Skip to main content

Haiwan Yang Akan Pupus?!

Pelik plak aku akhir-akhir ni.. Hari tu balik kampung, sepupu aku yang berumur 5 tahun dok tanye aku, "Kaklong, sekarang haiwan apa yang hampir mati?". Aku pun pelik.. haiwan ape yang hampir mati? Konfius.. lame aku fikir.. Fikir punye fikir...Pastu aku tanye balik die, "Haiwan hampir mati ke hampir pupus?". Barulah die gelak2 malu, "Ehh salahlah.. lupe plak.. pupus.. bukan mati..!". Aiyoo budak2 sekarang, mentang2 belaja sains bahase inggeris, mati disamekan dengan pupus pulak. Aku pon jawab la hentam2.. serigala pun hampir pupus.. suka2 aku je kan


Lepas tu satu kes lagi, tengah aku berborak dengan sorang member aku kat dalam telefon, tiba- tiba je kitorang macam diam.. macam dah tak tau nak cakap ape lagi.. Yelah dah 2 jam kan, tapi kredit tak luak..besday bonus katekan. Then, tiba je dia tanye, "Eh, u taw tak haiwan ape yang hampir pupus?". Aik.. dalam seminggu dah 2 orang dah tanye. 


Pastu, sekarang ni keyword yang selalu bertandang ke dalam blog aku ialah: haiwan pupus, haiwan terancam, spesis haiwan pupus.. Hmmm majoritinye pasal binatang lah kan? Tapi aku takde pon tulis pasal haiwan pupus, pasal haiwan pelik adelah satu entri..


Aku pun tak taw kenapa tiba-tiba haiwan hampir pupus ni macam glemour sket this week, adakah Jabatan Perhilitan sedang menjalankan kempen menyayangi haiwan hampir pupus? Eh, ade ke haiwan hampir pupus kat Malaysia ni? Wokeyh, jom semak sket haiwan-haiwan hampir pupus di mukabumi ini :



  1. Badak Sumbu Jawa

Sebenarnye aku pun tak pastila nama badak ni dalam bahasa Melayu tu Badak Sumbu Jawa sebab rasenye aku selalu dengar badak sumbu Sumatera jer... Yang penting dalam bahasa inggeris, namanya ialah Javan Rhinoceros. Badak sumbu ni ada kat Indonesia & Vietnam. Sekarang ni, bilangan spesis badak ni tinggal kurang daripada 60 ekor! Gile siket kot.. Agak2 korang, kenape badak ni makin pupus? Mestilah sebab sumbu/tanduk dia tu.. pengamal perubatan Cina suka guna sumbu si badak nih.. Kat pasaran gelap,tanduk tu  hargenye $30 000 per kilogram okay.. gile tak gile.. Hadoiii.. banyak lagi alternatif lain selain sumbu/tanduk nak buat ubat kan.. Susah2 sangat.. minum jela air cap badak.. hihihi

Nota: XSHAHIDX kate Javan Rhinoceros ni dah pupus dah di hutan2 kat Malaysia... Badak Sumbu Sumatera pun tinggal sket je.. Hmmm.. sape2 yang taw  dengan lebih lanjut, bole la explain ye. Segala kesilapan amat dikesali







2. Cross River Gorilla

 Gambar dari sini

Amacam macho tak gorilla ni? Hehehe. Gorilla ni ade kat Nigeria dan Cameroon. Kenape ek haiwan semacho ini boleh nak pupus? Katenye sebab haiwan ni duduk kat tempat yang terpencil dan terasing so menyusahkan mereka untuk mengawan dan menghasilkan anak? Erk? Begitukah? Malahan orang baru sedar kewujudan gorilla ni sekitar awal tahun 1980-an.. La..gitu plak.. Sekarang ni dalam dunia cuma ada kurang dari 300 je? Huhuhu







3. Harimau Sumatera

 Gambar dari sini

Siapa sangka, harimau yang kelihatan gagah, perkasa dan garang ini.. mengalami kepupusan jugak? Haiii ni sume takde keje lain mestilah sebab manusia kan.. nak bulu harimau lah, taring nak buat ubat lah.. macam-macam.. Harimau Sumatra ni ade kat Sumatera Indonesia dan tinggal kurang dari 600 ekor!Sebenanrnya bukan harimau Simatera je yang hampir pupus, harimau2 jenis lain pun same.. Hmmm.. sayangnya kalau haiwan secantik ni pupus.. noooo...







4. Borneo Pygmy Elephant

 Gambar dari sini

Gajah ni terletak di Borneo Utara. Sekarang terdapat lebih kurang dalam 1500 ekor sahaje.. Gajah ni lebih kecil dan kurang agresif dari gajah2 yang lain. Agaknye sebab tu la hampir pupus kot? Sebab hampir pupus.. biasalah.. akibat tangan2 manusia yang suka mengacau habitat mereka.. 






