Sunday, February 19, 2012

Kisah Wanita Gemuk Menjadi Kurus #2

  60 comments    
categories: ,
Hai! Kembali lgi dalam rancangan Jom Kurus! Tetiba.. Aku sebenarnya sungguh tertarik dan kagum dengan orang yang berjaya kurus dengan cemerlangnya. Ternyata diorang memang mempunyai determination yang kuat untuk menjadi kurus. 

Bukan senang nak kurus kan? 

Sebabya apa-apa hal pun ko kena control makan dan rajin bersenam kan? Even kalau makan product Dr Rozmey pun kena consume kurang 500 calories ( kalau tak silap la) sehari.. Kalau makan Herbalife pun kena kurangkan pengambilan makanan.. 

Lepas tu, bukan saje  kena kurang makan, tetapi jugak kena bersenam! That's the hardest part babe! Bontot ni nak bangun dari duduk pun macam malas, inikan pula untuk berlari-lari, angkat dumbbell ke hape ke.. susah dan malas woooo

Macam mane plak yang kurus dengan gi Slimming Centre macam London Weight Management, Maria France Bodyline tu? Orang kate alaaa orang kaya senang ah duit banyak nak kurus, pegi je Slimming Center.. senang senang senang.. Eh? Tapi diorang kaya sebab diorang banyak duit. Ingat senang ke carik duit? Hah? hah?

Kalau kurus makan pil kurus? Amek dadah? Haa itu bukan nak kurus, itu nak mati cepat.. Ahahaha.. 

Dah.. dah.. jom tengok gambar orang gemuk dah jadi kurus... :)




1. DATIN NORJUMA HABIB



Kenal tak wanita yang memegang bayi di sebelah kiri itu? Itulah Datin Norjuma selepas melahirkan putera sulungnya! Hehe.. bajet korang tak taw je kan.. Padahal famous giler gambar ni. Itulah pengorbanan seorang ibu tau.. Nak tak nak lepas mengandung dan bersalin mesti berat badan naik punye!

Lepas tu mulalah ramai orang komen Datin Juma jadi gemuk, dulu kan dia slim melim. Masa dia mengandung, berat badannya 105 kilogram. Selepas melahirkan Muhammad Akil Razak yang kini berusia lapan bulan, beratnya turun kepada 95 kilogram. Tpi sekarang, berat Datin Juma dah tinggal 50++ kg je! Banyak giler turun weh! Kagum siot! 

Tipsnya:


“Ketika itu terus Juma diet. Tak makan nasi sebaliknya dalam tempoh tiga bulan Juma hanya makan sayur-sayuran yang direbus. Dalam tempoh enam bulan keseluruhannya barulah badan  kembali normal,”


Sumber: Sini









2. FARHAN AF


Personally aku rasa Farhan ni tak gemuk pun, cuma mungkin kerana dunia artis ni semuanya kurus-kurus belaka, Farhan dikira sebagai golongan artis yang berisi dan diminta untuk kuruskan badan. Sedih kan? Padahal penyanyi patutnya perlu pentingkan suara je :( . Tapi Farhan ni bagus, dia menyahut cabaran itu tapi dia tak nak kurus secara drastik. And she made it. Dia berjaya mengurangkan berat badannya dan she looks fabulous! :) 


Tipsnya?



"Saya akui tidak buat semua ini kerana hendak kurus. Cuma, tiada lebih membahagiakan saya apabila berat badan yang dulu sebanyak 60 kilogram kini turun empat kilogram. Hanya perlu mengurangkan tiga kilogram lagi, selepas ini saya boleh mencapai sasaran berat badan ideal seperti dinasihat doktor.


"Terus terang, saya makan sebanyak lima kali dalam sehari. Kedengaran agak banyak, saya sebaliknya ambil dalam kuantiti kecil sahaja. Contohnya, pagi saya minum air ekstrak buah dan sekeping roti. Kemudian, saya mula joging dan bersenam di kawasan berhampiran rumah.

"Makan tengah hari, saya masih makan nasi dan lauk-pauk bersesuaian dengan makanan diet saya. Waktu petang, saya minum air teh hijau dan menjamah biskut rendah lemak. Sebelum Maghrib, saya pasti akan makan dulu dengan mengambil nasi beserta sayur-sayuran atau ikan sebagai hidangan makan malam."

Sumber: Kosmo




3. JENNIFER HUDSON



Jennifer ni penyanyi + pelakon yang bagus. Aku ingatkan dia ni jenis lantaklah orang nak cakap ape.. Aku happy dengan body aku skarang ( masa dia gemuk lah ). Sekali tup tup aku tengok dia dah kurus. What??!! Apesal macam tibe-tibe je? Tapi ape-ape pun, dia memang nampak cantik lah bila dah kurus ni.

