Sumber imej: sini
Hi!
Korang mesti ada barang yang korang perap je dalam bakul/cart Shopee@Lazada@Zalora kan?
Ke aku sorang je? Ahahaha
Meh aku senaraikan barang-barang yang lama terperap dalam cart aku, tak tau la bila nak check-out tuuu
1. Tempered Glass
Tapi biasalah, kat kedai kan selalu mahal, paling murah pun RM 10. Ada aku jumpa kat Giant Nilai, murah 2 ringgit je tapi jenuh la aku nak gi sana je semata-mata, aku ni bangsa Joho. HAHAHA.
Dekat Shopee/Lazada aku nampak murah-murah je, bawah 2 ringgit pun ada time promo, tapi masalahnya aku tak reti nak pasang! Takut aku salah pasang kangg tak memasal kena beli phone baru pulak! Hahhaha overthinking
Anyway aku baru je lepas kena scam. Baru-baru ni aku gi satu kedai tu, kedai besar, cantik.. Aku cakaplah nak tukar tempered glass kan... Pastu aku gi jalan-jalan la kat kedai tu, aku tak tengok la masa staff dia tukar tu kan. Silap aku jugak laaaa. Lepas tu dia panggil cakap dah siap, aku pun bayar la RM 15. Sekali balik aku tengok bukan tempered glass ye, tapi yang plastik tu je.. Sediiihh. Tapi tu bukan pertama kali aku gi kedai tu, dah 2-3x aku tukar kat situ (nampak tak betapa banyak kali tempered glass aku retak), tapi kalini kena scam plak. Pasrah jela
2. Retinol Innisfree
Walaupun jenama retinol ni ada Free di dalam, tetapi retinol ni mahal (pada aku) dan tak free ye hahahaha.. Teringin nak pakai retinol (almaklumlah umur memang dah patut pakai retinol), tapi kenapa yang ni mahal bangat?
Aku memang suka pakai produk-produk Innisfree ni tapi yang ni aku rasa mahal sangat plak. Kalau ada size kecik 15ml ke mungkin takdelah terperap lama sangat dia ni dalam bakul aku
3. Komik-Komik Junji Ito
Okay itu jelah setakat ni, ada lagi sebenarnya tapi yang paling lama 3 benda ni la hehehe. Cuba share apa barang yang korang perap lama-lama masih fikir-fikir nak beli ke tak
Okay bye!
Comments
jahatkan kedai tu...tipu pelanggan..
Err, kena scam ngan kedai yang selalu pergi? Lorhhh, kena tanya tuh..