Sekadar gambar hiasan |
- Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 9.5% separuh pertama 2010 ~ Alhamdulillah..syukur nikmat.. Malaysia maju rakyat selamat..~
- Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu ~ woo.. baguih2 ~
- Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lepas ~ InsyaAllahhh ..tolonglah jangan kemelesetan ekonomi lagi.. aku nak keje ni..~
- Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan
- Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015
- Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah ~ fuyyoooo.. lepas ni makin kuatlah kaki2 shopping bershopping.. cukai dah takde kan? ~
- Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
- Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit ~Waaaaa...yang ni la paling best! Kebetulan handphone aku rosak! Ermmm.. nak beli handphone ape ek?? (O_o)
- RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi
- RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi ~ Amboii..banyaknye.. pasni boleh la setanding dengan filem2 Hollywood kan?? (_ _")
- Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011 ~ Good! Tahniah kepada Ayah!(nama Pakgad asrama aku) ~~
- Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari
- Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Ekspressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, berkuatkuasa serta-merta ~ Kenapa tak hentikan terus tol? adoii ~
- Memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecepatan (PTK) untuk kakitangan awam akan digantikan dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima oleh penjawat awam menjelang Jun 2011 ~ Haha ni mesti ramai yang suker nih~
- Kerajaan memperuntukkan RM15.2 bilion bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta mendapat bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan
Nota : Camane? Korang suke tak Bajet 2011 ni? Puas hati tak??
Comments