok kt TV time tu, episod ke 15 kot, itu pun ulangan. Huihh.. tertinggal jauh ni. Bukan ape, drama lain aku takde lah heran sangat. Ni Lagenda Budak Setan tu.... Mana boleh dilepaskan









Masa Form 1 aku baca novel dia sambil nangis2, malu kawan2 tengok aku nangis, aku sanggup baca novel tu kat dalam stor ( gigih sangat ko menahan bau hapak stor? ) Bace tengah2 malam mase sume dah tido, asalkan orang tak nampak aku nangis bace novel.. Kesimpulannya aku memang fanatik novel Lagenda Budak Setan. Feeling lelebih kan... Then bile tengok movie dia, aku rasa hampa kecewa sangat sebab tak sama dengan novel. Yelah filem 2 jam kan, nak samakan dengan novel yang beratus-ratus mukasurat? Memang tak dapat lah kan 


So.. drama ini dibintangi oleh... Maslina sebagai Ayu semasa sekolah dan sebelum dibedah. Maslina ini siapa? Aku pon tak kenal. Maaflah cakap aku rasa pemilihan Maslina sebagai Ayu adalah.. kesilapan. Maslina ni memang cantik okay... tapi... tapi.. tapi tak cukup penghayatan kot nak jadi Ayu. Sebab Ayu dalam fikiran budak-budak aku satu waktu dahulu ialah seorang yang gadis yang sangat perfect. Putih, gebu, anggun, ayu,sopan, santun lemah lembut tapi tegas. Sebab tu lah Kasyah Presiden Kelab Anti Perempuan terus cair dan jatuh cinta pandang pertama! 

Tetapi Maslina sebagai Ayu dalam drama plak cantik, ayu , putih gebu, rambut panjang mengurai tetapi....... tetapi.... cakap kasar, garang, tak cukup karisma. Sorry Maslina! Tapi masa Ayu nak accident tu, okay perfect! 10 markah! Hihi



Tahniah Maslina dapat jadik Ayu zaman sekolah.. Maslina bace tak novel Lagenda Budak Setan tu??






Rasanya Lisa Surihani jugak orang yang sesuai bawa watak si Ayu tu. Tapi Lisa pun kena la tingkatkan mutu lakonan kan. Tak kan sepanjang masa kena watak yang comel. kayu2  je kan.Hehe. Tak tau la kenapa Lisa tak berlakon je dalam Drama ni. Busy kot..




Pendukung watak utama tak lain tak bukan Farid Kamil. Hoyeahh.. hoyeahhh. Farid Kamil sesuai je membawa watak si budak setan Kasyah ni. Aku pun tak leh terbayang pelakon lain bole jadik si Kasyah ni. Fahrin? Erk tak boleh kot jadik budak sekolah. Shaheizy Sam? Okay nakal, tapi macam tak cukup romantis. Fizo Omar? Hmm.. macam jambu sangat. Zahiril Adzim? Macam tak cukup ketinggian lak. Hehehe. Tahniah Farid. Anda sememangnya layak dan menghayati watak Kasyah. Well done!



Gambar diambil dari blog Farid Kamil  sendiri. Ampon tok, cucu pinjam gambar.Kikiki



Kemudian, watak Ayu selepas pembedahan pula disandang oleh pelakon putih gebu, Juliana Aziz @ Jue Aziz. Ternyata Jue Aziz memang sesuai sangat kot jadik Ayu@Emilia(nama selepas pembedahan). Lagi-lagi lepas Ayu hilang ingatan. Part masa Ayu tak jadik g New Zeland lepas tu balik semula kat Kasyah pun berkesan! I nangis U.. (Haha.. sekali lagik poyo si kuat feeling ni) 



Haiipp haipp tak baik peluk2 bukan muhrim ( _ _ ")


Keseluruhannya:
  • Tak tengok habis lagi, baru tengok episod 21.. ada lagi 5 episod kot. Tapi keseluruhannya okay la... cerita kali ni 80% mengikut novel. I like :)
  • Suke tengok Anne Ngasri .. comel2
  • Nas-T sebagai Azmi pun okay la walaupun saya prefer Remy Ishak pegang watak Azmi, sebab kalau tak silap Azmi tu muka ala2 hindustan kan dalam novel.. Kah kah kah padan muka kena kawin dengan Mak Ayam
  • Rasanya memang susah kot nak buat drama adaptasi dari novel. Susah nak cari orang yang sesuai untuk satu-satu watak tu. Tapi apa-apa pun, LBS memang best!

Comments

Hasan Suyat said…
Haip haip nak pelukkk jugakk ;) Hahaha =P

Pehhh, nangis2 lahh lu baii.....Gilee jiwang karat nih! Hahahahaha Lu buat gua gelakk lahh! Hahaha Gilee romantis bace novel sampai nangis! Hahahahahahha siap ingat sume watak. Die-Hard lahh dohhh! Hahahaha
Razf said…
haip haipp dosa.. ! haha

tu dulu.. cite zaman budak2 naif..

wahaha

eleh2 ntah2 ko layan cite hindustan kt bilik sambil pegang sekotak tisu. ahaha
Anonymous said…
Salam

aku tengok blog kau ni asyik cerita pasal hiburan je. Game android la, drama Budak Setan la, lagu2 omputih..aku nak ingatkan ko hidup ni cuma sementara.. jangan asik terleka.peace bro!
Razf said…
Waalaikumussalam.. Terima Kasih atas ingatan.. Peace to u too! :)
Hasan Suyat said…
Hahaha ituuu kauuu jugakk kott. Btw, bape karton kotak tisuuu ko hbiskann in average utk satu novel? ;) hahaha =p
Razf said…
xde tisu2.. lap je hingus, ayaq mata kat baju. haha