Tips kurus Jennifer?

Say NOOOOOO  to carbohydrate dan bersenam secara konstan/constant. 

Senaman yang dia buat: Berjalan kaki 30 minit untuk satu jam seharikemudian terus gi gimnasium,berjoging, dan motosikal menunggang. Jennifer juga melakukan senaman yang dipanggil "trilogi" yang termasuk set 25 squats,25 push-up, dan 25 ab bergerak dengan kadar baki minit panjang di antara jumlah 15 minit.

Perasaan Jennifer lepas kurus:

 "Saya rasa seperti saya menokok 10 tahun belia saya kembaliSaya kelihatan 10 tahun lebih muda  Orang berkata kepada saya: Anda mempunyai muka Jennifer HudsonAdakah anda Adik perempuan dia? "


Sumber: Sini


Bestnye dah kurus :)



Kesimpulannya:


Kalau nak kurus, kuruslah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan teratur. Banyakkan bersenam dan JANGAN CEPAT PUTUS ASA! Teruskan senaman dan tahan-tahanlah sket makan. Pengorbanan itu memang perlu. Okay, Selamat Sihat & Cantik wahai wanita :)

60 comments:

  1. nice sharing.. nak diet jugak la lepas nie. thanks 4 the info:)

    ReplyDelete
  2. kena ade semangat yg tinggi baru boleh kurus!hek3 setiap org lain caranya kan :)

    ReplyDelete
  3. Liya:

    erkkk..awak nak watpe diet? kompius di di situ

    ReplyDelete
  4. Nurul nadia nasir:

    yup! sangat betul! nak diet tapi smangat x tinggi! waaa

    ReplyDelete
  5. assalam ,
    wohaaa..nice entri ..
    tapi datin norjuma tu memang cannnntttiiikkkk..
    time dia chubby dulu , comel ..
    time dia kurus ..dah hot mama ..auummm..comel2

    miahaha...good sharing sis .
    next time buat tips nak gemuk pulak lah ...tangan kurus sangat lah ...nak gebu juga kadang2 .. hahaha

    ReplyDelete
  6. wan nak gemuk, seriously, terkejut tengok gambar tu!

    ReplyDelete
  7. nak kurus mmg perlukan pengorbanan yang tinggi..

    dulu ade sorg kawan, masa form1..mmg sangat gmuk.

    bila masuk form5 je, dah kurus lagi fit.

    wah..kalo dgr dia citer balik, mmg kena hilangkan nafsu nak makan.. bukan senang ye semua.

    ReplyDelete
  8. wanabee:

    waalaikumussalam..

    Jumam memang nampak comel dan anggun stiap masa.. :)

    Tips gemuk? hahahaha. aduh xde tips.. makan tido makan tido ajer la :D

    ReplyDelete
  9. Syazwan:

    Eh ramainya nak gemok? hehehe bahaya2..

    erk terkejut gamba mana satu??

    ReplyDelete
  10. Muaz:

    Argghhh xde ke cara senang???

    hehe

    ReplyDelete
  11. jelesnya tengok orang da kurus.. bersenam tu la yang paling susah T_T

    ReplyDelete
  12. tak sanggup nk seksa badan utk jadi kurus >__<

    ReplyDelete
  13. Brown Girl:

    hahahahha.. taw xpe... nak jalan kaki lepas parking kereta pon malas.. :P

    ReplyDelete
  14. Hazwan Arif:

    Erk. gitu pulok. hehe

    ReplyDelete
  15. tips utk gemok xde?saye nk gemok la.. :P

    ReplyDelete
  16. RaDhio:

    MAKAN 12 JAM TIDO 12 JAM

    ReplyDelete
  17. ekceli saya pun tak amik nasi sangat sejak diet..amik pun TERPAKSA je..3minggu pertama memang saya x amik gula,kafein,minyak,lemak...makan sayur rebus je..garam pun x letak...pastu..makan le ckit2..tapi nasi x amik pun..dulu saya pernah wat slimming treat kat mayfair..tapi turun just 2kg je..membazir je 3k saya labur....

    ReplyDelete
  18. mia izzati:

    wahh mia bagusnya saya kagum dgn awak. mayfair x berhasil ea? hmmmm knape ek?

    slamat menurutkan berat badan :)

    dah turun brape skrg ni?

    :)

    ReplyDelete
  19. Muhammad Saiazuan Norhalik:

    Ye betul encik :)

    ReplyDelete
  20. alahai tengok gambar datin norjuma tu seram pulak sbb tgh pregnant ni.. huhuhu suspen je if tibe2 jadi bulat.. kuikui...