5. Giant Panda

 Gambar dari sini

Oh tak boleh dibayangkan haiwan se'adorable' macam ni akan hilang dari bumi ini.. Tidak! Dahlah mata diorang comel.. lepas ni kalau panda pupus, bila tak cukup tidur, mata jadi macam panda, mesti jadi sedey sebab panda dah pupus.. waa.. tak maw.. Giant Panda ni ada di kawasan China, Burma & Vietnam. Dan, menyedihkan sebab bilangan panda ni tinggal kurang dari 2000 ekor. Kenapa pupus? Sebab habitatnya telah diterokai untuk kesenangan dan kemajuan manusia! Ciss!







6. Beruang Polar
 Gambar dari sini

Hmm.. jangan ingat duduk di Artik yang tak berapa ramai manusia tu boleh selamat ye. Beruang Polar pun termasuk jugak dalam kancah kepupusan.. Sebabnye? Perubahan cuaca yang tak menentu. Yelah, sekarang ni kan berlakunya pemanasan global yang serius.. Ais - ais di antartika mencair.. Kalau perkara ni berterusan memangla si Polar Bear ni akan pupus sebab tak taw nak pindah kan die kat mane dah kan..






7. Ikan Keli Besar Mekong

Gambar dari sini

Huhuhu tak nak besar plak ikan die kan.. aku cuak sket tengok ikan besar2 ni menakutkan sket.. Tapi bagi orang2 tertentu, takde ape yang nak ditakutkan, malahan diorang memburu ikan ni secara agresif. Ikan ni ade kat kawasan Mekong. Sekarang tinggal ratusan ekor sahaja. Sebab pupus? Habitat2 ikan Mekong ni nak dijadikan empangan hidroelektrik. 





Sedih kan bila tengok haiwan-haiwan yang cantik ni mungkin akan hilang dari dunia kita. Sebenarnye banyak lagi haiwan lain yang hampir kepupusan, korang boleh check kat WWF ni. Banyak maklumat-maklumat dan cara-cara untuk mengelakkan haiwan2 ini dari pupus. Kalau tengok sebab2, tak lain tak bukan majoritinya adalah disebabkan kite, manusia! So, marilah kita sama2 menjaga ekosistem dan tidak mengganngu mereka. Diorang pun nak hidup gak! Sayangilah Binatang!Kalau jadi vegetarian lagi bagus. hihi




Comments

SHAHID said…
Awak, FYI, Badak sumbu jawa dah totally extinct..

yg tinggal hanya badak sumatera, tu pun x pasti berapa ekor..
SHAHID said…
Awak, FYI, Badak sumbu jawa dah totally extinct..

yg tinggal hanya badak sumatera, tu pun x pasti berapa ekor..
atie said…
Hebat ye..mcm WWF plak ni~hehe

tp kite suka sgt harimau dan panda tu..
Razf said…
xshahidx:

erk? yeke? serius? bace kt tenet smalam ade lg. huhuhu

atie:

yup kite pon suke.. comel ek.. mcm nak bela je.. hehe
SHAHID said…
maksud saya, pupus dari hutan Malaysia, bukan hutan dunia..

malaysia dah kehilangan 3 spesis

merak hijau
banting
badak jawa

and the worse is yet to come..

malayan tiger pon ada brapa ekor je lagi..
SHAHID said…
maksud saya, pupus dari hutan Malaysia, bukan hutan dunia..

malaysia dah kehilangan 3 spesis

merak hijau
banting
badak jawa

and the worse is yet to come..

malayan tiger pon ada brapa ekor je lagi..
SHAHID said…
maksud saya, pupus dari hutan Malaysia, bukan hutan dunia..

malaysia dah kehilangan 3 spesis

merak hijau
banting
badak jawa

and the worse is yet to come..

malayan tiger pon ada brapa ekor je lagi..
Razf said…
ooowhh... yeke.. okay2... bagos la awk ni.. mane awk taw ek? share la sket..hihi
Ruqaiyah Yusof said…
wah, baguslah..
sy pun kne cari kan utk keje skolah adik, huhu..
Razf said…
haha! yeke? hepi klu dpt membantu
bebeldotsorang said…
ada lagi binatang yg tertinggal..ular sawa kain pelikat..mane ade dh dkt bumi ni...hehe...
Razf said…
ooo yeke.. thanks for the info :)
Nur aliesya said…
ltak lah bnyak -bnyak lgi .. seronok sye membace info yg akak buat nie ~ tenkiu sbb buat info psal bintang nie yer <3 ^_^
Nur aliesya said…
ltak la bnyak -bnyak info psal binetang nie~ sye thu akak letih nk buat tpi tlong buat klu ada masa lapang ( best bace info yg akak buat nie ! )
Razf said…
@Nur aliesya

thanks adik :) InsyaAllah.. :) bz sket skrg ni.. tp will spare some time :)
Unknown said…
ehh harimau sumetra dgn harimau malaya xsama ker?huhuhuhuhu
qistina said…
sygnye dh hampir nk pupus dh panda