Skip to main content

Cerita Chinta yang .. best!

Hihi hari tu ada seorang mamat poyo suruh aku tengok citer Chinta nih.. Aku pon macam wat bolayan jer sebab yela.. duduk hostel kan. Broadband bandwith 5 gb jer.. sakit r kalau nak tengok Isnin-Khamis kan.. Tapi bile tengok mamat poyo tu macam bersungguh-sungguh je cakap citer tu best..aku pon tibe2 teringin la nak tengok..


Bile dah tengok..Owh.. boleh tahan gak best nyer. Citer ni mengisahkan Chinta lakonan Fasha Sandha yang meninggalkan amalan2 Islam dan marahkan Tuhan selepas macam2 bencana yang berlaku pada dia masa die alim dulu. Dia rasa Tuhan macam tak sayangkan dia dan tak pernah ingatkan dia masa dia dalam kesusahan.


Dari kecik die ni diberi didikan agama yang cukup, tapi semua tu memang tak menjamin kebahagiaan dia. Abang die sendiri jual dia kat orang tua kaya kat kampung dia. Kawan dia pun mengkhianati dia. So Chinta ni macam tertekan sangat. Dia lari g Kuala Lumpur. Masa tu dia memang dah jadi lain sangat. Dia bukak tudung, dia tak pernah sembahyang dan tidur dengan lelaki2 kaya dah jadi macam makanan ruji. Masa tu memang dia tak pernah balik kampung, dia tak suka ingat kenangan lama dia kat kampung dulu. Sampailah satu hari ayah dia sakit, baru lah die tergerak untuk pulang ke kampung halaman.. Dan.. Bersambung...hehehe.. citer ni tak habes lagi da...





Ni poster cerita Chinta ni.. cun gak kan? Nampak macam vogue lak si Fasha ni.. Faradhiya pon komain ayu lagi bertudung.. hik3







Dalam Chinta ni.. awal2 cik Fasha Sandha kite ni pakai tudung.. hmmm.. orang cantik pakai apa pon cantik kan? Tahniah gak kat Fasha sebab lakonan dia macam superb je.. Sungguh menghayati watak la .. terutama bila dia bersama dengan boyfriend2nya yang terlebih matang tu. Hahaha.. Lagi satu yang aku perasan, bila Fasha menjerit..suara kecik dia tu tak keluar sangat dah.. keluar suara besar plak.. tapi takdela garau macam sore lelaki tu..hehe.. good job Fasha







Hehe..siapakah dia ni? Perempuan sila tutup mulut. Aku pun baru kenal dia ni.. padahal dia dah lama berlakon ea..? Nape aku tak taw? kesian tak? Nama dia Zain Saidin.. Dalam cerita Chinta ni, dia jadik boyfriend si Chinta.. Dulu dia playboy, tapi lepas kenal dengan Chinta, terus dia serius siap nak jadik macam alim gitu. Tapi cinta tak kesampaian last2 mati kena langgar. Ceh sungguh potong la.. dia ade dalam 2, 3 episod je.. mane boleh g2.. dia perlu dalam setiap episod maka barulah mata ni jadi segar sedikit. Ahahaha. Dia pun pandai berlakon! Thumbs up!







Adiputra berumur 22 tahun dalam cerita ini! Apa pendapat anda? Sesuai tak dia membawa watak remaja seperti itu..? Hmmmm...




Tapi ada sedikit ketidakpuas hatian aku dalam kisah Chinta ni.. terutamanya.. dalam pengambilan pelakon yang tak sesuai umurnya. Macam Azhar Sulaiman yang jadik abang kepada Chinta. Aku rasa umur diorang dalam citer ni takdelah jauh beza.. Tapi Azhar nampak macam dah 40-an! Hmmm... Ape salahnye kalau amek Fahrin Ahmad ke.. barulah gempak. ( padahal ngada2 sebab lama tak nampak Fahrin dalam drama sekarang )Tapi apa pon lakonan Azhar Sulaiman memang mantap ahhh. Rase macam nak tumbuk2 je muka die..hehehe



Amek Ezani sebagai pelajar universiti pun macam..eww.. Ezani tu dah sedia maklum dah berbini dan anak.. takkan tak cukup pelakon remaja kot dalam Malaywood ni? Lagi satu pasal CCTV, nak tanya siket.. sekarang CCTV dah boleh rakam suara sekali ea?? Musykil la akuuuu


Overall, aku suke drama ni. Nak taw sangat ending die!! Weee~~

Comments

Razf said…
hehehe..knape dgn fasha??
Razf said…
yela. mamat poyo. name x leh direveal.konon glamerla tu.hehehe