    ReplyDelete
  21. MyeAqma:

    takpe.. takpe.. banyak pahala.. lepas bersalin nanti kurus balik InsyaAllah. yg penting baby sihat :)

    ReplyDelete
  22. Takutnye x nak gemuk.huhu

    ReplyDelete
  23. Anon:

    takut ke? jagela makan. hehehe

    ReplyDelete
  24. kalau NAK seribu DAYA :) SIHAT + SLIM + STEADY kan BEST!

    ReplyDelete
  25. @Lily Jaafar

    wahhh bestnye kan kalau dah kurus. bace blog akak lily nampaknya lili bjaya. tahniah :)

    ReplyDelete
  26. macam mudah je kan nak kurus... kena kuat fizikal dan mental... saya pun tgh bertungkus lumus nak kurus... adeh... susah betul!!

    ReplyDelete
  27. OH BADAN .. KURUSLAH ENGKAU ..
    HAHA ..
    ACI X NAK JADIK KURUS CKP CMTU JEWK ?
    EKEKE

    ReplyDelete
  28. 10 tips cara kuruskan badan dengan cepat


    1.Ambil Sarapan Pagi
    2.Makan Perlahan-lahan
    3.Minum Air Secukupnya
    4.Masak Sendiri
    5.Lakukan Senaman Ringan
    6.Jangan Berlapar
    7.Jangan Ambil Garam Berlebihan
    8.Jangan Minum Minuman Bergula, Bergas, & Berkafein
    9.Jangan Makan Junk Food / Makanan Ringan
    10.Jangan Timbang Berat Anda Setiap Hari

    ReplyDelete
  29. datin norjuma memang tip top!! cantikk tol..

    ReplyDelete
  30. Pernah kurangkan 20kg berat badan.. jadi memang tau apa perasaannya berjaya turunkan berat badan... hue hue hue

    dan sebenarnya, tak perlu produk kuruskan badan pon dah boleh turun.. rahsianya pada kalori yang diambil XD

    ReplyDelete
  31. @Aujinz

    what an impressive achievement! :)

    ReplyDelete
  32. hai bg yg betul2 serius nk turunkan berat badan/ tambah berat badan n tingkat kualiti kesihatan anda n keluarga sila tanya saya bagaimana terutamanya di area utara http://www.facebook.com/azuwa.noor?ref=tn_tnmn 0134264767

    ReplyDelete
  33. Paling mudah nak buat..saya kena follow datin norjuma punya cara..dinatu dengan korset .doakan saya ye..

    ReplyDelete
  34. Betul. Bukan senang nak kurus sis. Saya pun dibelengu obesiti bertahun tahun lamanya. Worst after delivered anak sulung 6 tahun lepas. Berat tak turun2. Lagi naik ada. Baru tahun ni la kg turun sikit. Alhamdulillah. Memang tak sangka. Lost 14kg and 12 kg to go.

    ReplyDelete
  35. Memang pun. Sebut jer exercise dah terasa letih. Tak buat exs pun saya dah turun 14kg :). Bestnyer

    ReplyDelete
  36. Anda ingin kurus dalam masa sebulan 10-15kg sebulan?cubalah figure up!!terbukti keberkesanannya,telah ramai yg berjaya...dijamin selamat,ia dibuat dari herba.dapatkan di sini http://www.facebook.com/pages/Sazni-Shop/189053007848017

    ReplyDelete
  37. yg norjuma tu memang tak sangka gambar time demok.. somel jugak.. tapi tu la beza tu dgn gambar masa kurus.. ;D norjuma sgt cantik..

    ReplyDelete
  38. Wah.. jennifer hudson tuh terkejut tgk, dlu tembam skg dh slim. Hmm.. semangat tu yg penting..

    ReplyDelete
  39. Bukan senang nak kurus..n sangat senang nak gemok.....

    Huhuhu

    Saya ada share info bagaimana fish oil membantu weight management..jemput baca yer

    www.mamasyafi.wordpress.com

    ReplyDelete
  40. Nak kurus memang perlu semangat yang kuat...

    nice sharing dear..

    http://sayangvitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  41. Pernah jumpa datin juma mmg cantik org nya.

    http://jalanabadi172784.blogspot.com/2014/04/pregnant-tapi-kurus.html?m=1

    ReplyDelete
  42. tips ditulis dengan penuh inspirasi, memang memukau

    jom sertai peraduan TONTON DAN MENANG !!!

    ReplyDelete
  43. nice sharing...kena cuba jga tips ni utk dapatkan berat badan 5 tahun lepas..

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)