Monday, May 31, 2010

Rindu dekat Zoo

Lame dah tak pegi zoo.. last sekali pegi mase form 3 kot..haha zaman muda2 dolu.. Untuk mengubat kerinduan terhadap binatang, aku slalu la bukak  channel National Geographic. Ternganga la kejap tgok binatang2 nih.. Paling best Ular Kapak ni kalau time mengawan kalau si jantan tak dapat tackle awek ( ular betina ) yang dia minat, die bunuh terus ular betina tu, padahal ular betina tu tengah bunting.. Hoh takde sifat peri kemanusiaan kebinatangan langsung ular jantan tu.. hahaha

Sekarang nih bila duduk hostel tv pon xde.. kebosanan la jugak. Pastu aku pun saje la godeh2 google images carik gamba binatang..mula2 klua lagi yang comel2.. pastu lama2 banyak pulak binatang pelik2.. woo kagum sekejap aku. Jom tengokk



Sekali tengok macam comel lote, dua kali tengok macam geli la plak. Takde kat Malaysia nih, ade kat Mexico sane.. Axolotl ni haiwan amfibia..banyak duduk dalam air, ade insang sume. Binatang ni macam gamat sebab badan die boleh tumbuh semula.. Tapi sekarang ni hampir pupus sebab pencemaran air..! No..! Selamatkan Axololt..!



Yang ni plak ala2 kijang nama saintifiknya Saiga Tatarica. Nama glamour Saiga je hoho. Ade kat Russia, Kazakhstan dengan selatan Mongolia jer. Hidung dia digunakan untuk memanaskan udara masa musim sejuk dan juga menapis habuk masa musim panas..Mata Saiga ni cantik kan? Macam mata sedih...huhu




Ini nama dia Sea Pig @ Babi Laut..Err..adakah kita perlu menyamak selepas memegang ia..??? (_ _") Hoho tak perlu ye sebab die tergolong dalam spesis Dugong atau dolphin. Babi laut ni makan lumpur2 kat dasar laut... Sampai sekarang Saintis2 pening cmane binatang ni boleh duduk nun jauh di dasar laut.. hmmm..renung2kan..!



Sekali nengok macam tikus normal je si Jerboa nih. Tapi perasan tak? Kaki 2 je? Takde tangan ea?  Boleh didapati kat padang pasir China dan Mongolia.. Aku tengok Jerboa ni kat Kedai Pet harga dia boleh tahan best RM 25O. Ada bran? Kalau ikut dalam internet cakap binatang ni dalam kepupusan tapi boleh pulak dijual2 ye? hmm...



Ini namanya Hagfish. Walaupun nampak macam belut, tapi Hagfish ni langsung tak termasuk dalam keluarga belut ya kawan-kawan. Hagfish ni jugak disifatkan sebagai hidupan laut yang paling menjijikkan sebab tabiat makannya yang luar biasa. Ikan ni boleh makan haiwan laut yang cedera @ mati yang berkali2 ganda lagi besar dari saiz badan die. Hagfish jugak ade keupayaan untuk mengeluarkan selut. Menjijikkan ke? Okay la kan..xde la sume benda dia nak telan ..hehe


Banyak lagi sebenanye tapi tangan plak da lenguh..hehehe.. Tapi aku rasa banyak lagi binatang pelik2 yang tak dijumpai oleh Saintis terutamanya di dasar2 laut.. Siapa yang amek course Marine tu, blajarlah btol2.. buatlah banyak2 penyelidikan tentang dasar laut.. Ok merepek da bye2

7 comments:

  1. jom g zoo jb..hehe

    ReplyDelete
  2. wow..tetibe rase cam g zoo..hehe
    rupenye byk ag bntg2 yg pelik..geli tgok sea pig 2..hoho
    jom g zoo weyh..(^_*)

    ReplyDelete
  3. anon : zoo jb x best binatang sket, dah tua plak tu

    chocolate : banyak lagi..alang2 g madagascar nak..tgok haiwan bebas..hehe

    ReplyDelete
  4. hoho xdelah mmg jerboa sifatnye sebegitu ade 2 kaki je

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)