Skip to main content

Menjaga Hati Peminat Fanatik Bola Sepak

Wei wei sekarang ni tengah match ape ek??  English Premier League kan? Hahaha kot lah terlalu ignorance sampai takut orang dah dok cite pasal EPL, aku masih lagi citer Piala AFF Suzuki. Wahhh tahniah sebab Malaysia berjaya! Bila dah berjaya ni barulah ramai orang menyokong pasukan Harimau Malaya, kalau tak.. asek kene kutuk je kan.. kikiki. Tapi sekarang, Khairul Fahmi punye Facebook Fan Page pun aku like ( sebab tengok ramai kawan like ), Safee Sali pun i like u, tapi tibe2 terus unlike sebab dia join pasukan Pelita Cahaya..? Ooops sorry.. Pelita Jaya. Tengok patriotik tak aku? :p


Nak dijadikan cerita, ramai jugak la kawan-kawan aku ni peminat fanatik bole sepak nih, terutamanya kaum Adam la kan.. Kalau bace paper, mesti baca dari belakang sebab nak baca pasal bola. Kalau beli Astro kat rumah, mesti nak subscribe Astro SportsChannel kan.. Kalau musim bola tiba, adoii pagi2 muke lesu tak bermaya gi kelas sebab berjaga sepanjang malam ke pagi.... Kalau bilik plak, penuh dengan poster bola. Kalau peminat Blues, biru jelah biliknya. Kalau peminat Red, merah menyala lah biliknya..





Okay bilik sape ni mengaku cepat! Aku nak curik selimut die cambest jer :D




Dan nak dijadikan cerita lagi, sekarang kan tengah EPL kan. Maka penuhla home di facebook dengan cerita tentang bola.. Sekejap ChelSHIT , sekejap Setan Merah, kejap ArSENGAL, kejap ArSuntut (apakah?), sekejap LiverFOOL. Sekejap kalah, sekejap menang! Haih macam lah.. siap ade yang menangis sebab tertido  time perlawanan club feveret die.. Ish ish ish.. Kipas susah mati btol hangpa suma nih


Lagi cerita, sampai tengah chatting ponnn sebokk cite pasal bola padahal banyak kot topik2 lain yang lebih menarik boleh dibualkan. Cite la pasal whether ke, makanan ke, syok ape.. hehehe. Ade ke diorang tanye aku Liverpool lawan Manchester sape yang menang? Macam aku ni  mendiang Paul si Octopus plak kan. Hahahaha Tapi nama pun kawan kan, layankan ajelah. Aku sebagai orang yang neutral, jalan atas pagar, parti bebas.. sentiasa memihak kepada yang benar. Ehehehe.





Mamat yang bernama Atok tu peminat fanatik Liverpool sejak dia belum matang lagi (katenye). Ada seminggu tu asek pakai jersey Liverpool je, lebih kurang plak tuh. Aku pon tanye; "Weh tak mandi ke? Asek pakai baju same je!". Dengan cepatnye die menjawab, "Woii ape plak, baju lain-lain lah! Aku ade banyak jersey Liverpool". Oooo.. okay.. Oleh sebab die ni peminat Liverpool yang tegar, bile die tanye team mane menang, of course la aku jawab Liverpool kan. Saje malas nak panjang2 kan lagi keadaan. Hihi. Anyway, memang Liverpool menang pon kan? So? Yeahh.. Tumpang gembira gak ah :D






Mamat yang bermuka orange ni plak peminat setia Manchester United. Pernah sanggup mengumpul duit kerja 4 bulannya untuk pergi ke Manchester City menonton kelab kegemarannya itu. Cis tengok kat tv dah lah! Keje dia punyelah berlambak tak siap, tapi demi bola, keje tolak tepi, bola dulu! Siap tanye, LiverFOOL lawan MU sape menang? Dah ko pun tulis LiverFOOL, menunjukkan ketidaksukaan kepada kelab itu, maka aku pun menjawab MU la kot. Hehe. Menjaga hati lagi di situ. Malangnya MU kalah.. I'm sorry for you fren.. :p






 Ha yang ni tengok profile picture pun dah taw kan memang Arsenal Die Hard Fan! Malam tadi Arsenal kalah kan? Haha! Ni lagi sorang tanye aku sape menang. Manelah aku taw! Eishh tension nih! So alu jawab jelah 0-0 . Adil dan saksama kan aku? Ehehehe



Satu lagi cerita yang membuatkan aku termalu hingga ke hari ni. Kira-kira beberapa tahun yang lepas lah. Aku lepak kat kelas kawan aku mase rehat, adelah sorang mamat bernama Ahmad duduk situ gak, tak pegi kantin. Aku takdela selalu bercakap dengan die ni. Satu hari tu, dia tengah baca paper. Tiba-tiba die tanye aku tanpa menoleh ke arah aku:


Ahmad : Eh ko minat kelab bola ape??

Aku : Errr... Manchester United! (spontan, sebab tu je yang ingat)

Ahmad: Kenape?

Aku: Entah.. sebab ade David Beckham kot! Dia terror! (spontan lagi)

Ahmad: Sah ko ni tak ambik taw kan? David Beckham da lame keluar MU! KAH KAH KAH KAH


 T.T

( _ _")



Okay fineeeeeeeeeee.. Sejak dari haritu, aku rajin selak2 newspaper bahagian Sukan. Aku tak mahu lagi jadi katak bawah tempurung, biarpun aku tidak mempunyai perasaan terhadap bola.


Aku bukannya ape, aku tak marah pun kepada korang yang fanatik bola. Aku siket pun rase tak kesah. Tapi kadang2 ade kawan-kawan tu bile dia minat bola, die boleh plak cite pasal bola kat aku berjam2 kan. Penat dah bagi signal menguap, sangap, garu sana garu sini, tapi still tak paham kan.. Same lah macam perasaan lelaki bila disuruh perempuan menemani shopping, macam tulah aku lebih kurang


Aku tak kesah pon kalau nak teman orang tengok bola pagi2 buta. Aku layan je.. Orang sorak GOLLL..  Aku pun tak ketinggalan menyorak walaupun tak fokus pun mase pemain menjaringkan gol. Tapi yang tak tahan tu bau rokok di sekeliling.. adeihh. Lepas tu bile ade orang ajak tgok bola, ada syaratnye mestilah di McDonalds yang beraircond dan segala perbelanjaan makanan ditanggung. Bolehlah aku menyorak gol sambil menyuap McFlurry. ehehehe






Nota kaki: Dulu masa belajar kat universiti, pernah duduk kat rumah kedai. Bawah tu kedai mamak. Bila musim bola, tengah tido, mesti aku terjaga masa diorang sorak GOL.LLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!! Sebelum tidur, lepas baca doa tidur, aku doa malam tu takde gol. Pastu sumbat kapas

Bye!


Comments

Hasan Suyat said…
Hahahahahahaahahaha kesiannn katak nih! Hahahahahahah =P
Razf said…
aku katak ye?? Okayyyyy... ksian sgt ke? pathetic gile? haha
ftrhd said…
saya suka MU sebab pasukan lain tak best haha
Arif Dzulkifli said…
dlu ms tgk piala suzuki, ada member kepada member aku ni, tiap kali tv fokus je kt khairul fahmi, mesti dia cakap "SMART SIIIIAAAALLLL!"..hahaha

kbyakan bdak2 skang ni bkan fan kelab kegemaran dia..tp anti rival kelab kegemaran dia..haha
Razf said…
ooo macam tu plak ke. hahaha. tu lah kan.. di manakah semangat kesukanan? hahaha